Entah mengapa sejak akhir-akhir ni aku dah tak bermaya nak buat apa yang aku sukai, sama ada di dunia nyata atau pun di dunia siber. Kalau korang perasan, kebanyakan komen yang aku terima dalam entri sebelum ni banyak tak terjawab dan tak terbalas. Sama juga dalam live blog, banyak komen yang aku tak dapat nak jawab. Maafkan aku ye korang.
Aku sebenarnya tengah sakit. Tapi tak adalah sakit kuat mana pun, yang aku rasa hanya sakit kepala, sakit badan dan sengal-sengal seluruh badan. Sebenarnya dah lama aku tanggung sakit badan ni, entah tak tahu nak cakap berapa tahun dah. Aku rasa angin dalam badan aku terlalu banyak sampai kadangkala aku sendiri tak mampu nak bawa badan aku ke sana sini. Kalau ikutkan hati, nak saja aku suruh adik aku urut hari-hari bagi angin keluar, tapi dia pun ada hal lain nak buat juga.
Selain sakit kepala dan badan, sekarang aku tengah menahan kesakitan akibat batuk. Aku rasa macam batuk biasa saja, tapi yang anehnya bila sekali aku batuk, seluruh paru-paru, buah pinggang dan organ-organ dalaman aku turut terima kesakitan tu. Jadi kalau aku batuk, pedihnya aku saja yang tahu. Mungkin aku patut berhenti merokok dah kot. InsyaAllah aku akan cuba sikit-sikit. Ni pun dah kurangkan merokok.
Sakit paling aku tak tahan adalah sakit kepala melampau. Aku rasa macam ada something kat kepala aku ni. Entahlah, hari tu aku dah pergi klinik kerajaan di Kelana Jaya minta untuk buat medical checkup sebab alang-alang aku nak masuk belajar balik tak lama lagi. Tapi dia minta surat dari universiti pula. Susah la macam ni, jadi aku just minta pihak klinik check kesihatan aku ni. Tunggu bukan main lama, yang mereka buat adalah check darah saja. Mereka kata darah aku terkena jangkitan. Entahlah, aku tak faham. Ubat yang mereka bagi adalah antibiotik, ubat demam dan ubat batuk. Baik aku pergi klinik swasta saja.
Disebabkan aku tak puas hati dan rasa ada something dalam kepala otak ni, so aku decide nak pergi Hospital Serdang esok untuk menjalani x-ray. Aku harap tak ada apa-apa la, takut juga terkena barah otak kan? Sekarang aku tak dapat nak online lama sangat depan komputer, paling lama pun sejam setengah, lepas tu aku kena off PC dan baring. Banyak masa aku habiskan dengan rehat dan tidur sahaja. Aku fikir, macam mana aku nak belajar lepas ni? Sedangkan kehidupan biasa pun macam ni, inikan kehidupan stress sebagai pelajar sepenuh masa. Harap aku dapat laluinya.
Mengenai banyak angin dalam badan ni aku tak tahu nak selesaikan macam mana lagi. Aku dah pernah pergi urut dengan tukang urut tapi yang aku tak tahan nak gelak adalah pakcik yang urut aku ni surrender nak urut aku sampai aku puas. Korang bayangkanlah sampai tahap tu sekali. Angin dalam badan terlalu banyak dari kepala sampai ke kaki dan aku sendiri dapat rasakan badan aku berat sampai tak lalu nak bawa badan ni. Kadangkala terpaksa minta ahli keluarga atau kawan-kawan pijak badan supaya aku rasa lebih lega.
Mungkin aku perlu ubah sikap dan lebih menjaga kesihatan lepas ni. Jadi kena pergi bersenam setiap pagi dan petang, at least keluar juga peluh. Kemudian aku kena kurangkan merokok dan kurangkan makanan yang berlemak dan berminyak. Tapi tabiat minum milo setiap hari memang aku tak dapat nak ubah. Apa lagi eh? Aku rasa cukuplah sedikit sebanyak aku nak cerita kat korang semua. Sorry sebab aku tak rajin blogwalking, twittering, facebooking dan chatting dengan korang semua lagi. Tunggulah aku sihat nanti ye…
Notakaki:
- Aku dah dapat Myvi baru empat hari lepas, si dia pun dah dapat Myvi baru hari ni.
- Aku menang mug dan car sign dari Oh! Media Network, lawa juga designnya.










Bro ko kena jaga diri leklok. kalau bleh cari ikhtihiar untuk berubat..teruskan cari jer.
neway rehat kena lebih ok!
Melz
moga cepat sihat bro… All the best!!!
Salam, harap dpt ikhtiar dari perubatan islam utk merawat musibah ini. Ada kemungkinan mende2 halus meresapi dalam diri.
yeah..agreed. klo perubatan moden tu tak berkesan try alternatif laen. tradisional sometimes really helpful. chinese medicine not really recommended la coz byk steroid. tak bagus utk fisiology badan. neways get well soon bro
salam bro.. Moga cepat sembuh… Insyallah.
nikmat yg paling best + free adalah kesihatan. jgn rosakkan kesihatan ni dngn rokok =)
cepat2 sembuh kang komen kat blog aku pulak..haha
lagi satu, herbalife kan ada, ahakss
aku pun tgh usaha untuk berhenti smoking gak ni huhu seksa2
ko try pegi darul shifa tak silap aku kat bangi..harun din punya
syafakallah..semoga kembali sihat seperti sedia kala..dan,jauhilah rokok ye! :))
cepat2 sehat nanti….insyaallah…. :))
Dugaan untuk ko.. get well soon.. <3 Dah sihat leh skuner2 selalu macam dulu balik.. Weee…
ajak si khai nie men futsal… asyik kuar jalan2 je… huhu…
Sokong tu..paksa dan seksa diri untuk sihat…hehe
semoga cepat sembuh…..yg pnting tabahkan hati dgn apa jua dugaan yg dtg…insyaallah semua ok…..Allah tidak pernah mnganiaya hamba Nya
same kes dgn sorang sahabat kite la kan..aku urut dier..aku yg lega dgr dier sendawe..sabar la yer….moga cepat sembuh
Get well soon syah!
semoga cepat sembuh yer dik…
semoga cepat sembuh….banyakkn rehat…
semoga lekas sembuh…
jaga kesihatan bro..
GET WELL SOON!^_^
semoga cepat sembuh…sakit sikit2 jgn anggap remeh…cepat bertindak key…
semoga cepat sembuh bro..
Semoga cepat sembuh. Saya nasihatkan awk, pergi cek kat swasta, surf diorg cepat kalau nak tunggu gov memang lambat, nak tunggu cek darah, macam-macam. Jangan jadi mcm saya, dah dapat 3 penyakit sekaligus. Semuanya bermula dengan batuk, dah berbotol-botol ubat batuk saya telan, skrg sebotol ubat batuk pun takde, yg ada oksigen je. Sabar ek hadapi dugaan Tuhan nih.
Moga cepat sihat ye~~
Semoga cepat sihat..
amalkan Bismillah 5 banyak2..
Smoge awk cepat shat…….
askum.lama nur xjenguk blog awk.camat ari raya.sebelum terlambat.sabar k.banyak kan berdoa dan makan ubat.nt tunang risau..jangan lupa solat.hanya pada-Nya tempat kita meminta k..hope awk p tempat yg sebetulnya unt buat check up.anythng happen,let us know ok.nur akan doakan syah sihat,..
bersabarlah..setiap dugaan adalah penghapus dosa..
pegi cek. hati2 di masa hadapn
patut la mcm dah lame menghilang…
get well soon! XD
bersenam ok gak bro
semoga cepat sembuh yer
jom aku bw ko ke tempat berubat kat shah alam
kadang aku bce blog syahirul nicakap nye lebih padahal cerita sekerat menjela bowing dohh
owh…..simpati. aku pun sakit,tpi dh smbuh! hm…..Get Well
insyaallah.. sembuhlah penyakit tu nanti…
klu ko sakit kepala sgt2, aku recommend ko ambik pil ACOXIA, gerenti hilang… ubat ni mahal skit, coz ayah aku pun ambik ubat ni jgk klu dia skit gout.. ubat ni just tahan sakit jeer… ko try lah cuba, x de side effect pun…
Mungkin boleh cuba Khal Tamar Plus dengan Li Khamsatun. Li Khamsatun tuk memulihkan organ badan dan sistem pencernaan kita, Khal Tamar Plus lak memang tuk sakit2 macam selesema, salur darah (darah tinggi, jantung) kencing manis dll. Cubala, yang tak sakit pun ramai beli cakap rasa segar badan.