Pakai niqab ketika solat?

Adalah makruh bagi seorang wanita memakai niqab (purdah) semasa bersolat, melainkan didapati orang-orang (ajnabi/bukan mahram) sedang melihatnya ketika bersolat.

Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:

ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب

“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaannya susah dijaga dari pandangan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah).” (Kifaayatul Akhyaar, 181)

Berkata Khatib Shirbini:

ويكره أن يصلي… والمرأة منتقبة إلا أن يكون في مكان وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر إليها فلا يجوز لها رفع النقاب

“Adalah tidak disukai (makruh) semasa solat…… dan wanita memakai niqab, melainkan di sana terdapat ajnabi/asing yang tidak mengawal penglihatan mata mereka, maka pada masa itu tidak boleh membuka niqab.” (Iqna’, 2/111)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*