Patut berhenti atau tidak, aku percaya itu yang akan bermain-main di fikiran kita kalau melihat orang yang menahan kenderaan kita untuk meminta bantuan. Seingat aku, aku memang tidak pernah menolong orang di tepi jalan yang menahan kenderaan aku. Cukuplah hanya dengan mengangkat tangan sebagai tanda hormat. Bukan apa, zaman sekarang macam-macam orang boleh buat. Apa yang penting ialah, NYAWA.
Antara situasi yang sentiasa berlaku;
- Seorang penunggang motor meminta tolong konon-kononnya tayar motornya pancit.
- Seorang yang berjalan kaki meminta tolong untuk menumpang kenderaan.
- Seorang pemandu kereta meminta tolong sebab keretanya rosak.
Memang jika nak fikirkan, macam tak patut kan sebab tak menolong orang yang dalam kesusahan. Tapi cuba korang fikir, antara kesusahan orang lain yang belum tentu asli atau pura-pura, dengan nyawa kita, mana lagi penting? Jika orang itu sememangnya mahu mengambil kesempatan kat kita seperti merompak, merogol dan sebagainya, memang naya kita. Apa yang selalu didengar dalam kes-kes macam ini, yang selalunya jadi mangsa ialah kaum hawa.
Manakan tidak, orang perempuan memang banyak sangat sifat belas kasihannya. Tapi sifat belas kasihannya itu dibalas dengan tragedi. Kalau aku, aku nasihatkan kepada perempuan, tidak perlulah untuk menolong orang yang menahan kenderaan korang di tepi jalan. Kalau nak tolong juga, pastikan ada ramai orang bersama anda. Kalau boleh, biar ada lelaki. Kalau ada semua perempuan, tak ada guna jugak. Penjahat-penjahat tu just jentik sahaja korang.
Percayalah, bila parang atau pistol dah diacu kat kepala korang, memang sure korang sudah tidak tahu untuk buat apa lagi. Memang akan ikuti apa sahaja yang mereka nak la jawabnya. Barang kemas? Handphone? Wang? Dara? Semuanya akan diserahkan bulat-bulat.
Tapi, jika kita sendiri yang berada di tempat orang yang meminta tolong itu, orang yang lalu-lalang di jalan itu pun akan turut berasa was-was sama ada mahu memberhentikan kenderaan mereka untuk menolong kita atau tidak. Lumrah. Sebab dah ramai orang yang sedar dan takut pasal isu ini. Jadi, apakah cara terbaik untuk menyakinkan orang yang lalu-lalang itu bahawa sememangnya kita dalam kesusahan? Fikir-fikirkan.
Nota:
Entri ini ditulis oleh penulis jemputan iaitu Encik X-PO. Beliau boleh ditemui di:










wani gemok! hahaha
hahaha. xmasuk spam. aku pun pernah terkena gak camni. tapi bukan orang. kura2. nak alihkan kura2 tuuu… =P
laju aje ko komen bila nampak muka dua beradik ni.. gyahahhaaa… awek pantaai morib.. hahaha
peh siap ada penulis jemputan lagi..bila segmen tu
dah lama.. setakat ni baru ada 2 orang
wah~~comeynye gewe..kalau macamni landax nak le tolong!heeee
patut la lain je gaya penulisan
jap , mane satu adik kau ?
my friend little sister <—
pyh gak mcm tu kan..betul ckp syah..org perempuan mmg penuh dgn belas kasihan..org wat muke kesian sikit..simpantinye dah meluap2..so mcm mn nak elakkan tu semua..tp pd maz..bg yg prmpuan ni..eloknye elakkan ler dr berhenti..jalan terus..then if kite yg terkena mcm tu..kete rosak ker per ker..telefon ahli keluarga atau kwn2..then semntara nk tgu depa sampai..kunci pntu..tutup lmpu..nyorok senyap2 dalam kete..jgn keluar..tu lg selamat..
lagi betul cakap cik maz… abg hanz sehat? gyahahahaa~
wiwittt :P
aku kadang2 fikir 2x gak bila ada orang mintak tolong tepi jalan ni…sekarang memang bahaya…silap2 nyawa jadi taruhan….
Saya konfem tidakkan akan melayan sbb saya seorg penakut.
Hari tu ada makcik mintak duit nak naik teksi pun kak dha menggeletar, tgn dah genggam tgn member dah. Kot2 la dia tu jahat -__-”
tengok keadaan jugak bro bukan pa kdg2q takut menolong perompak ja huhu
aah.setuju sgt.klu leh jgn le berenti takut trjadi pape kt diri sendiri bkn sendiri je susah,mereka n keluarga mereka pn susah gak..huhu
adek2 qiela ke?
yepppppppppppp!
serba salah.. sbb now byk sangat kes tipu2 ni.. kes samun lah, rogol la, cuik la.. kalau besorangan ke, bedua ke.. still macam tak selamat
aku ikut kata hati..
kalau aku tengok org tu mmg betul memerlukan pertolongan.. aku tolong..
* gambar tu cantik..
tu la pasal
org takut berhenti sebab entah org tu ada niat jahat
pengalaman orang lain dan pengalaman lampau, so memang ramai yang tak nak amik risiko…kesian la orang tu..
duniaaa daa x slamattttt
errr, kt sinik ader featured blogger gaks eks? ingat kt pg Nuff jeks ado…..hwhehwhehwhe
Salam…
Jika dulu, ok… tapi zaman dah berubah. Orang tak sama macam dulu lagi. Lebih banyak prasangka buruk dari baik. Ibarat kata seorang yang sangat tersohor, sabdanya bermaksud; zaman ini penuh dengan fitnah…
Jadi … begitulah kita sekrang hidup dalam dunia yang penuh fitnah, walau sekelumit pun pasti akan menjadi fitnah.
Patut atau tidak membantu orang … bagi saya adalah patut; baik dalam berprasangka, tuhan akan menolong. Anda bukan buat benda salah tapi ingin membantu. Yakin diri anda membantu yang lemah dengan niat keranaNYA, dan pasti anda tidak akan ragu2 walaupun fitnah sedang menunggu.
Terima kasih.
aku tak pernah nk tolong org tepi jalan sekarang kalau kat luar dari utm.. tak mudah percaya sgt kat org.. klu dlm utm, mostly student utm. so tak kisah sgt.
ntahlah…. kadang2 rasa macam nak tolong… kadang fikirkan keselamatan diri pun ada….
selalunya tengok dulu keadaan, kalau bleh tolong, berhenti dan berserah pada Allah… kalau tak teruskan perjalanan….
tapi kat lebuhraya, tolong teponkan pihak lebuhraya boleh kot…
rasanya patut berenti..
tolong dulu tanya apa kabar gitu..
pastu tackle la..
what u give u get back
biasa la tu
kadang-kadang was-was gak nak tolong ni,ye lakan kalau kat tempat sunyi ke apa,taut ada udang disebalik batu je nanti
kalau awek cun tengah malam
seram gak tu hehe
macam2 ada la katakan
tengok tempat lah..kalu yg blajar ag..kalu student dlm kmpus ja yg tahan..berenti lah kan..
kalu kt luar pun..gitu gk..tengok tmpat..dh tw tempat tu sunyi, x dk org..agk2 lh nk bhnti pun kan..
juz bg pndgn.. =]
aku sure tak berhenti sebab bab2 tukang menukang kereta dan motor aku zero knowledge..haha..selamat aku..
tak. bagi yang jadi mangsa, minta tolong pada tuhan je la. tu je jalan terbaik.
tengok keadaan, kalau ditempat laluan yang sibuk dan semua orang nampak memang aku berhenti, kalau tengah malam memang minta maaf la, selalunya call PLUS untuk maklumkan ada kereta rosak dan sebagainya
nak tlg xleh…xtlg lain kali takut time kite…rasenye ape2 kat mane2 klo kete breakdown kite kene tau kawan terdekat kite..thats why bagus ade kawen kt sume negeri..huhuhu..just incase…
tapi btul laa, klo mlm2 org tahan aku sorang2 mmg aku xberhenti laa……wang ringgit leh dicari..nyawa? parah…