
Rasanya dah lama aku tak tulis tentang kisah peribadi dalam blog rasmi aku ni. Makin lama kehidupan aku makin sibuk (taklah sibuk mana pun). Okey, kat atas ni adalah pakaian dunia yang baru aku dapat. Dua-dua baju ni aku beli dari owner masing-masing. Baju Oh! Media Network sampai pada tangan aku pada hari Khamis lepas dan hari ni posmen hantar baju IniAnwarHadi. Bagi siapa yang tak kenal kedua-dua pemilik baju di atas, sila klik link yang disediakan ye.
Kedua-dua pakaian ini aku sangat suka pakai sebab ia melambangkan suatu jenama yang sedang naik di alam siber, yakni tempat di mana aku mula bertapak dan mula mengenal banyak perkara. Alhamdulillah, kini aku selesa dengan apa yang aku kerjakan setiap hari walaupun pada mata orang lain mungkin ia berbeza sama sekali. Tujuan aku beli baju ni adalah sebagai satu sokongan pada mereka. Anwar Hadi aku minati kerana videonya di Youtube yang selamba dan mempunyai mesej-mesej nasihat kepada orang ramai. Tapi aku rasa Anwar Hadi kena banyak terapkan unsur-unsur Islam dalam mesejnya kerana beliau pun salah seorang umat Islam bukan?
Oh! Media pula mempunyai pelbagai weblog dalam network mereka, contohnya Oh! Tidak yang memaparkan gambar-gambar pelik, ganas, aneh dan sebagainya serta Oh! Islam yang memberikan ilmu agama kepada masyarakat. Untuk pengetahuan semua, aku masih lagi menjadi salah seorang yang menguruskan laman Oh! Islam, namun kerana sibuk, aku tinggalkan ia buat sementara. Setiap manusia sering melakukan kesalahan. Aku pun begitu. Jadi jika kita nampak perkara yang buruk diterapkan dalam sesuatu web/blog/video/gambar/penulisan, adalah tugas kita supaya tidak terpengaruh dan tidak mengikut apa yang digembar-gemburkan dan seharusnya kita menjadi seorang yang boleh menasihati kekhilafan dan kejahilan mereka.
Kita hidup di dunia ini tak lama mana pun, jadi tak perlu untuk menuding jari mencari salah siapa kerana setiap manusia itu pasti melakukan kesalahan. Adalah lebih baik kita bermuhasabah diri dan mencari kesalahan diri dari mencari kesalahan orang lain. Cari ilmu agama dan dalaminya serta amalkannya untuk mendapat rahmat hidup di dunia ini dan insyaAllah di akhirat kita akan terpelihara.
Itu sahaja aku nak cerita pasal pakaian dunia. Apa-apa baju yang korang pakai adalah pakaian dunia. Tapi sebaik-baik pakaian dunia adalah yang putih bersih (plain) tanpa ada sebarang tulisan dan corak. Contoh baju dunia yang aku suka adalah jubah putih yang dipakai oleh kebanyakan orang-orang yang hendak menunaikan solat. Ia baju yang amat selesa dipakai. Bagaimana pula dengan pakaian akhirat? Bila berkata tentang pakaian akhirat, pasti ramai orang akan berfikir bahawa pakaian itu adalah kain kafan. Ya memang benar ia adalah pakaian terakhir yang akan dikenakan oleh orang yang hidup kepada orang yang mati. Tapi ia adalah pakaian yang zahir sahaja, yang dilihat oleh mata.
Pakaian akhirat yang sebenarnya adalah amalan di dunia yang dibawa ke akhirat. Jika seseorang itu menghabiskan umurnya di dunia ini dengan membuat amal kebajikan, mentaati perintah Allah dan Rasul dan berakhlak baik seperti Rasulullah s.a.w, percayalah bahawa pakaian yang akan dipakai di Hari Kiamat kelak adalah pakaian dari syurga yang tak terjangkau dek akal. Namun jika amalan yang dibawa ke akhirat adalah berupa sifat-sifat buruk dan perkara yang dibenci Allah dan Rasul, maka bersiap sedialah untuk dipakaikan pakaian dari neraka yang panas lagi menyiksakan.
Apakah manusia itu berfikir tentang pakaiannya di akhirat? Apa yang dapat aku lihat dari mata kasar adalah kebanyakan manusia lupa tentang itu. Yang membuatkan aku sedih apabila melihat golongan umat Islam di dunia ini yang mengenakan pakaian tetapi telanjang. Selalunya golongan sebegini dikaitkan dengan wanita-wanita yang beragama Islam sendiri yang telah menconteng arang pada agama yang suci. Tidak juga terkecuali golongan lelaki yang walaupun auratnya adalah sedikit, ada juga yang tidak menjaganya. Sedarlah wahai umat Islam yang sedang membaca, apakah pakaian yang dipakaikan pada Hari Kiamat nanti jika di dunia ini korang tak mahu menurut perintah Allah supaya menutup aurat?
Marilah sama-sama kita menegur mereka yang masih jahil dan lalai dan mendoakan mereka supaya mereka dapat berhijrah ke arah yang lebih baik. Jangan marahkan mereka, gunalah pendekatan yang baik dan halus demi agama Islam yang dicintai. Adalah tanggungjawab semua umat Islam menegur saudaranya jika mereka ternampak kesalahan yang dilakukann saudaranya. Kepada yang ditegur, bukalah hati untuk menerima teguranb yang baik dan janganlah mudah melatah dan memarahi orang yang menegur. Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang baik untuk kalian.
Malulah pada Allah apabila kita mengucapkan kalimah syahadah “Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu persuruh Allah”, namun kita tidak langsung mengikuti apa yang telah Allah arahkan. Orang yang berhijrah kepada yang lebih baik adalah orang yang menang di sisi Allah walau pada mata kasar manusia mereka kalah.










salam x salah kew pki imej youtube..bkn pe takot kne sue je ni..tobat!
takpe kot.. sbb dia ada channel sendiri kan :P
Terbaik… ada domain sndri dah anwar hadi…
as-salam buatmu sahabat..
entah mengapa, selaluku tersentuh apabila membaca tiap cetusan&perkongsian ideamu..
teruskan usaha murnimu dalam sama2 mengingatkan generasi muda sekarang..
xkiralah melalui statusmu di fb mahupun dalam setiap nukilan dalam blogmu..
doaku sentiasa mengiringi setiap langkahmu..
amin..
huhu nk juga!
Terkini : Lagu Untuk Blogger Dari Band HUJAN
hoho….sukanyer tgk muka syahirul nie…comey tersenyum kegembiraan…
Bro, tak jemput ustaz-ustazah menyumbang di blog Oh!Islam tu? Macam Ustaz Hasrizal dan Ustaz Zaharuddin antara calon yang sesuai. Tambahan pula mereka pun aktif di alam maya.