
Semua umat Islam wajib mempercayai dan beriman dengan peristiwa paling bersejarah dalam sejarah Islam iaitu Rasul kita yakni Nabi Muhammad s.a.w telah didatangi oleh Malaikat Jibril a.s pada suatu malam pada bulan Rejab dan dibawakan Buraq dari syurga untuk baginda tunggangi dan diisrakkan baginda dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Kemudian baginda dimikrajkan dari bumi Palestin naik ke langit pertama dan seterusnya ke Sidratul Muntaha yakni tempat di mana baginda menerima perintah solat.
Peristiwa Israk Mikraj
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah s.a.w mengalami pembedahan dada, dilakukan oleh malaikat Jibril dan Mika’il. Hati Rasulullah s.a.w dicuci dengan air Zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah s.a.w. Setelah itu, dadanya dijahit dan dipaterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan makhluk syurga bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah s.a.w diiringi oleh malaikat Jibril dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan solat sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
- Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah;
- Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a.s menerima wahyu daripada Allah;
- Baitul-Laham (tempat Nabi Isa a.s dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah s.a.w menghadapi gangguan jin Ifrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

Sayup-sayup kedengaran di luar sana. Kalau mahasiswa di Malaysia sibuk dengan pelbagai aktiviti. Ada yang sibuk bercuti dengan sahabat-sahabat, ada yang menziarahi sanak saudara, tidak kurang ada yang berprogram bersama kawan-kawan. Bercuti serata dunia.
Bagi yang ada kesedaran, ada yang mengikuti program ‘short sem’ di pondok-pondok bertiangkan kayu jati bagi memperkukuhkan ilmu agama. Tidak rasa rugi dengan sedikit bayaran yang di kenakan. Sememangnya pondok-pondok di Malaysia sekarang sudah banyak upgrade dari segi sistemnya. Mereka mengetahui mahasiswa-mahasiswa perlukan mereka di kala cuti semester berlangsung.
Manakala bagi pelajar timur tengah mungkin sebahagiannya masih dalam peperangan exam yang belum selesai. Semoga Allah permudahkan semuanya.
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi. Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.
”Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat”, bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus. “Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman”, tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.
Dengan ini, bermulalah kisah si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.
Alfatunnisa’ adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.

Kenangan itu masih mengimbau kotak mindanya. Masih menjadi teman setia kepada mimpinya yang enggan pergi pada dinihari yang kedinginan itu.
“Adakah engkau melihat orang yang mengambil nafsunya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya kerana mengetahui (kejahatan hatinya) selepas didatangi ilmu kepadanya.” (Jatsiyah:23)
Mengapa dia masih berperasaan sedemikian sedangkan telah diusir perasaan itu dari dalam dirinya sejak lama dahulu? Hidupnya kini telah dibebaskan dari perasaan yang membelenggu jiwanya itu. Perasaan serba salah dan dosa yang amat. Kenapa kenangan itu harus kembali semula?
Dan dia cuba untuk memadam memori silam namun kisah itu bagaikan berterbangan di kotak matanya yang hampir berair.
5 tahun lepas…
“Awak, awak sanggup tak buat apa sahaja untuk saya?” Harman dengan lembut bertanya, sambil membelai rambutnya yang bertebangan dek angin yang melambai.
“Hurrm…. Apa dia? Banyak dah saya buat untuk awak ini,” dengan senyuman manja dia membalas.
Ya, apa lagi yang dia tak buat untuk Harman. Segala-galanya akan diserahkan buat pujaan hatinya itu. Harman Haji Khalid. Pemuda idaman yang menjadi siulan rakan-rakan di kampusnya. Pemuda tinggi lampai berbidang sasa. Lesung pipinya menjadi pelengkap kepada wajahnya yang sudah setia tampan. Dengan sedikit kumis di dagunya, Harman mempu menggetarkan sekilas pantulan mata wanita. Dan Harman adalah miliknya! Siapa yang tidak berasa bertuah mendapat jejaka itu. Apa sahaja untukmu Harman akan kutunaikan!






