Kisah Allah menciptakan Jibrail A.S.

On 02/07/2010, in Uncategorized, by admin

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa, “Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.

Setelah memandang dirinya yang tampak begitu indah dan sempurna, maka malaikat Jibrail pun berkata kepada Allah, “Wahai Rabbku, apakah Engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik daripada aku?” Kemudian Allah pun menjawab pertanyaan malaikat Jibrail, “Tidak”. Mendengar jawapan Allah, maka malaikat Jibrail pun berdiri dan melakukan solat dua rakaat untuk bersyukur kepada Allah. Pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya.

Setelah malaikat Jibrail selesai melaksanakan solatnya, kemudian Allah pun berfirman kepadanya, “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.

Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.

Setelah mendengar hal tersebut, Jibrail pun kembali bertanya kepada Allah, “Ya Rabbku, apakah yang Engkau berikan kepada mereka sebagai ganjaran atas ibadah mereka kepadaMu?” Maka Allah berfirman yang ertinya, “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal mereka”. Malaikat Jibril kemudian meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa tersebut.

Setelah Allah memberikan izin kepadanya, maka malaikat Jibrail pun mengembangkan sayapnya dan terbang menuju syurga Ma’waa. Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun. Maka terbanglah malaikat Jibrail selama beberapa lama perjalanan, malaikat Jibrail akhirnya kepenatan dan turun untuk singgah dan berteduh di bawah sebuah pohon. Di sana ia bersujud kepada Allah lalu berkata, “Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”

Maka Allah pun berfirman, “Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.

Sabda Rasulullah, “Sebelah kanan sayap Jibrail terdapat gambar syurga berserta dengan segala isinya termasuk bidadari-bidadari, istana, pelayan dan sebagainya manakala sayapnya yang sebelah kiri terdapat gambar neraka dan segala isinya yang terdiri daripada beberapa macam ular yang cukup bisa, kala jengking dan neraka yang bertingkat-tingkat serta penjaganya yang terdiri daripada malaikat yang garang dan ganas yakni malaikat Zabaniyah“.

Kata Rasulullah lagi, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu, maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang kecil pada badan manusia kemudian mereka akan menarik rohnya dari kedua telapak kaki hingga lutut dan mereka pun keluar. Setelah itu datang lagi sekumpulan malaikat masuk menarik roh dari lutut ke perut. Begitulah seterusnya dari perut ke dada dan dada ke kerongkongnya. Itu saat nazak seseorang”.

“Kalau orang yang nazak itu orang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang itu dapat melihat kedudukannya di syurga sehingga terlupa orang-orang di sekelilingnya. Jika orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap sebelah kiri untuk menunjukkan tempatnya di neraka sehinnga ia menjadi sangat takut serta lupa kepada keluarganya”, kata Rasulullah.

Kita sebagai umat Islam mesti mengakui kebenaran ini dan ia adalah sama seperti kita beriman kepada perkara ghaib. Tidaklah mustahil bagi Allah untuk menciptakan segala sesuatu kerana Dia maha pencipta. Cukuplah sekadar kita melihat langit yang tidak bertiang, bukankah ia perkara mustahil bagi manusia untuk membuatnya?

Rujukan: Himpunan kisah-kisah teladan

Dalam surah Ar-Rahman sebanyak 31 kali Allah bertanya kepada manusia dan makhluknya dengan pertanyaan, “Maka nikmat Tuhanmu yang mana satukah yang kamu dustakan?” :8

Random Posts:

 

57 Responses to “Kisah Allah menciptakan Jibrail A.S.”

  1. [...] This post was mentioned on Twitter by Mr.Bintang. Mr.Bintang said: RT @pge46: Kisah Allah menciptakan Jibrail A.S.: Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa, “Sesungguhnya… http://goo.gl/fb/vfkPt [...]

  2. joegrimjow says:

    besarnya keagungan dia
    solat sunat 2 rakaat je tu!

  3. pligg.com says:

    Kisah Allah menciptakan malaikat Jibrail | syahirul.com…

    Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat [……

  4. Kisah Allah menciptakan malaikat Jibrail | syahirul.com…

    Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat [……

  5. myebuzz.net says:

    Kisah Allah menciptakan malaikat Jibrail | syahirul.com…

    Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat [……

  6. wazy says:

    nice,entri yang berguna untuk menyedarkan kita daripada lalai di dunia ni

  7. azizie says:

    subhanAllah. Allah maha pemurah. Orang yang fikiran melayang-layang masa solat pun Allah masih beri ganjaran syurga. Tak tau la kalau still rasa tak nak solat lagi.

  8. yonna says:

    rajin2 la update kisah2 teladan ni ye pakcik. mmg best dan byk bg pengajaran :)

  9. rashid says:

    Umat akhir zaman yang berbuat baik akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah, sebab memang tak ramai umat yang akhir zaman akan ingat Allah sepenuhnya, yang lain lalai…Wallahu’alam..

  10. Kujie says:

    terimakasih brkongsi kisah yang baik mcm ni

  11. Dakjaat says:

    layout cantik.. :) pimp kan lagi

  12. fiD says:

    Allah memang sayangkan hambanya kan… benda esay, tapi ganjaran nya. . . .

  13. Bukan Eciz says:

    besarnya nikmat Allah!

  14. redz one says:

    Subhanallah… sesungguhnya Allah sayangkan kita… umat nabi Muhammad s.a.w

    thanks bro..
    perbanyakan lagi artikel camni.

  15. hasni says:

    Terlalu besar ganjaran hanya solat dua rakaat, sedangkan solat subuh kalau hari cuti pasti ada yang akan tumbang. Betultak?..Pasti ada yang senyum2kan?.Mampukah kita bersenyum lagi saat nyawa dihujung halkum…Nauzubillah, Mudah-mudahan kita bukanlah bersama2 dgn golongn itu.

  16. hidup_singgah _mati says:

    mohon share ya….he :D

  17. bagindo janar says:

    mohon share ye artikal ini..

  18. Resty says:

    Subhanallah….Maha Besar & Maha Penyayang Allaah dgn Segala Firmannya very good article that I have never read it, increased my knowledge

  19. nadiah says:

    assalamualaikum…
    mohon share ye..syukran..

  20. dziatul nadiah bt dzia-uddin says:

    solat sunat sgt besar ganjaran nya.. subahannaALLAH…

  21. ali says:

    alhamdulilah….moga dpt mginsafkan kita semua…minta kebenaran untuk kongsi semua artiket

  22. Hatta Ali says:

    Alhamdulilah,izinkan saya membaca ke semua artiket untok mendapat pengajaran dan pedoman hidup saya.

  23. zharif says:

    subhanallah… mohon izin share

  24. pemandu myvi says:

    boleh berikan detail himpunan kisah teladan ni? penulisnya atau apa2 yang berkaitan. Sekadar kepastian untuk elakkan unsur israiliyat..

  25. Hamba ALLAH says:

    mohon share ye..t.q….

  26. othman.hamid says:

    sebagai iktibar dan sebagai pengajaran utk kita dlm menempuh kehidupan yg mencabar

  27. Mohamad Hafiz says:

    sgt bgus kisah ini.. sbgai pertunjuk ke jalan yg benar.. smoga ALLAH permudahkn sgala urusan bg kta semua

  28. hamba_lemah says:

    trima kasih sharing kisah2 mcm nih..bnyk entri2 yg menarik kt cni..

  29. aebaayuni says:

    subhanaallah…betapa mulianya kedudukan kita sbg umat Rasulullah s.a.w di sisi Allah s.w.t dgn hanya solat 2 rakaat kita akan mendapat ganjaran yg begitu besar sekali.alhamdulillah….trm ksh utk ilmunya,teruskn dakwah saudara moga dgn adanya artikel sebegini sedikit sebanyak membuka pintu hati kita utk lebih dekat PADANYA.amin….

  30. Nor says:

    Assalamualaikum… mohon share =) entri ni bagus.. tgklah betapa Allah sgt sygkan hambaNYA.. terutama umat Muhammad SAW..

  31. Syukurlaa...... says:

    zaman moden iniorang lebihkan harta daripada tuhan…Allah itu maha kaya….lagi maha penggasih…

  32. terima kasih kerana berkongsi cerita yg baik..

  33. Khai says:

    Subhanallah.

  34. Zopfan says:

    Subhanallah.

    Mohon kongsi..

  35. arim mir says:

    m0h0n share yek..byk kisah2 yg buley menyedarkan sy

  36. mohd naim says:

    mohon share ye.. jazakallah.. :)

  37. nabila.a says:

    salam,. rujukan himpunan kisah teladan tu dalam bentuk buku ke? kalau ya,, boleh x beritahu writer, publisher & mungkin tajuk buku tu yg tepat. ingt nak cari & baca. syukran

  38. dalfiza says:

    salam syahirul..boleh tumpang tanye…kisah ni dr hadith mana yer? mekacih

  39. emem says:

    menarik sungguh perkongsian ilmu ini.betapa kerdilnya kita tanpa amalan bekalan akhirat nanti.perbanyakkan lagi ilmu seperti ini.thks

  40. nida says:

    assalamualaikum…sy sgt2 tertarik dgn semua artikel cerita2 teladan yg saudara paparkan…rupanya masih terdapat byk kisah yg sy masih x mengetahuinya…tp selepas baca ksah2 yg saudara paparkan,alhamdulillah serba sedikit sy dah tahu…boleh x saudara tolong selitkan cerita bilal bin rabah…sy amat tertarik dgn kisah dan pengorbanannya….terima kasih…

  41. wardatulsyauqah says:

    salam..me again..
    nk mintak copy n share kt fb..
    mintak halal ye..
    moga saham saudara di akhirat bertambah..insyaAllah.. =(

  42. pernah baca dari buku Hadis Qudis

  43. wawa_e2 says:

    subhanaallah…
    pohon share yekk…

  44. nadya says:

    mohon share

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
Premium WordPress Themes
Page 1 of 11
Premium WordPress Themes