
Hari berganti hari, kini dah hampir sampai ke penghujung bulan Ramadhan yang mulia. Lusa kemungkinan adalah hari terakhir umat Islam berpuasa. Jadi ada dua hari lagi untuk kita sama-sama menikmati bulan yang penuh dengan keberkatan dan pahala. Cahaya syawal kian mendekat dan ia sekaligus menimbulkan perasaan sedih kepada kebanyakan umat Islam kerana akan berakhirnya Ramadhan.
Di bandaraya Kuala Lumpur ini aku lihat ramai yang telah beransur-ansur pulang ke kampung halaman sehingga hampir tiada orang di sini. Ada juga yang berpusu-pusu membeli-belah untuk kali terakhir terutamanya di Jalan TAR dan tempat-tempat menarik yang kerap kali dikunjungi apabila hampir tiba hari raya. Tahun ni aku tak shopping langsung dan pakai apa yang ada sahaja. Tapi baju raya untuk tahun ni dah siap dijahit oleh keluarga tunangku. Terima kasih.
Sempena Aidilfiti yang bakal menjelma ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri aku ni terutamanya kepada keluarga aku, keluarga tunang aku, saudara-mara aku, sahabat-sahabat yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan, kawan-kawan yang selalu menceriakan hidup aku dan tak lupa kepada sesiapa yang tak pernah kenal aku dan pernah memusuhi diri aku ni. Korang maafkan aku ya atas segala keterlanjuran aku kepada korang.
Oleh yang demikian, aku dah buat satu VLOG (video blogging) untuk korang semua tonton dan aku harap tiada yang berkecil hati dengan aku lepas ni. Kita saling bermaafan ya! Saksikan.
Ini 1st time aku buat vlog, jadi agak nervous juga lah. Jangan gelakkan aku sudah. Aku saja buat vlog ni sebab terasa ingin buat setelah ramai teman-teman blogger yang buat video macam ni tak kiralah waktu raya ataupun waktu-waktu lain. InsyaAllah ada kelapangan dan keberanian, aku akan muncul dengan vlog lain. Kepada sesiapa yang nak buat vlog macam ni, korang hanya perlu ada laptop yang mempunyai webcam. Kalau nak edit, gunalah software yang pernah aku perkenalkan ni.
Kepada korang yang nak balik ke kampung halaman tu, sila pandu dengan berhati-hati di musim perayaan ni. Seperti yang kita tahu waktu perayaan inilah banyak terjadinya kemalangan maut yang puncanya dari sikap individu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya dan tidak mengendahkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Waktu habis raya, pandu dengan hati-hati juga, pastikan korang cukup rehat okey.
Oleh kerana tahun ni aku akan beraya di Kuching, Sarawak, maka blog dan fanpage aku mungkin tidak akan diupdate selama seminggu. Jika ada masa dan connection internet di sana agak bagus, aku akan update apa yang patut. Aku rasa live blogging aku melalui telefon bimbit akan berjalan seperti biasa jika tiada masalah penghantaran MMS kepada Flickr melalui Maxis. Moga semuanya selamat dan jumpa lagi.
Notakaki:
- Penerbangan aku ke Kuching, Sarawak pada esok hari (08/09/2010) menaiki Air Asia.
- Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari aku dan krew Oh! Media Network.










hahahaha..ada jga vlog..hehehe…selamat hari raya wei
hohohoh
selamat hari raya bro!
komen dulu.. baru tengok vlog.. haha..
cis…
smart2..aku xleh nak edit..td aku guna camtasi nak edit berpuluh2 kali tak dapat..laptop aku asyik terpadam..last2 aku upload mcm tu je..tunggu aku pakai imac nnt..hehehe….ko byk praktis lg bercakap dpn camera..heheh..
macam juri plak ko komen ea.. haha…
patutla semacam jerk video ni.. pakai camtasia.. banyak software boleh edit video.
nanti aku buat khas tuk ko..
yeke? ko buat vlog ko? gyahahhaahha~
maybe sbb tak pasang win 7 kot.. hahahaha.. selamat ari raya
aku tak reti nak ckp sgt depan kamera
salam aidilfitri…. hehehe best2 vlog
Selamat hari raya… tak berpeluang lagi jumpa ko, insya-Allah ada rezeki bleh jumpa.
p/s: Neves cakap depan camera… kena buat skrip dlu neh..
hahaha.. mls nak wat skrip.. main hentam aje, sbb tu mcm gagap
selamat hari raya
raya kat kuching ek? area mana?
lundu
hoho, dekat je
selamat hari raya gak bro.
2.29, cuteee
haha
ala
dah ramai buat perutusan ni, aku bile la lagi ni
alaaaaa
cis… itu yg ko nampak eh? ye la tu satu2nya aku gelak.. gyahahahaha~
ko wat aje la joe, ko kan da biasa ngan vlog?
Lagu raya background tu kacau betul, kalau leh slow kan lah lain kali, kalau takde pon takpe
baca skrip kat depan yer bang gyahahaha
aneh gak, aku dengar oke aje, terang aje.. speaker ko kot yg setting lari.. hahahah..
selamat hari raya. take care. wahhhh fanpage dah 20k. mcm leh lawan oh media dah wakakka
takkan leh lawan la.. ohmedia tu byk web
selamat hari raya bro… mohon ampun maaf juga kalau ada tersilap dan ter2… semuanya…
semoga perjalanan ke serawak selamat ye bro
insyaAllah selamat
salam aidilfitri buat cikgu judin
hehehe
salam aidilfitri
semoga se;amat pergi dan selamat kembali:D
Buat Vlog guna webcam lappy x lawa
Selamat Hari Raya Bro
Selamat hari raya syah.. semoga bergembira di sarawak.hee..
Maaf zahir dan batin ye..raya nnt jemput datang rumah.
salam aidilfitri dari menteil.net
kalau ada silap dan salah, terkasar bahasa, haraf diampun…
Salam Aidilftiri bro…
Salam Aidilfitri, bro.. Semoga dapat banyak duit rye.. hehe
Nak tanya lah kan, apsal ko slalu je beraye kat Kuching? famili ko ade kt sne ke? x slap aku, thun lps pun ko ade blk ke Kuching kan?
salam lebaran azfar
maaf zahir dan batin
Selamat Hari Raya Aidilfitri bro
Ceria sungguh di hari raya,
jangan dilupa pada yang tiada,
menyambut syawal biar berpada,
jangan nanti obesiti pula
perutusan aidilfitri yg terbaek sekali… selamat ari raye..