Status rezeki mengambil gambar tidak tutup aurat

On 11/04/2011, in Uncategorized, by admin

Sejak kebelakangan ni, kita selalu dengar tentang kamera yang serba canggih sama ada di tv, surat khabar, radio, Facebook, blog dan macam-macam lagi media yang ada. Ya, itulah kamera DSLR yang semakin menjadi sebutan dan kegunaan orang ramai. Memandangkan ia adalah satu alat yang canggih, jadi harganya sudah pasti canggih juga. Tak main la harga bawah RM 1000. Beribu-ribu juga modal nak dikeluarkan jika ingin memiliki alat sebegitu. Itu belum dicampur lagi dengan alatan tambahan untuk hasil fotografi yang baik.

Oleh kerana modal yang besar, maka timbullah keinginan untuk membuat bisnes menggunakan pelaburan ini. Beli kamera beribu-ribu, jadi dengan menjadi jurugambar adalah membuka peluang untuk mendapat pulangan yang lumayan. Ambil tempahan untuk tangkap gambar majlis, gambar iklan, gambar pengantin, gambar couple, gambar model, gambar pemandangan dan macam-macam gambar lagi adalah menjadi kebiasaan jurugambar ini.

Continue reading »

 

Dia dikahwinkan dengan bidadari syurga

On 09/04/2011, in Uncategorized, by admin

Suatu hari, datang Sa’ad bin Assulami kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah, apakah akan terhalang seseorang itu masuk syurga disebabkan mukanya yang hitam dan hodoh?” Lalu Rasulullah bersabda: “Tidak, demi Allah yang jiwa aku di tangannya selama kamu yakin kepada Tuhan kamu dan ajaran Rasul-Nya.”

Maka Sa’ad berkata: “Ya Rasulullah, demi Allah yang memuliakan kamu dengan kenabian. Saya mengucapkan kalimah syahadat kira-kira lapan bulan lalu dan saya datang ke sini untuk meminang orang yang ada di sini, tetapi semua mereka menolak kerana mengatakan saya ini hitam dan hodoh”. Sa’ad berkata lagi: “Ya Rasulullah, sebenarnya saya adalah daripada keturunan yang baik iaitu suku Bani Sulaim, hodohnya saya adalah daripada keturunan ibu saya.”

Continue reading »

 

Ucaplah tahniah atas kematian isteriku

On 08/04/2011, in Uncategorized, by admin

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera. Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli keluarga, saudara-mara dan kaum kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Continue reading »

 

Oleh kerana Allah menutup aib kita

On 08/04/2011, in Uncategorized, by admin

Pada zaman Nabi Musa AS, bani Israil ditimpa musim kemarau yang berpanjangan. Mereka pun berkumpul mendatangi Nabi mereka. Mereka berkata, “Ya Kaliimallah, berdoalah kepada Rabbmu agar Dia menurunkan hujan kepada kami”. Maka berangkatlah Musa A.S. bersama kaumnya menuju padang pasir yang luas. Waktu itu mereka berjumlah lebih dari 70 ribu orang. Mulailah mereka berdoa dengan keadaan yang lusuh dan penuh debu, haus dan lapar.

Nabi Musa berdoa, “Ilaahi! Asqinaa ghaitsak.. wansyur ‘alaina rahmatak.. warhamnaa bil athfaal ar rudhdha’.. wal bahaaim ar rutta’.. wal masyaayikh ar rukka’..” Setelah itu langit tetap saja terang benderang, matahari pun bersinar makin menyilau (maksudnya segumpal awan pun tak jua muncul). Kemudian Nabi Musa berdoa lagi, “Ilaahi.. asqinaa”..

Continue reading »

 

Pemimpin yang dicari dan dirindui

On 01/04/2011, in Uncategorized, by admin

Suatu ketika Rasulullah S.A.W bersama para sahabat selesai melaksanakan solat berjemaah, Umar bin Khattab yang berada di saf depan berasa terganggu fikirannya. Setiap gerakan Rasulullah S.A.W di depan para sahabat terasa berat dan sukar. Terdengar bunyi seolah sendi baginda saling bergesel antara satu sama lain. Solat kali ini terasa lebih lama dari biasa.

Selepas solat, Umar R.A yang begitu khuatir dengan keadaan Rasulullah mendatangi baginda. Dengan hati-hati Umar duduk di sisi beliau dan serta-merta beliau sambut dengan senyuman. “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah engkau sedang menanggung penderitaan yang sangat berat, sakitkah engkau, ya Rasul?” tanya Umar. Rasulullah S.A.W tersenyum sambil menggeleng, “Tidak wahai Umar, alhamdulilah aku sihat.”

Continue reading »

 
Page 10 of 35« First...6789101112131415...Last »
Free WordPress Themes