
Pasti ramai tertanya-tanya bagaimanakah DVD Windows 7 AIO (All in One) boleh terhasil bukan? Dari gambar di atas, ia menunjukkan bahawa dalam satu DVD mempunyai sembilan pilihan yang boleh dipilih sewaktu korang hendak memasang Windows 7 pada komputer. Di sini aku akan memberi tutorial bagaimana ia dilakukan. Terdapat beberapa langkah mudah untuk menghasilkan DVD tersebut.
Setiap penghasilan pasti memerlukan bahan-bahan supaya objektif yang hendak dicapai akan terlaksana. Di sini korang perlukan bahan-bahan berikut:

Semalam 15 April 2010, genap setahun sahabat baik aku yang dikenali sejak bangku sekolah menengah teknik meninggal dunia. Waktu aku buka laman Facebook tempoh hari, aku terlihat satu event yang telah di invite oleh salah seorang daripada kawan arwah mengenai majlis tahlil yang akan diadakan di kolej ke-10, Universiti Putra Malaysia. Aku akur dengan panggilan itu dan terus memberi respon bahawa aku akan datang.
Bagi sesiapa yang baru mengenali blog aku ini pasti tertanya-tanya apakah kisah di sebalik permergian arwah bukan? Oleh kerana blog lama aku dah ditutup, so aku dah catitkan kisah sedih tersebut yang menjadi ingatan dan kenangan buat aku selamanya di ruangan khas ini. Korang boleh baca jika mahu.

Nama yang diberikan kepada seseorang mencerminkan betapa ibu bapa menyayangi anak tersebut. Selalunya ibu bapa akan memberikan nama yang terbaik buat anak supaya anak-anak mereka menjadi seorang yang hebat seperti maksud nama tersebut. Namun terdapat juga ibu bapa yang terlepas dari memandang betapa pentingnya nama anak dalam kehidupan sehingga sanggup menamakan anak dengan nama-nama yang agak famous seperti nama-nama barat atau yang sewaktu dengannya yang tidak membawa apa-apa maksud dan mungkin juga membawa kepada maksud yang kurang elok.

Siapa Ahmad? Anonymous? Atau seorang yang hanya pandai berkata-kata tanpa memikirkan baik dan buruk tentang apa yang dikatakan? Berlagak alim dengan menggunakan avatar mencerminkan seorang yang soleh yakni dengan memakai kepiah/lebai dan dengan selamba menghentam orang lain dan sekaligus memalukan umat Islam dan masyarakat melayu?
Bermacam-macam persoalan yang aku berikan pada korang sebagai intro untuk entri kali ini. Kenapa ye? Mesti orang tak faham apa yang aku cuba sampaikan. Okey, tak payah nak serabutkan kepala, jom kita usha snapshot yang aku temui semalam dan aku ingin kongsikan dengan korang bertujuan untuk meraih pendapat yang berbeza dari setiap individu.

Seperti yang semua tahu, windows 7 starter adalah edisi windows 7 paling awal yang banyak kekurangan dari pelbagai aspek dan ia jauh lebih murah harganya daripada windows 7 yang lain. Jika korang tak tahu kekurangan apa yang aku maksudkan, korang boleh melihat senarai perbandingan antara edisi windows 7 di pautan ini.
Salah satu kekurangan windows 7 starter adalah ia tak disertakan fungsi menukar wallpaper atau gambar latar belakang. Dari rajah di atas korang boleh lihat tiada fungsi ‘Personalize’ apabila butang mouse sebelah kanan ditekan pada desktop. Jadi apa pilihan yang korang ada jika korang ni jenis yang suka tukar-tukar wallpaper? Di bawah aku akan tunjuk cara mudah untuk menyelesaikannya.





