
Hari ni aku nak beri tutorial ringkas kepada yang belum tahu bagaimana nak pin my computer ke taskbar. Tutorial ni khas buat pengguna windows 7 sahaja. Seperti yang korang tahu, apabila shortcut atau pun ikon my computer di desktop ditarik ke taskbar untuk dipinkan, ikon tersebut akan bertukar menjadi ikon folder dan seterusnya direktori yang ditetapkan menjadi direktori folder library.
Aku salah seorang yang amat suka membuka terus my computer tanpa perlu mencari shortcut tersebut di start menu. Aku juga tak suka desktop komputer berserabut dengan pelbagai ikon, jadi apa alternatif yang ada, aku pinkan ia ke taskbar dan ia lebih mudah untuk digunakan. Jika shorcut seperti firefox mahupun adobe photoshop, korang memang senang-senang saja pinkan ke taskbar dan ia pasti tak ‘lari’ seperti my komputer. Tanpa buang masa mari kita lihat bagaimana caranya.
Klik kanan pada desktop dan bina satu shortcut baru seperti rajah di bawah. Kemudian dalam petak kosong yang disediakan, letakkan direktorinya kepada explorer shell:MyComputerFolder dan tekan butang next. Isi pula ruang kosong berikutnya kepada Computer dan tekan butang finish. Korang akan lihat shortcut my computer telah tersedia di desktop.



Seterusnya pergi ke properties shortcut tadi dan ubah ikon yang sedia ada kepada ikon my computer yang berada dalam direktori asalnya iaitu %SystemRoot%system32imageres.dll dan tekan butang apply.


Shortcut ikon korang dah siap dan boleh terus tarik shortcut tersebut ke taskbar untuk dipinkan. Lihat hasilnya dan cuba tekan ikon my computer di taskbar untuk memastikan apabila ia ditekan, ia akan terus menuju ke direktori yang betul dan bukannya library lagi.


Amat mudah bukan tutorial ini? Di bawah ni aku listkan beberapa direktori yang boleh korang cipta untuk shortcut yang lain pula.
Recycle Bin » explorer shell:RecycleBinFolder
Control Panel » explorer shell:ControlPanelFolder
Administrative Tools » explorer shell:Administrative Tools
Programs and Features » explorer shell:ChangeRemoveProgramsFolder
Network » explorer shell:NetworkPlacesFolder
Favorites » explorer shell:Favorites
Games » explorer shell:Games
Fonts » explorer shell:Fonts
Users » explorer shell:UserProfiles
Username folder » explorer shell:Profile
Documents » explorer shell:My Documents
Music folder » explorer shell:My Music
Pictures folder » explorer shell:My Pictures
Videos folder » explorer shell:My Video
Downloads folder » explorer shell:Downloads
God Mode » explorer shell:::{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}
Selesai tutorial yang terlalu mudah untuk korang buat amali. Lain kali kita belajar tutorial lain pula ye. Esok aku update story waktu aku lepak Singapore selama seminggu.










amboi…
erm perlu ke bro tukar kepada window 7 huhu
tukar aje la, the best windows sekarang.. tak taw la win 8 nanti lagi sedap kot :P
bile la aku nak bertukar ke Win7 nih..uhuhuhu
la.. org dah kurun tukar tapi ko kat takuk lama.. apehal beb? takde dvd seven bg taw aku..
kt dekstop aku ada 2 icon je my computer & recycle bin..
cis.. ko mmg smua simpan kat quick launch tak pon kat dlm program file, buhsan nak mencari dan search..
@syahirul, dah terbiasa bro..laju je..lgpn ak benci icon byk2 kt dekstop..nk on pn makan masa,,
laptop tu masalah ape nak on pon lambat bila penuh icon.. aneh2.. ke ram tak cukup? hehe
@syahirul, laptop tip top..hahah..ram 4gb xde hal..minimalist..haha
Tutorial yang amat membantu.. “cool”
cool sejuk best.. haha.. dah buat ke?
hoho nmpknya stail dh cam kembali ke killvearn.com
yep, stail lama dah mai, tapi aku takmo 24/7 asek tuto n software aje… nak pelbagaikan :P hehehe..
Bro God Mode tu ape?
GOD MODE :P hehe tak pernah dgr ke beb windows 7 ada benda tuh.. nanti aku wat review eh..
@syahirul, ok!..thanks hehe..
thx 4 da tutorial
sama2, jgn lupa cuba terai oke..
Bro, buat la tutorial, tukar icon ke token tue.. dah try tak jadik2…
p/s: nak jadi guest editor kat blog baru aku tak?
aik dulu bukan aku ada buat kat KV ke? ko tak tgk? ke still tak jd? hahaha.. nanti aku repos balik ok sayam :”> guest editor insyaAllah kalo nanti ilmu kat dada ni penuh dan tataw nak buang mana :P
@syahirul, ok2… tak jadi la… nyaris jahanam windows aku
nape tak jd lak? masalah ape? aneh gile.. ke win 7 ko jenis lain :P hahaa
banyak kerja gak la nak buat..keke..anyway, thanks..
tak byk, senang aje klik2 n copy paste :P siap :P
@syahirul, jadi cam banyak tuh sebab aku tak guna sangat icon tuh kat taskbar..keke..folder windows explorer yang dah siap kat taskbar tuh kalau right click ada frequent folder yang kita pakai..so, direct terus..dah terbiasa macam ni..haha
yg folder explorer tu leh setting le nak ke taknak ada folder yg slalu kita guna, kalo icon my computer pon leh ada gak menda tuh :P tapi aku tak suka :P hehee..
@Azizuan, aku dah cube.. semudah ABC jer… haha.. :P
huhuhu bestkan kalau guna win 7
nape tak guna lagi? ada masalah?
nampak cam mudah.. nnt aku try.. hehe.. boleh mengurangkan penggunaan desktop kalau mcm ni.. hihi.. :P
yg god mode tu ape erk?
hehe.. ko org kedua tanya.. kalo tak sabar nak aku tunjuk tuto, baik ko google dulu.. hehe.. kira mcm shortcut la godmode ni..
Perkongsian yang super-cool.. nice effort bro..
hoho komen ko masuk spam pasal ape eh? guna IP sama ngan spammers eh.. hahaha.. dah cuba lom kat miss merlot :P
tq 4 info..
tp malangnya aku x guna seven lagi..
haha… bila hang buat tutorial camni teringat masa kat blog lama hang killvearn.com tu. banyak tutorial kat dalam tu….
yep.. mmg byk dan dah selamat dikebumikan di tanah perkuburan weblog dalam server kat cyberjaya.. nape tak guna seven dah? ko pakai mac lak eh?
@syahirul, haha.. bro sori ada satu perkataan tertinggal dalam komen kat atas tu… lupa nak cek tadi… aku nak kata tadi aku x dapat guna seven lagi. skrang ni guna xp ngan sevenmizer jer… sebab kompite ram x tinggi…
tp ada la perancangan nak pakai seven tu. tp nak upgrade pc dulu.. baru bes guna.
pc ko skrg bape spec dia? win 7 minimum processor 1ghz, ram 1gb.. pakai win 7 starter/home basic sudah le :P hehee
@syahirul, hmm aku pnya prosessor tu rasanya ok sebab aku pakai intel celeron 2.4ghz. ram dia jer kecik 256mb jer.. n aku ingat nak upgrade ram jadi 1/2 gb nanti. pastu paru pakai seven. lagi satu nak cari yang ori mahai…
Win 7 nampak macam best, tapi sayang nak padam vista original ni
don’t u know vista also has GodMode function? cuba try tuto ni kat vista, insyaAllah jadi…
[...] dalam entri yang lepas, ada beberapa blogger yang bertanyakan aku apakah yang dimaksudkan dengan GodMode? [...]
bukak My Computer aku biasa tekan Win+E je.. kat taskbar 1 bende pon aku tak pin.. huhu.. rasa mcm takut lak nk buat bende2 camni.. takut salah buat kang jahanam.. hahaha..
takde jahanam le.. ape ko nak takot… ko kan geeks yg leh repair pc.. kahkahkah… aku tak suka guna keyboard, suka tikus aje..
aku suka drag jerk, tak pun open satu applications, nak pin terus right click then pin terus. abis citer. hehe
[...] ini dibuat atas permintaan seorang pembaca blog ini yang setia dari dulu melanggan artikel-artikel dari aku. Tanpa membuang [...]
hah berguna gak ni…ak guna skank context menu yg right click..mudah gak tu,,tak la serabut sgt desktop..hehe
Cara pin ‘my computer’ ke taskbar | syahirul.com…
Hari ni aku nak beri tutorial ringkas kepada yang belum tahu bagaimana nak pin my computer ke taskbar. Tutorial ni khas buat pengguna windows 7 sahaja….
tq bro.. nice one.. nak tanye.. klu nak pin partition E/folder nape xleh erk..
aman~
dh try n jdk…thanx =))…dh lame nk bt ni tp xtau…huhu
[...] dalam entri yang lepas, ada beberapa blogger yang bertanyakan aku apakah yang dimaksudkan dengan GodMode? [...]