Cara reset kata laluan Windows 7 dan sekutunya

On 13/06/2010, in Uncategorized, by admin

Manusia tak lari dari sifat lupa yang acap kali terjadi dalam kehidupan seharian. Kali ini aku nak bincang tentang kejadian lupa kata laluan untuk komputer atau laptop kesayangan korang tu. Kalau dah lupa kata laluan untuk log masuk ke dalam sistem windows, bagaimana korang nak gunakan komputer dan online bersama kawan-kawan kan?

Jika pada windows XP dahulu kalau terlupa kata laluan pada akaun user, aku gunakan safe mode untuk terjah ke dalam komputer melalui akaun administrator yang sememangnya tidak diletakkan kata laluan. Tapi apabila aku lihat sistem safe mode pada windows 7 ini, akaun administrator tiada pula, hanya akaun user saja yang ada. Jadi bagaimana untuk aku masuk ke dalam sistem?

Tutorial yang ingin aku ajar ini berkesan pada windows xp, windows vista, windows 7 dan seangkatan dengannya. Langkah pertama korang kena muat turun satu fail berformat ISO dan burnkan ke dalam CD. Kalau tak tahu cara burn fail ISO tersebut, sila google ye! Setelah siap burn CD tersebut, masukkannya ke dalam tempat CD dan restart komputer yang korang target itu. Oh ya, sebelum itu pastikan sistem boot pertama komputer disetkan kepada CD/DVD-ROM.

Setelah restart, komputer korang akan boot CD tersebut dan paparan berikut akan muncul.

Tekan enter dan ia akan memaparkan partition yang ada dalam  komputer. Korang dikehendaki memilih partition di mana windows diinstall. Secara defaultnya windows diinstall dalam partition pertama iaitu pada menu yang tertulis BOOT. Tekan nombor partition tersebut iaitu nombor 1 dan enter.

Pada rajah di bawah pula korang hanya perlu tekan enter untuk masuk ke sistem registry default windows.

Kini korang dikehendaki untuk memilih pilihan pertama iaitu ‘password reset’ dengan menekan nombor 1 dan enter.

Pilih pilihan pertama untuk edit user data dan password dengan menekan nombor 1 sekali lagi dan enter.

Sistem akan menunjukkan semua akaun administrator atau user yang berdaftar dalam sistem windows dan korang dikehendaki menulis username akaun yang hendak dibuang kata laluan tersebut dan tekan enter.

Pada menu seterusnya pada rajah di atas, korang boleh memilih sama ada untuk mengosongkan kata laluan atau pun edit kata laluan yang baru. Aku sarankan korang pilih nombor 1 dan tekan enter. Kemudian sistem akan menunjukkan kata laluan tersebut telah dikosongkan dan korang boleh taip tanda seru, ! untuk keluar ke menu sebelumnya.

Tekan huruf q (quit) untuk keluar ke paparan utama dan save setting yang korang ubah tadi dengan menekan huruf y (yes) pada paparan seterusnya. Kemudian keluarkan CD tersebut dan tekan Ctrl+Alt+Del untuk restart komputer. Lihat hasilnya. Tak faham apa yang aku ajar? Jom usha tutorial versi video pula.

Bila dah tengok video atas ni, mesti korang lebih faham apa yang aku cuba ajarkan. Sebenarnya bootable CD ini dah lama dilancarkan iaitu pada 2 Ogos 2008 dan pernah beberapa kali aku cuba dalam pelbagai laptop dan komputer untuk tujuan eksperimen. Alhamdulillah semuanya berkesan. Semalam sekali lagi aku cuba pada Windows 7 yang aku gunakan dan ternyata berkesan. Apa kata korang cuba pula pada komputer korang dan berikan respon di sini.

Muat turun: CD080802.iso

Notakaki:

Aku tak pernah menggunakan windows vista yang amat mengecewakan itu kerana ia adalah sistem operasi yang disahkan GAGAL.

 
 

56 Responses to “Cara reset kata laluan Windows 7 dan sekutunya”

  1. myebuzz.net says:

    Cara reset kata laluan Windows 7 dan sekutunya | syahirul.com…

    Manusia tak lari dari sifat lupa yang acap kali terjadi dalam kehidupan seharian. Kali ini aku nak bincang tentang kejadian lupa kata laluan untuk komputer…

  2. Terima kasih atas tutorial yang amat berguna ini. :D

  3. wazy says:

    Terima Kasih untuk tutorial ni bro,aku bookmark page ni untuk rujukan pada masa akan datang

  4. menteil says:

    huhu… macam tak berani nak try je bila tengok step macam banyak jer.. huhu…

    nantilah kalau ada masa, apa pun thanks..

    • syahirul says:

      step dia tak byk menteil.. hanya tekan nombor dan enter aje.. yes or no aje.. senang sgt2… nanti nak ke aku try kat ko nya laptop baru tu? hahhahahaa..

  5. rashid says:

    Waha…tq bro…aku tak guna pun user akaun, tapi untuk persediaan masa hadapan, aku dunload…thanks

  6. phycrewz says:

    nk try jgk ni, tp klu guna usb bole ke ni? cam malas plak klu bawak2 jln CD..

  7. ChuyRy says:

    wooo..x berani aku nak buat..bnyk bende..tp kalau yg aku jumpe nie cm senang je..huhu [http://bit.ly/bEWI1b]

    • syahirul says:

      tapi ko da try ke langkah yg ko usha tu? kalo jadi ok la tu.. sebenarnya byk tools/cd leh guna.. aku prefer yg ni sbb dah lama guna :P

  8. Cara reset kata laluan Windows 7 dan sekutunya | syahirul.com…

    Manusia tak lari dari sifat lupa yang acap kali terjadi dalam kehidupan seharian. Kali ini aku nak bincang tentang kejadian lupa kata laluan untuk komputer atau laptop kesayangan korang tu. Kalau dah lupa kata laluan untuk log masuk ke dalam sistem win…

  9. pligg.com says:

    Cara reset kata laluan Windows 7 dan sekutunya | syahirul.com…

    Manusia tak lari dari sifat lupa yang acap kali terjadi dalam kehidupan seharian. Kali ini aku nak bincang tentang kejadian lupa kata laluan untuk komputer…

  10. yoy says:

    nampak macam kompleks..
    nasib baik pakai xp je..
    hehe..
    laptop tua..

  11. [...] This post was mentioned on Twitter by syahirul.com, loq. loq said: RT @pge46: satu lagi rahsia windows 7 bocor http://bit.ly/9RG1qf [...]

  12. Azfarul says:

    nice tips bro..
    hoho..

  13. apiih says:

    tutorial yg menarik,walopon ak masih mnggunakan xp..nnti dh tkr ke 7..blh la gune care ni kalau xigt..huhu

  14. redz one says:

    thanks 4 the info..
    cd tu distro linux ker?

  15. hellioz says:

    damn…
    gwa guna vista plak
    business edition lagi

    gyahahhahahha~

  16. Nyetok says:

    Bagus la ada tutorial macam ni, kalo hantar kedai ni memang lebam kena paw.

  17. ijam says:

    bro..malu tanya sesat jalan..camana nak buat bootable disc guna cdburnerxp…
    leh tolong

  18. ijam says:

    bro syahirul…
    selain dari cdburnerxp mana lagi software burner cd yang lagi senang nak burn bootable disk..
    just copy cd080802.iso pastu burn cam burn lagu tak bleh eh bro..

  19. Mus says:

    terima kasih atas perkongsian tersebut bro..

  20. Aku share kat kawan aku… sian die lupe password.. dan dia dah berjaya. Thanks to you!

    • ejoy says:

      akuu dah trai tp x bjaya pon…………
      aku dapt spai step two…. lpas 2 dia brenti stu je……….
      ke dia x dapat nak sport win 7 starter???

  21. mijie says:

    pasni aku nak burn la cd tu dan simpan kemana-mana sahaja akan aku bawa

    terima kasih bro, tips yang bagus dan aku sudahpun download file tersebut dan tunggu masa nak burn je

    em bro kalau guna pendrive tak boleh ke untuk buat boot ni?

  22. julianick says:

    aku x paham ape pon…wakakaka :)

  23. nano says:

    haha sangat terbaik untu di cuba… especially untuk aku yg banyak password yg nak kena ingat…. tq der :)

  24. aku kamu says:

    nape link download tu xbley nak masuk…
    xbley download file berfomat ISO tu…
    mintak jasa baik bloger utk creat link baru….
    thanks a lot…
    i really intrested to try it..

  25. Nizam6281 says:

    Syahirul Aku baru rujuk entri ni
    Boleh buat Bootable pakai USB tak?

    Incase boleh cakap ea

    Komen ni masuk dalam Email kan?

  26. paan says:

    thanks bro . satu tutorial yg sangat bagus . :)

  27. redz one says:

    guna ophcrack lagi senang..
    semua dia buat sendiri..
    :)

  28. YAR says:

    asmkum…. bRo,, mn nk dpt fail 2…???

  29. YAR says:

    bro… lau da dload fail 2,, pe nk wat….???

  30. shirowun says:

    saya ada masalah..
    laptop sy ada 2 user..
    1 ada pssword, 1 lagi x ada..
    yg ada pssword 2 sy x ingt pssword nya..
    sy kne guna cara ni jugak ker?
    tlng sy sb sy x fhm apa yg awak ckp ni..

  31. zaref says:

    satu fail berformat ISO ?fail pe tu,bro?wa x clear r pasal tu..

  32. norashikin says:

    Saya pernah menggunakan Windows Vista Home Basic Sakit Hati Saya Sebab Network Card Software Asyik Hilang / Corruption Lepas Itu Selalu Sangat Ingin Di Formatkan Sebab Apa Selalu Sangat Keluar Blue Screen .. Sekarang Ini Saya Menggunakan Windows 7 Senang Sudah Tiada Masalah Sebab Apa Jika Satu Software / Program Bermasalah Maka Itu Software Lain Tiada Terjangkit Dengan Masalah Yang Sama Yang Datang Dari Masalah Software / Program Yang Lain Sekian Sahaja Wassalam .. :8

  33. petua hamil says:

    terima kasih untuk info yg diberi..

  34. zasya says:

    Saya ada masalah untuk log in email kerana terlupa kata laluan & jwpn utk reset password slh..hope boleh membantu..

    yuyu_ayuko87@yahoo.com

  35. awenz says:

    thankz bro..! memag btul2 brguna tutorial yg bro bgi.. :)

  36. wan says:

    kalau lupe password ms word ade ke

  37. Man-Gohet says:

    Kalau gune USB-Drive boleh ke bro? coz leceh lak gune CD ni :D

  38. imran says:

    bila nk msuk sistem registry default window…just press enter right….but i has a prob…. why after press enter there still ask for the PATH……..

  39. furis san says:

    asal aku wat x jd pn..leh x ko tlg emel kt aku detail ckit…

    tq n acknowledge.

  40. asyraf says:

    link mati bro

  41. nadiyatul akmal(new comment) says:

    Boleh tak re-upload balik link. Sbb link dah jadi Invalid or Deleted File..
    Thanks

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
Free WordPress Theme
Page 1 of 11
Weboy