Teruja untuk memiliki nombor plet sebegini

On 07/04/2010, in Uncategorized, by admin

Kali ini aku nak berkongsi dengan korang semua nombor-nombor pendaftaran kereta yang amat menarik dari sudut pandangan mata aku dan mungkin korang juga akan merasa teruja melihatnya. Mungkin ramai antara korang dah pernah melihat gambar-gambar ni kat mana-mana weblog atau pun forum, namun kali ini aku nak letak semua gambar yang dapat aku kumpulkan dan harap semua orang terhibur dan teruja nak memiliki nombor-nombor ini.

Menurut JPJ, nombor-nombor pendaftaran kereta terbahagi kepada empat kategori iaitu, nombor bernilai utama, nombor menarik, nombor popular dan nombor semasa. Apa perbezaan keempat-empat kategori ini? Sebelum aku beritahu, kita usha dulu gambar-gambar koleksi plet di bawah.

Nota: klik gambar untuk pembesaran

Satu huruf satu nombor:

Plet nombor 1:

Terdapat banyak lagi nombor plet yang amat menarik dari pelbagai segi yang aku hendak tunjukkan tapi tak dapat diletakkan di blog ini. Korang boleh muat turun lebih 180 keping gambar yang ada di atas ini mahupun yang tiada melalui pautan di bawah untuk koleksi korang di hari tua.

Muat turun: Koleksi Nombor Plet Kereta

Menjawab kepada persoalan yang awal-awal aku utarakan sebentar tadi, perbezaan antara keempat-empat kategori nombor plet adalah dari segi harga dan keunikan nombor-nombor tersebut. Korang boleh lihat dan belajar sendiri cara untuk tempah plet melalui pautan ini.

Mungkin ada sesetengah individu yang berpendapat, ada apa dengan nombor-nombor ni semua sebab ia tak membawa apa-apa makna kepada mereka. Namun bagi individu seperti aku, nombor memainkan peranan penting dalam kehidupan aku dan aku pastinya akan mencari yang terbaik untuk diri sendiri tak kiralah dari segi nombor plet kereta ke, nombor telefon bimbit ke, kedudukan nombor dalam kelas ke atau apa-apa lagi, janji kita ada satu target untuk mencerminkan personaliti kita dan berusaha mendapatkan target itu.

Korang pula macam mana? Tak nak kongsikan?

Notakaki: Kalau ada rezeki aku nak beli plet yang nombornya 7799 sama seperti nombor telefon bimbit aku.

Random Posts:

 

71 Responses to “Teruja untuk memiliki nombor plet sebegini”

  1. wuhuuuu, nk dpt plat kaler kuning kawen la ngan anak raja!

    • syahirul says:

      erk yeke mcm tuh? tak semestinya gak, kalo aku kawen ngan anak raja then aku nak plet kaler hitam putih mcm ne? hahaha

  2. Mr.Bintang says:

    nk dapat no plate camtu pun dah boleh beli sebiji lagi keta… huuuu~

    • syahirul says:

      tu kalo plet no 1 -9.. kalo plet 4 nombor takde la mahal mana.. letak harga rm350 dah leh dpt..

  3. x-po says:

    hoho berbaloikah membeli no plet mahal2?

    • syahirul says:

      plet mahal berbaloi untuk orang yang byk $.. kepada yang tak berapa nak byk $ dinasihatkan membeli nombor dalam kategori nombor popular, minimum rm300 dilaburkan..

  4. khairil says:

    mau berpuluh ribu nak kena bid baru boleh dapa no plet macam tu suma -__-”

    • syahirul says:

      hehe.. sbb tu kene tgk diri sendiri dulu sebelum nak memiliki no2 tu, mampukah kita? ekeke… sbb tu notakaki aku tu tulis aku nak no 7799 aje..

  5. Zala Wajik says:

    aku lebih rela beli makanan daripada beli no plat kereta beribu-ribu.
    gahahahaha

    • syahirul says:

      makanan toksah kira la, wajib beli kalo tak kempunan satg.. kalo ada $ lebih ape salahnya (as hobby)

  6. hydir says:

    haha .. nombor jeep aku pon dah stylo … 3669 ..
    amacam?

  7. syahirul says:

    info: plet pertama kat malaysia: A1 sape punya la tuh kan? hehehe.. kereta antik lak tuh…

  8. luth textile says:

    aku minat gila beb no plat cun2..

  9. eyra says:

    MAT 1 ade taK?

  10. paeh says:

    takde 4 nombor tak best. nnt susah nak tikam nombor. hahaha

  11. Fazreen says:

    Kalu aku org kasi no 4 pn aku bedal je..bt ape la kita nk terpengaruh dgn kepercayaan orang cina…moto keta aku ada je pakai 4 tak de pn dpt sial pa2

    • syahirul says:

      mmg tak patut caye pon kepercayaan ngarut tuh.. 4 mati dan 8 ong.. ape le minda depa.. tapi kalo dah takdir apakan daya!

  12. wazy says:

    VVVIP ok la pakai no cmani ,hehehe

  13. mohdisa says:

    fuhyoh…mantap beb…toksu teman ada gak plate cam ni…B6…carilah sapa pemilik dia…tu la toksu aku…hehe

  14. Anarm says:

    sape pakai nombor plet A6? aku nak beli.. takpon NAM 66.. hahaha..

  15. aizuddin says:

    aku tak kisah no plat murah..asal kete mahal..ok tak?hehe

    • syahirul says:

      kete mahal oke aje.. tapi bg aku kete biasa yg jimat minyak dan tahan lama serta nampak semart dah cukup ok.. tapi plet berterabur rasa mcm tak lengkap je hidup.. hahaa

  16. akmalhacks says:

    time aku baca berita minggu lepas plat paling mahal kat msia TAY 1 ..JPJ lelong RM200,000

  17. Amir says:

    aku pun teringin nak nombor plate cmtu tapi kalau ratus2 ribu baik aku lupakan je… boleh beli rumah kot. plate kereta ni apalah sangat kan.

    • syahirul says:

      tak perlu beratus ribu utk no yg 1 digit tu.. rm300 pun dah memadai utk dpt no cantik.. tapi jgn ada org bid le.. hehehe

  18. zik says:

    mesti mahal kan, dengan nak turun naik, nak usahkan mendalah nie…. erm pakai yang sedia ada jela… ngeh2…

  19. Encik One says:

    cerita pasal no plet ni, aku selalu je berangan nak guna no plet “AZ 12″ yg simboliknya merujuk kpd nama awalan aku iaitu AZ12 aka AZIZ. keh3.. tp, dapat dan mampukah aku? huhu..

    • syahirul says:

      AZ12 tak mungkin ada dlm plet malaysia sbb jpj tak keluarkan huruf Z utk org awam.. Z hanya utk tentera.. hehehe.. kalo plet A212 boleh ar..

  20. kenwooi says:

    haha.. PIMP.. so cool! =D

  21. PowerPuffGirlz says:

    nape takde nu plet huruf I? sy nak sgt2 sbb name sy DIR4 jd dira…tp xde pun…

  22. fatint says:

    menarik..paling best dapat plet L7 tu..macam kotak dah :)
    tak kisah plet macam mana pun..
    bukannya dapat ape, tapi boleh berbangga sedikit sebab no plet unik kan..hehe~

  23. imran says:

    Bukankah 1 pembaziran apabila menghabiskan duit untuk memiliki no plet macam ni?

    • syahirul says:

      bagi yang mampu takde masalah mungkin, janji mereka tak melepaskan tanggungjawab yg penting terlebih dahulu..

  24. Azizuan says:

    aku pernah jumpa MAF14..gangster gila..haha

  25. annadzirah says:

    aku tertarik dengan CBA 1 kat atas tu..
    watatata.
    C*BAI.
    T______T

    *aku ngah tunggu perak sampai no plat ANN. :D

  26. myebuzz.net says:

    Teruja untuk memiliki nombor plet sebegini | syahirul.com…

    Kali ini aku nak berkongsi dengan korang semua nombor-nombor pendaftaran kereta yang amat menarik dari sudut pandangan mata aku dan mungkin korang juga akan…

  27. Mr.Bintang says:

    CBA1 hahahaha..

  28. khaizarien says:

    ingin membeli plat KHA 1 @ MEL 471 …. :)

  29. bobo says:

    kat tempat aku ni ada 1 myvi guna plet ST41L .. best..

  30. amirulfaiz says:

    Kalau nombor plet unik ni, takut ah, jadi sasaran orang jahat, :-[)

  31. Gegeh says:

    Aku penah tgk kt Pennag plate number PEP51

    mmg nmpk mcm PEPSI jer.. agaknya org tu org kuat PEpSI kot

  32. r.v.fahmi says:

    aku penah jmpa AGA51
    ABD 1

  33. mijie says:

    aku pernah nampak no AN 15 dkt keter kancil

  34. apple says:

    bape agaknye harga die??

  35. ijan tongkang says:

    :p nombor2 ni memang pasti satu kebanggaan…tapi yang dapat no MAT 1 dan TAH 1 apa kerasaan diaorang ek….

  36. Shoutboxes says:

    nak tunggu orang guna plet PUK 1

  37. romero says:

    aku penah nampak DAR 4(dara) dekat alphard

  38. bard says:

    aku x pernah nampak no plat BAB 1

  39. remy says:

    aku punya BGG 9000

  40. afif says:

    k1 tu mustang yer?…
    pergh,mcm mustang rupenye da ada kat sini

  41. mohd alee says:

    akui punya ACR 3333 :)

  42. [...] Dan untuk lain-lain koleksi nombor pendaftaran yang menarik, bolehlah ke link ini [...]

  43. Aswad says:

    WTF1 aku pernah nampak.. Dia letak 1 jadi !. WTF! Hahaha.. Mmg jahat gila

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
WordPress Blog
Page 1 of 11
WordPress Themes