Purdah & Niqab mengikut empat mazhab

Mazhab Hanafi

Pendapat Mazhab Hanafi, wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah.

1. Asy Syaranbalali berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها باطنهما وظاهرهما في الأصح ، وهو المختار

“Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam serta telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih sahih dan merupakan pilihan mazhab kami.” (Matan Nuurul Iidhah)

2. Al Imam Muhammad ‘Alaa-uddin berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وقدميها في رواية ، وكذا صوتها، وليس بعورة على الأشبه ، وإنما يؤدي إلى الفتنة ، ولذا تمنع من كشف وجهها بين الرجال للفتنة

“Seluruh badan wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam. Dalam suatu riwayat, juga telapak tangan luar. Demikian juga suaranya. Namun bukan aurat jika dihadapan sesama wanita. Jika cenderung menimbulkan fitnah, dilarang menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki.” (Ad Durr Al Muntaqa, 81)

3. Al Allamah Al Hashkafi berkata:
والمرأة كالرجل ، لكنها تكشف وجهها لا رأسها ، ولو سَدَلَت شيئًا عليه وَجَافَتهُ جاز ، بل يندب

“Aurat wanita dalam solat itu seperti aurat lelaki. Namun wajah wanita itu dibuka sedangkan kepalanya tidak. Andai seorang wanita memakai sesuatu di wajahnya atau menutupnya, boleh, bahkan dianjurkan.” (Ad Durr Al Mukhtar, 2/189)

4. Al Allamah Ibnu Abidin berkata:
تُمنَعُ من الكشف لخوف أن يرى الرجال وجهها فتقع الفتنة ، لأنه مع الكشف قد يقع النظر إليها بشهوة

“Terlarang bagi wanita menampakkan wajahnya kerana khuatir akan dilihat oleh para lelaki, kemudian timbullah fitnah. Kerana jika wajah dinampakkan, lelaki melihatnya dengan syahwat.” (Hasyiah ‘Alad Durr Al Mukhtaar, 3/188-189)

5. Al Allamah Ibnu Najiim berkata:

قال مشايخنا : تمنع المرأة الشابة من كشف وجهها بين الرجال في زماننا للفتنة

“Para ulama’ mazhab kami berkata bahawa dilarang bagi wanita muda untuk menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki di zaman kita ini, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.” (Al Bahr Ar Raaiq, 284)

Mazhab Maliki

Mazhab Maliki berpendapat bahawa wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri menimbulkan fitnah. Bahkan sebahagian ulama’ yang bermazhab Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita itu adalah aurat.

1. Az Zarqaani berkata:

وعورة الحرة مع رجل أجنبي مسلم غير الوجه والكفين من جميع جسدها ، حتى دلاليها وقصَّتها . وأما الوجه والكفان ظاهرهما وباطنهما ، فله رؤيتهما مكشوفين ولو شابة بلا عذر من شهادة أو طب ، إلا لخوف فتنة أو قصد لذة فيحرم ، كنظر لأمرد ، كما للفاكهاني والقلشاني

“Aurat wanita di depan lelaki muslim ajnabi adalah seluruh tubuh selain wajah dan telapak tangan. Bahkan suara wanita juga aurat. Sedangkan wajah, telapak tangan luar dan dalam, boleh dinampakkan dan dilihat oleh kaum lelaki walaupun wanita tersebut masih muda baik sekadar melihat ataupun untuk tujuan perubatan. Kecuali jika dikhuatiri akan menimbulkan fitnah atau tujuan lelaki melihat wanita untuk bersuka-suka, maka hukumnya haram, sebagaimana haramnya melihat amraad. Hal ini juga diungkapkan oleh Al Faakihaani dan Al Qalsyaani.” (Syarh Mukhtashar Khalil, 176)

2. Ibnul Arabi berkata:

والمرأة كلها عورة ، بدنها ، وصوتها ، فلا يجوز كشف ذلك إلا لضرورة ، أو لحاجة ، كالشهادة عليها ، أو داء يكون ببدنها ، أو سؤالها عما يَعنُّ ويعرض عندها

“Wanita itu seluruhnya adalah aurat. Baik badannya mahupun suaranya. Tidak boleh menampakkan wajahnya kecuali dalam keadaan darurat atau ada keperluan mendesak seperti persaksian atau perubatan pada badannya, atau kita dipertanyakan apakah ia adalah orang yang dimaksud (dalam sebuah persoalan).” (Ahkaamul Qur’an, 3/1579)

3. Al Qurthubi berkata:
قال ابن خُويز منداد ــ وهو من كبار علماء المالكية ـ : إن المرأة اذا كانت جميلة وخيف من وجهها وكفيها الفتنة ، فعليها ستر ذلك ؛ وإن كانت عجوزًا أو مقبحة جاز أن تكشف وجهها وكفيها

“Ibnu Juwaiz Mandad (ulama besar Maliki) berkata: Jika seorang wanita itu cantik dan khuatir wajahnya dan telapak tangannya menimbulkan fitnah, hendaknya dia menutup wajahnya. Jika dia wanita tua atau wajahnya buruk/hodoh, boleh baginya menampakkan wajahnya.” (Tafsir Al Qurthubi, 12/229)

4. Al Hathab berkata:
واعلم أنه إن خُشي من المرأة الفتنة يجب عليها ستر الوجه والكفين . قاله القاضي عبد الوهاب ، ونقله عنه الشيخ أحمد زرّوق في شرح الرسالة ، وهو ظاهر التوضيح

“Ketahuilah, jika dikhuatirkan terjadi fitnah, maka wanita wajib menutup wajah dan telapak tangannya. Ini dikatakan oleh Al Qadhi Abdul Wahhab, juga dinukil oleh Syaikh Ahmad Zarruq dalam Syarhur Risaalah. Dan inilah pendapat yang lebih tepat.” (Mawahib Jaliil, 499)

5. Al Allamah Al Banaani, menjelaskan pendapat Az Zarqani di atas:

وهو الذي لابن مرزوق في اغتنام الفرصة قائلًا : إنه مشهور المذهب ، ونقل الحطاب أيضًا الوجوب عن القاضي عبد الوهاب ، أو لا يجب عليها ذلك ، وإنما على الرجل غض بصره ، وهو مقتضى نقل مَوَّاق عن عياض . وفصَّل الشيخ زروق في شرح الوغليسية بين الجميلة فيجب عليها ، وغيرها فيُستحب

“Pendapat tersebut juga dikatakan oleh Ibnu Marzuuq dalam kitab Ightimamul Furshah, katanya : ‘Inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki’. Al Hathab juga menukil dari perkataan Al Qadhi Abdul Wahhab bahawa hukumnya wajib. Sebahagian ulama’ bermazhab Maliki menyebutkan pendapat bahawa hukumnya tidak wajib, namun lelaki wajib menundukkan pandangannya. Pendapat ini dinukil Mawwaq dari Iyadh. Syeikh Zarruq dalam kitab Syarhul Waghlisiyyah memperincikan, jika cantik maka wajib, jika tidak cantik maka ianya sunnah.” (Hasyiyah ‘Ala Syarh Az Zarqaani, 176)

Mazhab Syafi’ie

Pendapat mazhab Syafi’ie, aurat wanita di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita memakai purdah/niqab di hadapan lelaki ajnabi. Inilah pendapat muktamad mazhab Syafi’ie.

1. Asy Syarwani berkata:

إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ

“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat (sebagaimana telah dijelaskan) iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang muktamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusat dan lutut.” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)

2. Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:

غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن

“Maksud perkataan An-Nawawi, ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusat hingga lutut. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan.” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)

3. Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:

وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها

“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan.” (Fathul Qaarib, 19)

4. Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:

فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا

“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan fitnah.” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)

5. Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب

“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaannya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah).” (Kifaayatul Akhyaar, 181)

Mazhab Hanbali

Imam Ahmad bin Hanbal berkata:

كل شيء منها ــ أي من المرأة الحرة ــ عورة حتى الظفر

“Setiap bahagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula kukunya.” (Dinukil dalam Zaadul Masiir, 6/31)

1. Syeikh Abdullah bin Abdil Aziz Al ‘Anqaari, penulis Raudhul Murbi’, berkata:
« وكل الحرة البالغة عورة حتى ذوائبها ، صرح به في الرعاية . اهـ إلا وجهها فليس عورة في الصلاة . وأما خارجها فكلها عورة حتى وجهها بالنسبة إلى الرجل والخنثى وبالنسبة إلى مثلها عورتها ما بين السرة إلى الركبة

“Setiap bahagian tubuh wanita yang baligh adalah aurat, termasuk pula sudut kepalanya. Pendapat ini telah dijelaskan dalam kitab Ar Ri’ayah… kecuali wajah, kerana wajah bukanlah aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, semua bahagian tubuh adalah aurat, termasuk wajahnya jika di hadapan lelaki. Jika di hadapan sesama wanita, auratnya antara pusat hingga lutut.” (Raudhul Murbi’, 140)

2. Ibnu Muflih berkata:

« قال أحمد : ولا تبدي زينتها إلا لمن في الآية ونقل أبو طالب :ظفرها عورة ، فإذا خرجت فلا تبين شيئًا ، ولا خُفَّها ، فإنه يصف القدم ، وأحبُّ إليَّ أن تجعل لكـمّها زرًا عند يدها

“Imam Ahmad berkata: ‘Maksud ayat tersebut adalah, janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang yang disebutkan di dalam ayat. Abu Thalib menukil penjelasan dari beliau (Imam Ahmad): ‘Kuku wanita termasuk aurat. Jika mereka keluar, tidak boleh menampakkan apapun bahkan khuf (semacam kaus kaki/sarung kaki), kerana khuf itu masih menampakkan lekuk kaki. Dan aku lebih suka jika mereka membuat semacam kancing tekan di bahagian tangan.” (Al Furu’, 601-602)

3. Syeikh Manshur bin Yunus bin Idris Al Bahuti, ketika menjelaskan matan Al Iqna’ , ia berkata:

« وهما » أي : الكفان . « والوجه » من الحرة البالغة « عورة خارجها » أي الصلاة « باعتبار النظر كبقية بدنها »

“’Keduanya, iaitu dua telapak tangan dan wajah adalah aurat di luar solat kerana adanya pandangan, sama seperti anggota badan lainnya.” (Kasyful Qanaa’, 309)

4. Syeikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata:
القول الراجح في هذه المسألة وجوب ستر الوجه عن الرجال الأجانب

“Pendapat yang kuat dalam masalah ini adalah wajib hukumnya bagi wanita untuk menutup wajah dari pada lelaki ajnabi.” (Fatwa Nurun ‘Alad Darb, link)

This entry was posted in Uncategorized by admin. Bookmark the permalink.

45 thoughts on “Purdah & Niqab mengikut empat mazhab

  1. terima kasih di atas informasi ini. tapi nak tanya sikit:
    1. syeikh2 yang di ‘quote’ kata2nya itu adakah syeikh yang mengikuti mazhab2 tersebut, maksud saya: Asy Syaranbalali contohnya, adakah beliau pengikut mazhab hanafi?
    2. adakah saudara rujuk mana2 ustaz berkenaan pengumpulan informasi ini?
    3. apa kesimpulan yang saudara boleh buat berkenaan hal/isu ini? maksudnya, bukan setakat meng ‘quote’ kata2 sana sini.

    wassalam

  2. Kelebihan wanita memakai purdah/niqab.
    ALLAH s.w.t tingkatkan nur wajah 13 kali ganda dari wajah asli.
    Di Akhirat ALLAH s.w.t akan tingkatkan kecantikkannya 70 kali ganda dari kecantikan bidadari La’Aiba, seorang bidadari yang ALLAH s.w.t cipta dengan tangan-Nya sendiri. WALLAHU A’LAM..
    Sesungguhnya yang tertutup itu amat indah.

    • Salam saudari Mimi,

      Boleh tahu, dari mana sumber yang kelebihan berniqab ni? Adakah dari hadis Rasulullah? Jika benar, boleh mohon perawinya? Jazakallah :)

      • AsSalam…

        Good coming from ALLAH and the bad coming from my own.

        WALLAHUA’LAM means And ALLAH knows better.

        JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA :-|

    • Nampaknya ada yang fanatik berpurdah ini. Bagi saya ianya hanyalah fesyen. Saya pegang dengan konsep berpurdah ini hanyalah fesyen. Aurat wanita semua kecuali muka dan telapak tangan.

      Jadi kalau nak berpurdah, purdah la. Berpegang kepada hadis palsu pun bahaya tau. Dan saya sokong ukhti siti.

      Yang BAIK daripada ALLAH, dan buruk itu daripada saya.

      WALLAHUA’LAM (Allah lebih mengetahui)

      JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA

      • astagfirullah.. salah tu. purdah/niqab bukan satu fesyen. ia adalah pakaian sunnah. sunnah Rasulullah SAW. ia adalah pakaian para isteri Baginda SAW dan para sahabiah ketika Baginda SAW masih hidup. jadi ia adalah sunnah Rasulullah SAW secara taqrir (persetujuan). wa Allahu’alam.

        • Astaqfirullah, sedih ana melihat komen ms.wiki di sini..kutiplah ilmu dari para ulama’..in shaa Allah ukhti akan lebih jelas ttg hukumnya…

        • saya setuju dengan musc… ms wiki, awak tak baik tau kata purdah ni hanya fesyen semata. Sedangkan hukum berpurdah ni ada hukum dan nas nya dalam Islam, Ulama’ feqah dah bahas panjang lebar soal ni. Kalau awak kata purdah ni Khilaf Ulama’, Ya! saya setuju, memang purdah ni Khilaf Ulama’, kita boleh taklik mana2 pendapat Ulama’ dalam mahzab syafie ada dua, sama ada nak pakai atau pun tidak– UAI Tapi saya tak setuju dan batah,kalau awak hukum purdah ni hanya fesyen semata-mata. Yang soal, ukhti Mimi Suhana tu pula, dia silap tu, maafkan lah dia, Hadith tu palsu yang menyatakan “Kelebihan wanita memakai purdah/niqab.
          ALLAH s.w.t tingkatkan nur wajah 13 kali ganda dari wajah asli.
          Di Akhirat ALLAH s.w.t akan tingkatkan kecantikkannya 70 kali ganda dari kecantikan bidadari La’Aiba, seorang bidadari yang ALLAH s.w.t cipta dengan tangan-Nya sendiri. WALLAHU A’LAM..
          Sesungguhnya yang tertutup itu amat indah.”. Hadith ni palsu. Ada hujah nya, mengatakan hadith ni palsu,hujah dia panjang,cuma saya hanya mampu ingat hadith ni palsu.

          Maafkan sya, atas kekurangan saya.

  3. Salam saudara syahirul,

    Jazakallah atas artikel ini. Saya yang jahil ini, baru pertama kali mengetahui bahawa dalam Mazhab yang saya pegang, iaitu Mazhab Syafie, mewajibkan memakai purdah. Maaf, mohon diberikan daripada manakah sumber yang saudara peroleh ini. Sebelum ini juga saya ada membaca beberapa artikel berkaitan purdah dari seorang ustazah yang merupakan ‘anak murid’ Dr. Yusuf al-Qaradawi, tetapi tidak menemukan bahawa dalam Mazhab Syafi’e mewajibkan untuk wanita berpurdah.

    Dan lagi, ini artikel yang kebetulan berada di bawah newsfeed yg saudara link kan di FB, juga berkaitan purdah daripada Dr. Asri, http://drmaza.com/home/?p=68. Mohon pencerahan daripada saudara. Jazakallah.

    • Dari Aisyah r.a: Rombongan-rombongan haji melintasi kami yang sedang dalam keadaan ihram bersama Rasulullah s.a.w. Jika salah satu rombongan itu sejajar dengan kami, maka setiap orang dari kami akan menurunkan jilbabnya dari arah kepalanya untuk menutupi wajahnya. Bila mereka telah menjauh dari kami, maka kami membuka wajah kami kembali. (H.R. Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

      Janganlah wanita yang berihram itu mengenakan penutup wajah/muka atau pun penutup (sarung) tangan. (H.R.Bukhari)

      Dari Asma’ binti Abu Bakar, dia berkata: Kami biasa menutup wajah kami dari pandangan lelaki dan sebelum itu kami juga biasa menyisir rambut ketika ihram. (H.R. al-Hakim)

      Dari ‘Abdullah bin Umar, dia berkata: Ketika Nabi s.a.w melihat Syafiyah, Baginda s.a.w melihat Aisyah mengenakan niqab (penutup wajah) di dalam sekumpulan para wanita. Dan Baginda s.a.w tahu bahawa itu adalah Aisyah berdasarkan niqabnya. (H.R. Ibnu Sa’ad)

      Dari Anas bin Malik (dalam Perang Khaibar): “…Akhirnya para sahabat pun mengetahui bahawa Nabi s.a.w menjadikannya (Shafiyah) sebagai isteri. Ini adalah kerana Baginda s.a.w memakaikan khimar kepadanya dan membawanya duduk di belakangnya (di atas unta). Dan Baginda pun menutupkan selendang (pakaian) Baginda s.a.w pada punggung dan wajahnya…” (H.R. Bukhari, Muslim, Ahmad)

      Dari ‘Aisyah (di dalam peristiwa al-Ifki), dia berkata: (ketika di dalam suatu perjalanan perperangan, Aisyah tertinggal dalam satu persinggahan) katanya, “… aku berharap kumpulan prajurit akan menyedari bahawa aku tidak ada di dalam tandu dan segera akan kembali mencariku (yang tertinggal). Ketika aku duduk di perkhemahanku itu, aku terasa mengantuk lalu aku pun tertidur. Ketika itu, Shafwan bin Mu’aththal as-Sulaimi adz-Dzakwani juga mengalami nasib yang sama, tertinggal dari rombongan prajurit. Dia pun berjalan menghampiri perkhemahanku dan melihat dari kegelapan ada sekujur tubuh manusia yang sedang tertidur. Dia pun menghampiriku. Dan dia mengenaliku, kerana dia pernah melihatku sebelum turun ayat hijab. Ketika dia tahu bahawa yang tertidur itu adalah aku, dia pun berteriak istirja’ (inna lillahi wa inna ilaihi raji’un). Teriakan tersebut membuatkanku terjaga dari tidur dan aku cepat-cepat menutup wajahku dengan jilbab…” (rujuk di dalam Tafsir Ibnu Katsir di bawah penafsiran Surah an-Nuur, 24:11. Sirah Ibnu Hisyam, 3/309. H.R. Bukhari dan Muslim)

    • tapi jumhur ulama’ kata semua skali kecuali muka dan tapak tangan..

      Dalilnya ialah firman Allah;

      “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. (an-Nur; 31).

      Ayat di atas melarang seorang perempuan beriman mendedahkan perhiasan di badannya (kecuali yang zahir darinya). Ayat ini menjadi dalil yang cukup jelas bahawa seorang wanita wajib menutup auratnya di hadapan kaum lelaki ajnabi (iaitu lelaki yang bukan suami atau mahramnya yang dikecualikan Allah dari perintah tersebut yang akan dijelas nanti)

      Maksud “kecuali yang zahir darinya” ialah kecuali perhiasan yang terpaksa dizahirkan (yakni terpaksa diperlihatkan) iaitu pakaian yang dipakainya di mana tidak dapat dielakkan dari memperlihatkannya kepada orang lain. Ia juga bermaksud; perhiasan-perhiasan yang berada di bahagian badannya yang diharuskan oleh Syarak untuk mendedahkannya kepada orang lain (yakni tidak wajib ditutup) iaitu bahagian muka dan tangan.

      Keharusan mendedahkan muka dan tangan adalah berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Baihaqi dari Saidatina ‘Aisyah yang menceritakan; “Suatu hari Asma’ anak saidina Abu Bakar masuk untuk berjumpa Nabi s.a.w.. Kebetulan ketika itu ia memakai pakaian yang nipis (yang menampakkan bayangan kulitnya). Nabi s.a.w. lalu memalingkan pandangan darinya sambil bersabda (maksudnya): “Wahai Asma’, seorang wanita apabila telah datang haidh (yakni telah sampai umur baligh) tidak harus dilihat dari badannya melainkan ini dan ini sahaja”, sambil baginda menunjukkan kepada muka dan dua tangannya” (HR Imam Abu Daud).[2]

      Dalam kenyataan di atas disebutkan “…keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah”. Apa yang dimaksudkan dengan fitnah tersebut?

      Fitnah yang dimaksudkan di sini ialah dorongan nafsu dan keinginannya kepada jimak (zina) atau bibit-bibit pendahulu kepadanya. Ia bermula dari melihat dengan syahwat (yakni melihat dengan keinginan kepada seks atau bibit-bibitnya).[3] Jadi, aman dari fitnah bermaksud; aman dari dorongan dan keinginan tersebut.

      Jadi, jika seorang wanita itu terlalu cantik dan dengan ia mendedahkan mukanya akan mendorong lelaki yang melihatnya kepada fitnah tersebut, maka wajiblah ia menutup mukanya kerana factor tersebut walaupun mengikut hukum asal; menutup muka tidaklah wajib.

      Apapun, saya bukanlah golongan ahlinya untuk memperkatakan mengenai perkara ini, kerana saya takut, di akhirat nanti, saya akan dipersoalkan pula kerana ilmu yang saya sampaikan ini…

  4. ilmu..bukan untuk dibahas. Jahil bukan, walau sudah diberi hujah ulama; namun masih mahu mempertikaikan pemakaian niqob. Ana cadangkan antum yang masih tak nak menerima hujah di atas agar tadah kitab dengan guru yang mursyid. Kalau berminat, gi ke pondok pasir tumboh terus belajar secara musyafahah dengan ustaz ana.

    Ana minta maaf, sgt x bersetuju bg yang memegang niqob sebagai fesyen. Inilah pendapat paling jahil…….=)

    • Benar…pendapat yang mengatakan ‘niqob adalah fesyen’ merupakan pendapat yang jahil dan lemah…ana setuju

    • Sedih bila niqab dilabel sebagai “fesyen”…..adakah para niqabis sendiri yg tidak menjaga adab berniqab sehingga pakaian sunnah ini dilabel sebegitu rupa…:'( wallahualam….

  5. ikut SUNNAH NABI ada KEJAYAAN.Islam 2 indah.Islam dtg ganjil&akhir zaman jg jd ganjil.Selamatlah mereka yang berpegang teguh pada sunnah Nabi.moga kita tergolong d kalangan orang y soleh.Belajarlah agama pd ulama yang berpegang teguh pada sunnah Nabi.wallahualam.

  6. mahzhab syafie.. kaul paling lemah aurat pompuan kecuali muka dan tapak tgn..kaul paling kuat..muktamad..aurat wanita seluruh tubuh..wajib pada mahzhab syafie..

  7. bg yg xmengaji sepenuhnya tntang bab ini..sila berhati2 dlm memberi komen..apatah lg jika anda bukan ahlinya………………………………………………….
    saya secara peribadi pernah bermuzakarah dgn ulama2 yg mursyid..yg kesemuanya mereka tetap menyatakan bahawa berpudah adalah wajib pd pandangan syafie..saya sendiri pernah terbaca sebuah kitab khusus berkenaan hijab pd pandangan mahzhab syafie..
    kpd mereka yg ingin memberikan hujah berkenaan dalil2 quran dan hadith pastikan anda merupakan mereka yg mempunyai 15 ilmu alat..jalan paling mudah..bergaullah dgn alim ulama yg mursyid

  8. Pingback: Purdah & Niqab mengikut empat mazhab | For Share and Curhat About My Life

  9. Salamun’alaik. Pada pendapat saya memakai purdah dengan memakai tutup bagi seluruh badan adalah wajib bagi Ummahatul Mu’mineen(ada ayat yang diturunkan tentang hal ini mengenai menutup seluruh badan untuk Ummahatul Mu’mineen) dan bagi wanita selainnya adalah wajib jika ia dapat menimbulkan fitnah tetapi jikalau sebaliknya adalah digalakkan. Saya rasa adalah lebih baik untuk mencontohi Asma’ bint Abi Bakr yang akan menutup wajah beliau jika ada yang bukan mahram lalu atau memandang. Inilah adalah terbaik menurut apa yang saya faham dalam masalah ini. Saya cuma memberikan pendapat tetapi tak perlu diikuti, jika apa yang saya simpulkan adalah salah disisi Allah SAW maka tinggalkan. Saya berikan apa yang saya faham untuk setakat berkongsi…..saya tidak mahu disalahkan di Akhirat nanti disebabkan orang bertaklid buta, carilah ilmu dan amalkan apa yang yakin pada dirimu sesungguhnya janganlah keyakinan dihapuskan kerana syak! Wassalaamu’alaikun warahmatullaahi wabarakaatuh……..

    • adakah wanita perlu menutup seluruh tubuhnya ? bukan muka dan telapak tangan ? maaf , Ana hya bertanya :)

  10. syukran kathir untuk maklumat.. membantu dalam assignment,..saya dapat tajuk kaitan falsafah dengan purdah dan purdah dalam konteks msyrakt mlaysia yang lebih kepada fesyen..jadi tugas saya adalah untk meneutralkan dan mengubah pandangan masyarakat dan dalam masa yang sama menegur muslimah berpurdah yang salah guna pemakain purdahnya…. trima kasih

  11. Pingback: PURDAH | CATATAN TERAKHIR NOTA HIDUPKU

  12. assalamualaikum ya ukhti wa akhi..benar kah bahawa berniqab itu wajib?sekadar pertanyaan sahaja.. saya betul2 perlukan jawapan ..shukran jazilan..

  13. Salam…saya tak faham…. Kenapa org zaman sekarang sibuk hal org berpurdah…. Kenapa tidak sibuk dengan wanita yang da di akhir zaman ni berpakaian tapi telanjang…… Bertudung tapi masih tidak sempurna??????? Bagi saya di akhir zaman ni lbih baik brpurdah jika mendatangkan fitnah… Zaman skrng zaman it… Segalanya boleh terjadi pada manusia2 di zaman ini….gambar video lucah berleluasa… So lebih baik menutup aurat dgn lebih sempurna .. Jgn asyik nak pertikaikan wajib @ tidak berpurdah…. Itu adalah lebih baik ….
    Sedangkan KAKI wanita adalah aurat!!!!!!!! Kaki tu di bawah…. Muka???? Yang CANTIK?????fikir fikir kan………

  14. Dan lagi… Kerana golongan wanita di zaman sekarang ni yang berpakaian tapi telanjang la…… Nenek,budak kecil, wanita hamil dan isteri orang pun menjadi mangsa cabul dan rogol…dunia dah akhir zaman… Apa yang Nabi SAW katakan… Memang sudah terjadi pun….INGAT !!!!!! SETIAP PERKATAAN DI TULIS MALAIKAT!!!!!!! HIDUP LAH BERPANDUKAN ALQURAN DAN SUNNAH…..

  15. bagaimana jika seseorang itu tidak tahu mengaji dan baru sahaja ingin mendekatkan diri dengan Allah seperti baru sahaja ingin bertaubat.bolehkah seseorang itu memakai purdah/niqab?

  16. Assalam.. Kepada akak2 semua.. Rujuk la kitab Safinatun Naja’ Bab Solat Bahagian Empat Jenis Aurat.. Terang2 tulis di situ AURAT WANITA YANG MERDEKA DAN HAMBA PEREMPUAN DI KEHADIRAN AJNABI ADALAH SELURUH BADAN. Yg best lg, AURAT HAMBA PEREMPUAN DALAM SOLAT ADALAH ANTARA PUSAT HINGGA LUTUT (sama macam laki). Tapi klu depan ajnabi tetap seluruh badan. Kiranya dahsyat la penangan lelaki ajnabi ni.. Sebab pe? Sebab risaukan fitnah n nafsu ler… Bagi akak yg cakap ustaz ni, ustazah ni cakap muka n tangan bukan aurat, tolong tengok keadaan ketaqwaaan mereka.. Bukan kemasyhuran mereka.. Kerana kadang2 kemasyhuran tidak mesti mereka je betul.. Rasanye kes purdah ni sama la macam kes janggut untuk laki.. Dalam hadis terang2 suh simpan, ulamak muktabar yang empat pun dah sepakat wajib.. Tapi last2 ada jugak ustaz yg cakap xwajib.. Memang la, dah dia xsimpan.. Mana bran nk ckp wajib.. Yg power lagi, ulama yg masyhur dlm kitab dia yg masyhur jugak, memang dia gtw wajib simpan janggut tapi boleh plak ada tapi plak.. Last2 pusing cakap tak wajib.. Sama jugk la, dia pun xberapa nak ada janggut.. Sebab tu ulamak kne tengok ketaqwaan.. Klu dia takwa, abis yg sunnah ke yg sunat ke yg mustahab ke dia buat belaka.. Klu makruh, x sunnah langsung dia tinggal. Sebab pe? Sebab taqwa pada Allah akan ikut jejak langkah nabi semuanya. Even benda sunnah@sunat@mustahab, org yg bertaqwa akan wajibkan atas dirinya.. Contohnya Solat Tahajud@ Solat Malam.. Semua ulamak silam and wali2 wajibkan tahajud atas diri mereka..atau plg tidak kerap mengerjakan ia.. Contoh sultan al fatih.. Akak2 pun taw cerita ia.. Dia sorg je yg still berdiri ketika ditanya sapa yg tak pernah tgl tahajud.. So cerita nye, kalau akak2 ni bertaqwa, even purdah ni sunat pun, pakai jela.. Klu xnk pakai, sudah.. Kt akhirat nti taw la hukum sebenanrnya yg dikehendaki Allah.. Klu Allah terima qaul yg wajib, menjawab la ulama yg megeluarkan ijtihad cakap tak wajib tu, klu dia belum layak di gelar mujtahid.. Yg ikut hukum dorg pun tanggung la dosa sekali.. Sebab ingat, mujtahid je yg layak dapat pahala yg klu betul dua pahala, klu salah satu pahala.. And yg layak digelar mujtahid ada syarat2 nya.. Bukan takat ada ijazah sarjana muda dah boleh jadi kua ijtihad, bahkan yg ada DR pn blum tentu cukup syarat kua ijtihad… Satu lg yg plg penting, dalam Islam org Islam yg tidak melaksanakan perkara wajib adalah berdosa besar, tapi kalau org Islam yg tak melaksanakan perkara wajib dan menafikan kewajipannya adalah kufur… Bila kufur dapat la nama kafirin.. Hihi.. Last sekali, kitab Safinatun Naja’ tak dinafikan ia sememangnya kitab fiqh fardhu ain yg kecik je sbb kitab ni kitab tahun satu yg digunakan sebahagian madrasah yg bermazhab shafie. .. Tapi itu lah yg sy pgg, sbb sy cuma org awam.. Bukan org yg pandai2 macam akak2 yg berpegang pada ustazah n ustaz yg kontemporari yg buat kitab sendiri yg tebal2.. Sebab sy ni muqallideen (org yg taqlid pd mazhab sbb xlayak buat ijtihad sndiri).. Bukan mcm ustaz n ustazah akak2 tu yg ghair muqallideen yg dh layak jadi mujtahid. Sy ikut imam shafie, sbb sy yakin ketaqwaan dia jauh lebih tggi dr ulama skrg.. Klu korg ckp dia xcukup taqwaan? plg x, imam shafie khatam quran bln ramadhan 60x.. Klu ckp dia bukan nabi? paling x, dia ada hbgn keluarga dgn Nabis s.a.w… Dia buat slh jgk, mcm manusia biasa? Abis ustaz n ustazah yg korg ikt tu xbuat slh ke, buat jgk kn.. Plg x, klu imam shafie buat salah pun (dlm bab fiqh), dlm ijtihad dia dh dpt pahala 1 sbb mmg xdpt dinafikan dia IMAM dan MUJTAHiD. Ustaz n ustazah korg yg agung2kan tu dah konfirm ke IMAM dan MUJTAHID? So bg yg ghair muqalideen.. Bak kata Nabil, lu fikirlah sendiri… Hihi.. Dah banyak merapu ni.. wALLAhu ‘alam..

    Ya Allah,. Engkau berilah kefaqihan agama kepada kami dan bukanlah sekadar keilmuan agama sahaja.. Bahkan kami minta dijauhkan sangat2 dari golongan yg ada pengetahuan agama semata.. Yang mana, tahu bukan lah ilmu dan ilmu tak sempurna tapi kefaqihan… Ya Allah, sesungguhnya aku, ahli keluargaku, saudara maraku juga masih tidak ada yg memakaikan purdah… Engkau berilah kepada kami daya upaya utk melaksanakannya.. Jgnlah juga Engkau menimbulkan dalam hati kami, untuk menafikan kewajipan atau paling tidak kesunnahan untuk memakai purdah… Jangan lah jadikan kami golongan yg mengatakan purdah itu bukan bahagian dalam agama dan janganlah pula kami memakai purdah untuk fesyen atau tidak mengikut gaya yg dikehendaki Engkau.. Ameen… Allahumma Ameen.. TaqobbALLAHu minna wa minkum…
    SubhanALLAHi wa biham.. SubhanakALLAHumma wabihamdika.. Nashhadu allaa ilaha illah anta… Nastaghfiruka wa atubu ilaik..
    Subhana robbika robbil ‘izzati ‘amma yashifun… Wassalamun ‘ala mursalin… Wahamdulillahi robbil ‘amin

  17. Aurat ditutup agar terjaga dr fitnah dan agar tdk menampakkan kecantikan tp bgmn yg sdh tua? Biasanya stlh tua barulah menutup aurat,ketika msh muda dan cantik malah dihambur. Ketika sdh tua dan tdk cantik lg baru rame2 tutup aurat,apa msh perlu? Dimn batasannya yg msh perlu menutup aurat bahkan mengenakan niqab? Maaf sy msh awam soal ini,jazakallah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>