Salam Kemerdekaan wahai Negaraku

On 30/08/2010, in Uncategorized, by admin

Esok tepat jam 12 tengah malam maka sekali lagi negara Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke-53 tahun dengan temanya “1 Malaysia Menjana Transformasi”. Seperti biasa, pasti ramai muda-mudi akan keluar ke kota untuk menyambutnya dengan melihat bunga api serta bersorak-sorak gembira. Ada juga golongan yang akan mengadakan parti tertutup serta dihidangi dengan minuman keras dan ada juga yang terkinja-kinja menari di kelab-kelab. Tidak lupa juga pasti ada yang tertangkap melakukan khalwat dengan pasangan di hotel-hotel murahan pada malam kemerdekaan.

Apakah ini semua satu erti kemerdekaan buat korang? Merdeka tu adalah bebas berbuat apa sahaja yang diinginkankah? Buat umat Islam, adakah kemerdekaan tu kita boleh sewenang-wenangnya merewang sana sini dengan kekasih serta melakukan hal-hal yang dilarang agama? Ya, ramai yang tak tahu erti kemerdekaan dan mereka mengambil peluang cuti kemerdekaan untuk melakukan maksiat. Ia dah biasa dipaparkan pada dada-dada akhbar dan media massa. Tak percaya, tengoklah nanti.

Aku juga tak terlepas dari kekhilafan pada waktu zaman remaja. Dulu bila nak dekat sahaja malam kemerdekaan, pasti aku dan kawan-kawan akan merancang untuk menyambutnya dan seperti biasa port aku tak lain ialah di KLCC ataupun di dataran merdeka. Kalau waktu di Penang dulu, port aku adalah di persiaran Gurney. Tujuan aku ke sana bukanlah semata-mata melihat keunikan bunga api yang akan dipancarkan, namun aku sengaja ke sana nak lihat apa yang orang buat ramai-ramai waktu malam merdeka. Apa yang seronoknya dan apa kelebihan untuk keluar tengah malam merdeka.

Apa yang aku nampak ya? Aku lihat mat-mat rempit pastinya golongan yang paling ramai keluar ke kota sama seperti sambutan tahun baru dan merekalah raja di jalan raya menunjukkan aksi-aksi berani mati. Tak habis dengan mat rempit, ada juga golongan puak-puak underground seperti Skin Head, Nazi Punk, Black Metal dan macam-macam jenis puak yang memakai pakaian yang tidak mencerminkan kemerdekaan dan keharmonian yang tercapai oleh negara selama ini. Untuk apa semua tu? Menunjuk-nunjuk? Rasa bangga ada geng ramai keluar bersama-sama? Paling mengejutkan, puak-puak ini pasti akan bergaduh satu sama lain.

Yang perempuan pula ada yang aku lihat mengenakan pakaian yang tak cukup kain seperti biasa. Mereka tanpa segan silu bersama pasangan berpeluk-pelukan depan orang ramai tak kira secara individu ataupun kumpulan. Ada lelaki yang boleh baring atas peha teman wanitanya tanpa menghiraukan pandangan umum. Seperti biasa, banyak pula ‘kereta rosak’ di tepi-tepi jalan dan bila dilihat di dalamnya, pasangan kekasih sedang mengadu asmara. Ini dinamakan kerosakan akhlak di kalangan anak muda.

Tidakkah mereka berfikir bahawa susahnya orang-orang dahulu berusaha untuk mencapai kemerdekaan? Kini kemerdekaan yang dicapai disalahgunakan oleh anak-anak bangsa. Mereka melakukan maksiat di mana sahaja tanpa mengenal erti malu. Apakah korang semua mahu dilabelkan seperti itu? Jadi apa perancangan korang untuk hari merdeka? Aku masih akan keluar juga pada malam kemerdekaan untuk menjadi pemerhati seperti biasa. Oleh kerana hari kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadhan, aku rasa macam tak ada bunga api yang akan diletupkan, entahlah.

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia dan semoga kita semua menjadi insan yang berguna dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Di sini aku kepilkan sebuah video saat kemerdekaan khas untuk semua rakyat Malaysia yang membaca entri ini. Salam Kemerdekaan wahai Negaraku tercinta.

Aku nak kongsi dengan korang dua wallpaper Merdeka yang dicipta oleh oleh seorang kawan blogger ni.

Muat turun: Merdeka Wallpaper

 
 

38 Responses to “Salam Kemerdekaan wahai Negaraku”

  1. denaihati says:

    Tunggu 9 bulan lagi apakah kes buang bayi akan bertambah???

  2. mrnamie says:

    Salam kemerdekaan jugak!!

  3. afiq aiman says:

    kalau depa buat jugak macam tu mmg jahil yg amat sgt…sampai tak hormat lgsung bulan ramadan…masyarakat mcm ni ke yang kita nak bina…tepuk dada tanya selera…

    • syahirul says:

      taw takpe… kerosakan akhlak remaja sekarang makin membimbangkan.. zaman dulu takde pon teruk mcm ni.. patut ar kes buang bayi byk..

  4. atok says:

    hanya merdeka dari penjajah, tapi bukan gaya hidup penjajah.

  5. molmolla says:

    emmmm. tak pernah g sambut mana2 :) memanglah sebab tak dibenarkan keluar malam.

  6. ProfHariz says:

    Memang menjadi agenda apabila menyambut kemerdekaan bagi anak muda di negara ini..
    Tapi alhamdullilah hariz tidak terjebak oleh kerana ibu yang garang.
    Selamat menyambut kemerdekaan

    • syahirul says:

      wah bagus ur mom.. mesti dari kecil lagi byk larangan yg dah dikenakan.. bagus tol la ko :) dgr cakap mak, mesti berjaya :)

  7. Cursefinger says:

    Apa punya perangai la. Daripada duk buat perkara tak seno’oh baik pergi semayang terawih. Lagi baguih! Boleh topup pahala bulan2 puasa ni.

  8. pligg.com says:

    Salam Kemerdekaan wahai Negaraku | syahirul.com…

    Salam Kemerdekaan ke-53 tahun kepada semua rakyat Malaysia. Entri ini khas dari syahirul.com sempena kemerdekaan Malaysia….

  9. Salam Kemerdekaan wahai Negaraku | syahirul.com…

    Salam Kemerdekaan ke-53 tahun kepada semua rakyat Malaysia. Entri ini khas dari syahirul.com sempena kemerdekaan Malaysia….

  10. Yiedpozi says:

    Selamat Menyambut Kemerdekaan… ;)

  11. myebuzz.net says:

    Salam Kemerdekaan wahai Negaraku | syahirul.com…

    Salam Kemerdekaan ke-53 tahun kepada semua rakyat Malaysia. Entri ini khas dari syahirul.com sempena kemerdekaan Malaysia….

  12. mijie says:

    setiap kali merdeka muda mudi akan keluar untuk menyambutnya tetapi menyambut dengan cara yang salah

  13. Zida says:

    tulahh nama nya merdeka luaran tapi pemikiran dan dalaman masih di jajah. huk3

  14. erti merdeka disalahertikan…
    they just don’t appreciate everything that our forefathers have been through for independence…

  15. bubbles182 says:

    saya dgn bangganya mengatakan bhw walaupun lahir kat KL, membesar kat KL, kwn2 sume org KL, sy tak pernah pergi lepak dgn konsert tgh malam jerit2 sambut merdeka, or even new year.

    klau betul2 nak sambut merdeka, slalu pergi tengok perarakan kat dataran merdeka on the 31st je, tu pun pegi dgn family :)

  16. naihusna says:

    Amacam, dah bercadang nak memerhati masa malam sebelum nak merdeka nanti cuba tegur budak2 yg melepak tu..tak dpt nak tegur semua sekurang2nya adalah sedikit usaha …sekadar cadangan..

  17. wawa says:

    ahaa..aku xpenah pon celebrate harikemerdekaan.. seingat aku, masa aku kat sekolah dulu (duk hostel, mmg wajib pon kena pegi) je yg aku agak rajin meneyemak masa sambutan kemerdekaan.

  18. mygulahati says:

    kadang-kadang sedih melihat apa nak jadi dengan anak bangsa kita sekarang. disogok dengan hiburan dari barat. masing-masing lupa asal usul bangsa. nak berhibur ada hadnya. moga-moga kita tergolong sebagai rakyat yang berjiwa merdeka. merdeka bukan untuk negara tetapi untuk bangsa dan agama.

  19. FeezMior says:

    salam kemerdekaan syah :D

  20. Fazreen says:

    selamat hari merdeka sahabat! malam ni jangan lupa

  21. sha-hir@meng says:

    selamat menyambut kemerdekaan..
    Merdeka Merdeka Merdeka!!!!!!

  22. aizat shafiq says:

    salam kemerdekaan…
    yang ke 53…
    walaupun banyak yang timbul tahun nie kan…
    =)

  23. Hadi Rofiee says:

    Salam perkenalan.

    Artikel ini menarik utk dikomentar.

    Benar, generasi kini seperti sudah lupa kisah lalu.. bahkan seperti tidak tahu apa2 langsung..kdg2 sedih jgk bila tgk keadaan mcm tu.. =(

    p.s: cantik wallpaper, minta izin nak ambil. :)

  24. ann says:

    Merdeka!!!!!

  25. Fathulimran says:

    Merdeka!!!!
    1 Malaysia, Menjana Transformasi..

    Merdeka!!!! Merdeka !!!! Merdeka !!!!

    entri terakhr : Apa Itu Erti Kemerdekaan ?

  26. HARIFBAGINDA says:

    betul ke kita ni merdeka? :[

  27. musi says:

    Assalamualaikum wm.wb.
    Kemerdekaan yang dimiliki setiap individu rakyat untuk memiliki hak dan keadilan sebenarnya sebagai insan yang baik, akan mensuasanakan kemerdekaann sesebuah negara. Hati dan minda yang ikhlas dan terbuka adalah elemen kemerdekaan dan sifat kasih sayang sesama warga tanpa wasangka, dan memeterai perpaduan sejagat yang akan mengekalkan keutuhan Kemeeerdekaan.

  28. yoy says:

    merdeka bersame mat2 rempit d danga bay..
    53 tahun utk hasilkan hero2 mcm dorg.. =(

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
WordPress Themes
Page 1 of 11
WordPress Blog