Google Image kini dengan paparan baru

On 25/07/2010, in Uncategorized, by admin

Mungkin ramai dah tahu bahawa Google telah menaik taraf sistem dalam Google Image. Ia sekaligus membuatkan aku terpikat dan terpersona dengan antaramuka barunya yang cantik, ringkas, padat serta memudahkan. Kebanyakan pengguna internet di Malaysia yang meletakkan laman utama Google sebagai default home page pasti menggunakan url www.google.com.my bukan? Aku pun begitu juga, Google Malaysia diletakkan sebagai home page.

Tapi setelah aku tengok google image di browser kawan aku seorang ni, aku terkejut melihat antaramukanya yang lain. Aku balik rumah, buka PC dan terus lihat google image dan search, tapi hampa kerana antaramukanya masih sama seperti yang lama. Kemudian bila aku setkan alamat web Google yang asli (www.google.com) sebagai default home page dan mencuba google image, barulah aku dapat menikmati paparan barunya.

So, Google Malaysia masih belum update antaramuka baru ni. Kepada yang masih belum lihat, jom saksikan video yang aku sediakan dan korang boleh lihat serba sedikit perbezaannya.

Nota: Sila tekan butang paparan penuh untuk melihat video ini dengan jelas.

Korang dah tengok perbezaannya berbanding dengan paparan lama bukan? Jadi tunggu apa lagi, silalah alami pengalaman ini sekarang. Klik saja bukan susah pun. Apa yang aku suka tentang paparan baru ni adalah sistem zoom in gambar atau bahasa mudah apabila cursor dihalakan kepada sesuatu thumbnail dalam search image tu, gambar tersebut akan dibesarkan secara automatik.

Selain itu, aku suka dengan sistem Google yang menunjukkan latar belakang website di mana sumber gambar itu diperolehi apabila thumbnail itu ditekan. Tak faham? Lihat gambar di bawah.

Notakaki:

Korang dah guna ScreenR belum? Ianya mudah dan menyeronokkan!

Random Posts:

 

31 Responses to “Google Image kini dengan paparan baru”

  1. EiNS says:

    Nice…but too bad Google copied it from Bing visual search

  2. Mus says:

    menarik jugak ni..
    patut nampak lain..

  3. pligg.com says:

    Google Image kini dengan paparan baru | syahirul.com…

    Google Image kini dengan paparan baru. Lihat gambaar daan video yang disediakan untuk pemahaman….

  4. Google Image kini dengan paparan baru | syahirul.com…

    Google Image kini dengan paparan baru. Lihat gambaar daan video yang disediakan untuk pemahaman….

  5. myebuzz.net says:

    Google Image kini dengan paparan baru | syahirul.com…

    Google Image kini dengan paparan baru. Lihat gambaar daan video yang disediakan untuk pemahaman….

  6. Piston Pecah says:

    memang cantik,menarik!!!

  7. Liyana says:

    memang cantiikla interface dia camtu..

  8. mohdisa says:

    tak perasan plak aku pasal google image ni bertukar lagi…hehe…memang da best la google ni. hehe

  9. best2 dah try dah…senang sikit…

  10. dark_half says:

    woww…superb! baru tgk harini
    thnx for the info

  11. zikri says:

    Suka dengan antaramuka yang baru…. senang, tak yah nak tekan2 next2….yang sebelum ni pon ok jugak, tapi yang baru dia tunjuk gambar tu dekat web sebenar, tu yang bagus…

    yang lain nampak cam cooliris pon ada….

    apa2 pon saya suka google…hehehehehe

  12. Azfarul says:

    suka dengan perubahan ni!!..
    :)

  13. Cik Nass says:

    Ahaaa…tu diaaa..~ ajarin patik nanti ea. :D

  14. xtahu says:

    Mcm mana nak set wei.aku set http://www.google.com as default pon bila klik still kuar com.my jugak…

    • syahirul says:

      ok, kat google malaysia tu ada tak ayat ni “Go to Google.com”, cuba klik, pastu baru ko setkan :)

  15. Luth Textile says:

    menarik! huh..
    sempoi

  16. redz one says:

    thanks bro hang bagi info… aku x perasan pun google dah tukar hehehehe :)

  17. Mr.Bintang says:

    wohoooo screenr…

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
WordPress Blog
Page 1 of 11
Weboy