Sedekah itu tiada merugikan manusia

Suatu hari, anak seorang lelaki miskin yang hidup dari menjual barang-barang dari pintu ke pintu mendapati poketnya hanya tinggal beberapa sen duit sahaja dan dia sangat lapar. Anak lelaki tersebut nekad untuk meminta makanan dari rumah berikutnya. Akan tetapi, anak itu kehilangan keberaniannya saat seorang wanita muda membuka pintu rumah. Anak itu tidak jadi meminta makanan, dia hanya berani meminta …

Read More »

Khalifah Umar Al-Khattab dan Penjual Susu

Pada satu malam Sayyidina Umar radhiallahu ‘anhu bersama khadamnya memantau keadaan rakyatnya di pinggir Madinah sebagaimana rutin hidupnya sebagai Amirul Mukminin. Akhirnya Sayyidina Umar duduk berehat dengan bersandar di dinding sebuah rumah. Tiba-tiba beliau terdengar dua beranak berdialog. Berkata seorang perempuan penjual susu kepada anak gadisnya: “Campurlah susu ini dengan air!” Lalu anaknya membantah seraya bertanya: “Apakah ibu tidak takut …

Read More »

Karamah Umar Al-Khattab: Telefon tanpa wayar pertama

Dikisahkan bahawa Umar bin Khattab radhiallahu ‘anhu mengangkat Sariyah bin Zunaim al-Khalji sebagai pemimpin salah satu angkatan perang kaum muslimin untuk menyerang Parsi. Di Gerbang Nahawand, Sariyah dan pasukannya terdesak kerana jumlah pasukan musuh yang sangat banyak, sehingga pasukan muslim hampir kalah. Sementara di Madinah, Umar naik ke atas mimbar dan berkhutbah. Di tengah-tengah khutbahnya, Umar berseru dengan suara lantang: …

Read More »

Kisah ‘Si Gila’ dengan Khalifah

Dikisahkan bahawa Buhlul adalah merupakan seorang lelaki gila pada zaman al-Khalifah al-‘Abbasi Harun Ar-Rasyid. Pada suatu hari, Harun Ar-Rasyid lalu berdekatan dengannya. Ketika itu dia sedang duduk di sisi kubur. Harun Ar-Rasyid berkata kepadanya dalam keadaan menghina: “Wahai Buhlul, wahai si gila, bilalah kamu ni akan ada akal?” Buhlul pun memanjat sebatang pokok sehingga sampai ke tempat yang paling tinggi. …

Read More »

Kerinduan Madinah terhadap azan zaman Rasulullah

Dalam Tarikh Dimasyq karangan Ibnu Asakir disebutkan bahawa Sayyidina Bilal pernah bermimpi bertemu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Dalam mimpi tersebut Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Kekeringan apa yang telah melandamu ini wahai Bilal? Bilakah datang waktumu untuk mengunjungiku?” Lalu Bilal tersedar dalam keadaan sedih. Setelah itu ia menaiki kenderaannya menuju Madinah, mendatangi kuburan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam lalu menangis di …

Read More »

Bahrom Al-Majusi : Taubat Penyembah Api

Abdullah bin Mubarak berkata: Pada suatu tahun dari beberapa tahun, aku melaksanakan ibadah haji. Ketika aku berada di Hijir Ismail, aku bermimpi bertemu Rasulullah shallallahu ‘alahi wasallam, beliau berpesan kepadaku: “Wahai Abdullah bin Mubarak, ketika engkau kembali dari ibadah hajimu pergilah ke Baghdad. Kemudian datanglah ke tempat ini (tak disebutkan nama tempatnya) dan temuilah Bahrom Al-Majusi (Majusi adalah sebutan bagi …

Read More »