
Aku lihat ramai kawan-kawan di sekeliling tahu menggunakan komputer, namun mereka tidak tahu bagaimana nak menjaga komputer sama ada dari segi hardware atau software. Aku bukanlah termasuk dari golongan hebat dan bijak pandai, namun melalui pengalaman berurusan dengan laptop dan komputer sepanjang beberapa tahun ini sudah cukup untuk aku mengatakan aku dapat menjaga komputer lebih baik berbanding orang lain terutama dalam pengurusan software.
Komputer bukanlah perlu dimanja macam korang layan pakwe dan makwe, tapi cukuplah penjagaan tu ada unsur “nak pakai lama”. Jika dalam windows xp, masalah yang kerap muncul adalah masalah virus. Ia tak dapat dinafikan kerana windows xp adalah sistem yang mudah untuk virus tembusi. Berbanding dengan windows 7, aku dapat katakan ia adalah windows terbaik setakat ini. Sepanjang berurusan dengannya, tak pernah aku dengar lagi masalah virus yang melibatkan windows 7.
Entri ini aku nak tekankan mengenai perkara yang korang perlu lakukan setelah install windows pada komputer. Aku ambil windows 7 sebagai contoh di sini kerana majoriti pengguna sekarang mempunyai laptop dan menggunakan sistem operasi ini. Selalunya kalau korang beli laptop baru di kedai komputer, ia telah siap di install windows dan diberikan beberapa aplikasi percuma seperti anti virus, microsoft office dan software basic. Tapi mesti korang tahu bahawa software yang diberikan bukanlah permanent dan hanya trial.
Selalunya setelah aku install windows 7 dalam komputer kawan, aku akan connect komputer tersebut dengan internet dan mula mencari driver secara automatik sama ada dengan membuka device manager ataupun melalui windows update. Selesai semua driver dipasang, aku akan pergi ke direktori Control Panel dan menutup User Account Control dengan menaip “uac” dalam kotak search di sudut kanan. Klik pada link yang ditunjukkan dalam rajah di bawah dan setkan notification kepada “never notify”. Ini bertujuan untuk membuang fungsi popup notification yang muncul apabila korang nak install sesuatu software.

Korang digalakkan install beberapa software berikut yng selalu aku gunakan:
1. WinRAR – Ia adalah software yang digunakan untuk membaca fail berformat zip dan rar kebiasaannya. Jika korang nak email seseorang dan banyak fail yang perlu di attach, gunakan winrar sebagai alternatif untuk mengumpulkan fail dalam satu zip fail.
2. Attribute changer – Software ini bertindak sebagai pengubah jenis sistem fail sama ada ianya dari jenis read-only, system, archieve, index ataupun super-hidden. Ia berguna di saat fail korang terkena jangkitan virus dan menjadi super-hidden kekal. Bagaimana nak memulihkan fail tersebut? Software ini adalah jawapannya.
3. CCleaner – Seminggu sekali adalah kadar minimum untuk korang gunakan software ini sebagai pencuci komputer. Selain membersihkan komputer dari benda yang tidak perlu, ia juga boleh membersihkan registry yang tidak digunakan, jadi performance komputer berada dalam tahap stabil dan ringan. Selain itu, software ini mempunyai fungsi untuk setkan startup program dan uninstall program. Jadi tak payah guna Control Panel lagi.
4. Antivirus – Tak guna jika dibekalkan dengan antivirus berbayar secara percuma jika antivirus itu tak bagus untuk komputer kita. Di sini aku mencadangkan korang menggunakan salah satu dari dua antivirus percuma dan terbaik jika menggunakan windows 7. Korang boleh gunakan Avira ataupun Microsoft Security Essential dari pencipta windows sendiri. Jangan install banyak antivirus dalam satu komputer, hanya gunakan satu sahaja.
5. Adobe flash – Tak kira browser apa yang korang gunakan dalam komputer, adobe flash wajib dipasang kerana jika ia tak ada, korang tak boleh tengok video di youtube dan facebook atau apa-apa benda yang memerlukan flash sebagai perantaraannya. Install browser dulu baru install benda ni.
6. Adobe reader – Ia adalah satu software yang berfungsi untuk membolehkan korang membaca fail berformat PDF. Percuma dan mudah digunakan.
7. Java – Kalau software ni korang tak install dalam komputer, apa-apa web yang menggunakan java dalam aplikasi mereka tak dapat korang gunakan. Contoh mudah apabila nak upload gambar korang ke dalam Facebook, ia memerlukan aplikasi Java.
8. Everything – Software ni akan memudahkan korang untuk mencari apa-apa fail yang terkandung dalam komputer tak kira sama ada ia hidden atau pun tak. Apabila dah install sahaja, korang boleh search satu komputer kat mana korang simpan sesuatu fail itu.
9. Internet download manager – IDM digunakan untuk memudahkan proses download di internet. Contohnya di facebook, aku gunakan IDM ni untuk muat turun segala video yang aku play hanya dengan satu klik. IDM mempunyai kuasa penarikan yang kuat apabila memuat turun sesuatu dari internet. Sekali dah install dan crack, tolong jangan update lagi ya.
10. Storm codec – Kalau korang sedang mencari software untuk memainkan segala jenis video dalam komputer, aku mengsyorkan agar korang install software ni. Setakat yang aku guna sekarang, ia support pelbagai format video yang dimainkan dalam komputer. Jangan install pelbagai codec pack sekaligus seperti GOM player, KMP player, real player dan sebagainya kerana ia akan memberi kesan terhadap pemain video dan mungkin ia tak dapat memainkan video korang.
Software seperti yahoo messenger, skype, photoscape dan software lain yang remeh-temeh boleh korang download melalui link ini. Sila search software yang korang perlukan, jika software tersebut adalah shareware, silalah cari crack sendiri. Aku dengan berbesar hati nak kongsi Microsoft Office 2007 Blue Edition. Bila dah muat turun ketiga-tiga parts yang aku berikan di bawah, sila gabungkan ia menggunakan winrar tadi. Aku sediakan crack sekali kalau ia dikesan tak genuine.
11. Microsoft Office 2007: part 1 | part 2 | part 3 | crack
Okey selesai bab software. Nak software lain minta ye. Aku nak sambung tips yang perlu korang lakukan selepas install windows. Pergi ke Control Panel dan tutup sistem autoplay di sana. Ia bertujuan untuk mengelakkan virus memasuki sistem dengan cara ini apabila korang cucuk pendrive ataupun external hard disk. Tolong lakukan windows update apabila notificaation mengenainya muncul. Ia bagi memastikan korang menggunakan update terkini microsoft dalam sistem.
Jika korang mempunyai masalah windows 7 tak genuine setelah windows update dijalankan, sila gunakan RemoveWAT sebagai alternatif untuk membuang windows activation tools dalam komputer. Ia dijamin selamat dan berkesan setakat ni. Jangan install software yang korang sendiri tak tahu gunakannya kerana sesetengah software dapat meninggalkan effect kekal pada komputer. Moga korang dapat menjaga komputer dengan lebih baik lepas ni.
Untuk mengekalkan ketahanan bateri laptop, aku sarankan korang gunakan bateri sehingga habis, tutup laptop dan buka bateri. Setelah itu gunakan direct power jika korang nak gunakan laptop dengan lebih lama. Jangan gunakan bateri dan direct power pada masa yang sama. ia menyebabkan nyahcas dan membuatkan kuasa bateri semakin lemah. Cara terbaik nak cas bateri adalah dengan menutup power laptop sepenuhnya dan tinggalkan ia tercas sehingga lampu yang menunjukkan bateri telah dicas sepenuhnya muncul.










camne nak wat theme hitam mcm pic yg atas skali tuh…nice la..nak gak…
pls share link bro..
window 7 starter 32 bit je kan? boleh x wat jd 64 bit???
LAU NK 64 bit format le……
lau beli cd dia ade x86 and 64 bit
lau ade masalah computer emel kat saya naqlio@yahoo.com
thank bro software idm mmg boleh berfungsi.
x hancor ke netb0ok aq? hahaha
Korang jgn gune Adobe pdf reader, not rekomended, terlalu ‘bloat’, berat, besar saiz (50MB installer)
Instead, pakai Foxit reader, korg google pastu dpt. Installer dier cume 7MB
rasenye search ‘uac’ kat start menu lagi sng kot.
camne dgn tune up utilities? ape beza tune up ni dgn ccleaner ye?
terima kasih ats info diatas..
salam..
blog ni banyak membantu bro..
thanx a lot..
salam syahirul

saya pakai window 7 home premium orignal
pastu sy ada download IDM,
lepas download IDM, ade byk hidden folder y pelik dlm lptop ni
masalahnya software microsoft2 7 (ex:word) saya xboleh guna
tapi software lain boleh guna
boleh ke kalau saya install pirate micosoft software, tanpa mendelete software microsoft 7 y lama?
member kasik software tu, tp xtaw nak install..huhu
ms off tu x leh nk dnlod la…tolonggg…time kasih.
microsoft office tu lain ke dengan microsoft office 2007 biasa
assalamualaikum bro..mcm mana nak restore data?masalahnye mcm ni,windows vista yang sy gunakan ada masalah ( minimize atau close apa2 application mesti windows explorer restart sendiri ) jadi sy pun install balik windows vista tanpa reformat os atau delete apa2 pun.sekali siap data yg asal dah tak leh guna tapi masin tersimpan dalam folder windows.old.ingatkan kalau install balik windows tu dia tukar window je tapi rupa-rupanya semua tak boleh nak guna.jadi mcm mana nak restore semua data tu balik ataupun mcm mana nak uninstall windows yang baru sy installdan guna balik windows asal??untuk pengetahuan saya ni adalah org yang tiada asas komputer.komputer jadi mcm tu pun sebab nak buat eksperimen.mohon bantuan dari orang yang lebih arif.
salam syahrul…sy pn nak jugak theme hitam mcm awk punya tu..nampak outstanding…pls share..tq.