
Seringkali kita lihat di sekeliling kita satu persatu orang pergi meninggalkan keluarga dan sahabat handai, itu dinamakan sudah ajal. Apabila seseorang itu mati, maka menjadi tanggungjawab sesetengah daripada manusia di sekelilingnya untuk menguruskan jenazahnya kerana menguruskan jenazah hukumnya fardhu kifayah yakni jika ada satu golongan sudah melaksanakannya, maka semua golongan di sesuatu tempat itu terlepas dari dosa besar.
Walaupun hukumnya fardhu kifayah, apa yang dapat aku lihat masih ramai yang tidak mengetahui bagaimana untuk melakukan solat jenazah. Sebaik-baik mayat yang disolatkan adalah diimamkan oleh anaknya sendiri. Jadi cuba korang tepuk dada dan tanya diri sendiri, apakah aku mengerti melakukan solat jenazah jika orang tuaku meninggal kelak? Tidak malukah jika membiarkan penghormatan terakhir (solat) dilakukan oleh orang lain dari keluarga sendiri?
Persediaan solat jenazah:
- Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
- Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
- Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
- Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan.
Cara solat jenazah:
1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.

2. Mengangkat takbir pertama (اَ للهُ اَكْبَرُ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan dengan membaca surah Al-Fatihah.
3. Mengangkat takbir kedua (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w seperti berikut.

4. Mengangkat takbir ketiga (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa seperti berikut.

5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir (اَ للهُ اَكْبَرُ) kemudian membaca doa berikut.

6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.
Selesai beri salam, korang bolelah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali), surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi (1 kali) dan baca doa yang sesuai.
————————-
Di atas adalah panduan lengkap bagi yang ingin berlajar bersungguh-sungguh tentang solat jenazah dan jika korang dalam kategori susah untuk mengingati dan menghafal panduan di atas, bolehlah lihat panduan ringkas yang turut aku sediakan di bawah. Yang penting kita mesti tahu bagaimana untuk melaksanakan solat jenazah.
1. Niat dalam hati sambil melafazkan takbir (اَ للهُ اَكْبَرُ) seperti berikut:
Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
Kemudian baca surah Al-Fatihah.
2. Setelah takbir kedua, baca selawat ke atas Nabi.
Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.
3. Setelah takbir ketiga, baca doa berikut.
Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.
4. Setelah takbir keempat, beri salam ke kiri dan ke kanan.
Nota: Artikel ini dihasilkan setelah merujuk dua ustaz yakni Ustaz Nor Amin dan Ustaz Azhar Idrus.










dulu ada belajar tapi dah lupa..kena belajar balik ni
Terima kasih Tuan…
nice entri bro
Terkini : 5 Blog Paling Kerap Dilawati 2011
terima kasih pd peringatan ini…kadang2 time solat jenazah ni kita rase sgt laa insaf n takut padanya…..tp sayang selang beberapa hari selepas tue, lupa diri n terus hanyut dlm Dunia…..hmmm
p/s like i always said, “what we do in life, echoes in eternity”
4. Setelah takbir keempat, beri salam ke kiri dan ke kanan.
Kenapa tak perlu baca doa selepas takbir keempat? Di atasnya ada disebutkan doanya itu…
bagi yg tak boleh nak hafal atau senang kata yg susah nak belajar, tak payah doa pon, tak wajib…
knp salam ke KIRI dulu? Ke Ke KANAN dulu… Salah type atau mmg aturannya begitu?
4. Setelah takbir keempat, beri salam ke kiri dan ke kanan.
syahirul salah taip ni..yang atas lain yang bawah lain
“Setelah takbir keempat, beri salam ke kiri dan ke kanan.”
Jika anda baca elok2, ia bukannya suruh beri salam ke kiri DAHULU kemudian barulah ke kanan.. Tapi ia adalah ayat umum bahawa beri salam ke kiri dan kanan, maksudnya kita akan beri salam ke kiri dan kanan, namun turutannya mestilah kanan dahulu barulah kiri.. harap faham ayat umum..
kalau melebihi 3 saf boleh.masa takbir ynag terakhir tak de ke ayat yang pendek
ayat umum…bukan apa…bab2 agama ni biarlah jelas penjelasannya jgn sampai timbul kekeliruan orang yang membaca…was-was xbleh….
ngaku je salah taip… kn senang… manusia tidak sunyi drpd melakukan kesilapan…. memohon kemaafan adalah jln yang terbaik…. teruskn usaha muni anda…
terima kasih. Alhamdulillah
terima kasih atas peringatan ini..
Sheikh, boleh tolong huraikan kedudukan mayat semasa mahu di solatkan.
Terima ksih atas ilmu ini. Saya tak pandai nak cakap pasal syarat dan rukun• Tapi minta tolong 1) betul perkataan “kepada” dalam ayat ini “Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat”.
2) Gunalah bahasa yang standard, perkataan “korang” dll tu nampak ilmu yang hendak disampaikan mungkin meragukan. 3) Kalau ada arab yang dirumikan, pastikan ada arabnya. 4) Tulisan arab tu bertindih-tindih barisnya dan jadi tidak jelas dan sukar dibaca.
terima kasih tuan
Dah lama mencari panduan solat jenazah yang lengkap. Terima kasih.
terima kasih mmberi panduan. Banyak pahala berkongsi ilmu di sini… Masa nak solat jenazah utk arwah YB dr. Lolo’ di masjid keramat, kat site inilah saya rujuk, masa dlm kereta. Kwn2 dlm kereta pun ucap terima kasih. Kalau tak, mesti malu n kelam kabut kami nak kena belajar kat org lain…. Hihihii… Terima kasih!!!
aq la x belajar langsung pasal benda ni ……………nie pon sbb ade kwn aku gtaw ade lmn web nie
biase bro aiman
terima kasih tuan untuk ilmu yang dikongsi
saya pon dh lupa, kena blajaq balik, terima kasih atas ilmu yg diberi.. allahuakbar3x!
thanks sy dah copy artikel di atas, mintak tuan halalkan ilmu ini. assalamualaikum
assalammualaikum,sy budak br belajar..klu solat jenazah jadi makmun pun perlu bc seperti di atas ke atau cukup sekadar mengangkat takbir mengikut imam…adakah niat solat jenazah sama seperti di atas atau perlu dtambah makmun..terima kasih
جزاك الله خير كثيراً
info yg sgt berguna kepada semua..thx
tumpang tanye.. imam perlu bc kuat ke??
nak share ni dgn kwn2.. mnta permission..
assalamualaikum..frst nak ucap terima kasih atas pengongsian ilmu solat jenazah ini..dan minta izin untuk copy artikel ini..terima kasih sekali lagi,,
Tahniah diatas usaha anda ini. Semuga mendapat keberkatan dari ALLAH selama-lamanya
urm…ini semua amat menbantu saya…
Assalammualaikum~ mohon kongsi ilmu diatas,, saya ingin belajar solat jenazah.. harap dpt copy artikel nih..
mintak share ya!
amat mnghargai artikel ini..thank q..
bagaimana pulak klu kita xtau jantina jenazah itu..dewasa tau kanak2 sbb klu kita wat dlm masjid besar cth dlm masjid nabawi tau masjidilharam susah bg kita nak faham tau xberapa nak dengar apa yg imam ckp.
tk.
Nape klu kat Mekah bg salam ke kanan jer?? Tp kat sini kanan & kiri??
terima kasih kepada penulis blog ini kerana menerangkan cara2 solat jenazah dengan ringkas dan senang untuk diingati
Mohon share.
Salam..mau tny kalo solat untuk kanak2, takbir ke 3 baca pe?Dan takbir ke4 baca pe?sbb dinyatakan x perlu baca doa untuk kanak2..tq
salam. tak perlu baca apa2 kerana kanak2 ialah manusia yang belum baligh, dan orang yg belum baligh ni tiada dikaitkan dgn dosa..
Kalo jd makmum hny diam ke pd takbir ke3 n ke4?Dan kalo jd imam hny diam beberapa saat untuk takbir ke4(terakhir),camtu ke?maaf byk tny sbb sy x tahu
mohon share pada yg laen boleh x tuan
Mengapa bila solatkan jenazah wanita harus
kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya
Terima kasih
saya sdg menunggu jenazah kawan saya selesai di post mortem..bila selesai nnt kami akan sama2 solat jenazah untuk arwah..semoga arwah dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan hambaNya yang soleh..terima kasih untuk panduan solat jenazah ini..
Kama naqqoitu ke kama naqqoita?
salam..mohon untuk copy
assalamualaikum..amat bagus panduan yg tuan beri..terima kasih
assalamualaikum…bagaimana menjadi imam bagi jenazah ibu bapa?
Jazzakallah…hehe
tq untuk panduan sgt2 berguna
thx,.
best gile
belajar solat jenazah