Panduan Solat Jenazah

On 31/03/2011, in Uncategorized, by admin

Seringkali kita lihat di sekeliling kita satu persatu orang pergi meninggalkan keluarga dan sahabat handai, itu dinamakan sudah ajal. Apabila seseorang itu mati, maka menjadi tanggungjawab sesetengah daripada manusia di sekelilingnya untuk menguruskan jenazahnya kerana menguruskan jenazah hukumnya fardhu kifayah yakni jika ada satu golongan sudah melaksanakannya, maka semua golongan di sesuatu tempat itu terlepas dari dosa besar.

Walaupun hukumnya fardhu kifayah, apa yang dapat aku lihat masih ramai yang tidak mengetahui bagaimana untuk melakukan solat jenazah. Sebaik-baik mayat yang disolatkan adalah diimamkan oleh anaknya sendiri. Jadi cuba korang tepuk dada dan tanya diri sendiri, apakah aku mengerti melakukan solat jenazah jika orang tuaku meninggal kelak? Tidak malukah jika membiarkan penghormatan terakhir (solat) dilakukan oleh orang lain dari keluarga sendiri?

Persediaan solat jenazah:

  • Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
  • Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
  • Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
  • Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.

Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan.

Cara solat jenazah:

1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.

2. Mengangkat takbir pertama (اَ للهُ اَكْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.

3. Mengangkat takbir kedua (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.

4. Mengangkat takbir ketiga (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut.

5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa berikut.

6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

Selesai beri salam, korang bolelah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.

————————-

Di atas adalah panduan lengkap bagi yang ingin berlajar bersungguh-sungguh tentang solat jenazah dan jika korang dalam kategori susah untuk mengingati dan menghafal panduan di atas, bolehlah lihat panduan ringkas yang turut aku sediakan di bawah. Yang penting kita mesti tahu bagaimana untuk melaksanakan solat jenazah.

1. Niat dalam hati sambil melafazkan takbir (اَ للهُ اَكْبَرُ) seperti berikut:

Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.

Kemudian baca surah Al-Fatihah.

2. Setelah takbir kedua, baca selawat ke atas Nabi.

Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.

3. Setelah takbir ketiga, baca doa berikut.

Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)

Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)

Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.

4. Setelah takbir keempat, beri salam ke kiri dan ke kanan.

Nota: Artikel ini dihasilkan setelah merujuk dua ustaz yakni Ustaz Nor Amin dan Ustaz Azhar Idrus.

 
 

78 Responses to “Panduan Solat Jenazah”

  1. totok says:

    best belajar solat jenazah

  2. afiqq says:

    afiqq budak pandai dan cerdik.TERIMA KASIH GURU KERANA MEMBUKAKAN PANDUAN SOLAT JENAZAH KEPADA SAYA.SAYANG GURU………………………………. :love:

  3. SYAMSUDIN says:

    TERIMA KASIH CIKGU KERANA MEMBERI ILMU KEPADA SAYA :cool:

  4. afiqa says:

    teman jenazakanlh orang di atas ini.

  5. Assalamualaikum wr wb,

    Terimakasih atas informasi panduan sholat jenazah ini. Mohon dengan hormat saya dapat mengunduh panduan ini.

    Dengan panduan ini saya akan mulai menerapkan dalam kehidupan bermasyarakat, semoga Allah melimpahkan berkah dan rakhmat NYA kepada kita semua. Amien

    Wassalam,

    Suherman 082120774862

  6. salam

    saya mohon ilmu ini dari tuan.

    terimakasih

  7. azam(new comment) says:

    alhamdulillah ssungguh nya allah taala sntiasa mmbantu hamba nya yg ingin mndalami ilmunya insyaallah

  8. odeng din(new comment) says:

    tq aku ucapkan pada kau saudara ku,selama usia aku sudah menjangkau 44 tahun belum pernah aku solat jenazah walaupun terhadap kedua ibubapa ku kerna aku tidak tahu bagaimana utk berbuat demikian..salam

  9. saiyidina_osman(new comment) says:

    Assalamualaikum…

    apa yang di baca ole imam tu masa selepas solat jenazah lepas tu angkat keranda jenazah akan dibacakan doa, lepas tu sebelum keluar dari pintu rumah pun di bacakan doa dan keluar dari rumah juga d bacakan doa ?

    boleh bagi tau doa apa yg di bacakan tu?

  10. malip(new comment) says:

    Salam tuan saya nk mntk izin utk copy panduan solat janazah ini

  11. namkor(new comment) says:

    Assalamualaikum. Ustaz minta dihalalkan ilmu ustaz ini utk saya copy sebagai panduan semoga usaha murni ustaz akan berterusan dan mendapat ganjaran setimpal di akhirat kelak.

  12. [...] Sumber Artikel >> syahirul.com [...]

  13. mohd(new comment) says:

    askum…terima kasih encik atas memberi pengetahuan berkenaan pengurusan jenayah,

    wasalam

  14. MIZI(new comment) says:

    Assalamualaikum. Ustaz saya juga mohon untuk membuat salinan sebagai panduan bagi diri sendiri. Terima kasih ustaz

  15. Norwardina Azra(new comment) says:

    Assalamualaikum semua
    Saya adalah wakil Solat Jenazah 2013
    Sekolah Rendah Agama Sungai Tua Baharu,Batu Caves Selangor
    Dan saya juga merupakan imam dalam solat jenazah

    Sekian Terima Kasih

  16. cheli(new comment) says:

    Salam ustaz, adakah perlu kita menambah niat untuk sembahyang jenazah dengan mengikut imam?…

  17. shafri(new comment) says:

    Alhamdullilah… Ya sahabah… Yang ringkas tu x Faham

  18. iliasa omar(new comment) says:

    terima kasih ustaz. halalkan ilmu ustaz untuk saya gunakan

  19. 12432(new comment) says:

    assalamualaikum..terima ksih..halal kan ilmu ustaz sbgai kegunaan kami

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
Premium WordPress Themes
Page 1 of 11
Weboy