Sejarah penciptaan Kaabah

On 20/08/2010, in Uncategorized, by admin

Kaabah yakni rumah Allah adalah kiblat di mana seluruh umat Islam menghadapnya ketika menunaikan solat. Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air 2000 tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.

Di setiap tujuh langit ada rumah Allah tempat para malaikat beribadat padaNya dan pada langit ke tujuh nama rumah Allah itu adalah Baitul Makmur. Rasulullah bersabda, “Baitul Makmur adalah masjid yang berada di langit dan ia betul-betul di atas Kaabah. Seandainya ia jatuh maka ia akan menghempap Kaabah”.

Sebelum Baitul Makmur dicipta, para malaikat tawaf mengelilingi Arasy pada masa yang sangat lama. Allah memandang mereka kemudian menurunkan rahmat kepada mereka. Allah membina sebuah rumah di bawah Arasy yang diberi nama Baitul Makmur. Allah memerintahkan para Malaikat supaya tawaf di Baitul Makmur dan tinggalkan Arasy. Para malaikat telah melakukan tawaf di Baitul Makmur sehingga jumlah yang memasukinya siang dan malam seramai 70,000 malaikat. Mereka tidak kembali lagi buat selama-lama.

Kemudian Allah mengutuskan para malaikat turun ke bumi dan berfirman kepada mereka, “Binalah sebuah rumah untukKu di bumi sepertinya”. Allah memerintah seluruh makhlukNya di bumi supaya tawaf mengelilingi Kaabah sebagaimana penghuni langit tawaf mengelilingi Baitul Makmur. Diriwayatkan bahawa Allah telah mengutuskan Jibril kepada Nabi Adam serta Hawa supaya membina satu rumah untukNya. Jibril telah menggariskan (rangka) kepada keduanya lalu Nabi Adam menggali tanah manakala Hawa mengangkutnya sehinggalah air menyahut serta menyeru dari bawah beliau meminta agar berhenti menggali dengan kata-kata, “Cukuplah wahai Adam!”

Setelah Nabi Adam wafat, anak-anaknya telah membina Kaabah dengan menggunakan tanah dan batu. Diriwayatkan bahawa orang yang membinanya ialah anak Nabi Adam iaitu Nabi Syith. Mereka sentiasa mendiami dan memakmurkan Baitullah dan begitulah juga dengan orang-orang yang selepas mereka sehinggalah tiba zaman Nabi Nuh, Kaabah telah runtuh dan kawasan tersebut ditenggelami air serta tidak dapat dikesani.

Kemudian Allah mengutuskan Nabi Ibrahim untuk membina kembali Kaabah. Mematuhi perintah Allah itu, Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail membina semula Kaabah di atas timbunan batu dan tanah liat daripada bekas binaan Kaabah yang pernah dibuat oleh Syith yang runtuh akibat banjir dan taufan pada zaman Nabi Nuh itu. Pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim daripada batu dari tujuh bukit di sekitar kota Mekah. Binaan Kaabah kali ini mempunyai dua sudut utama iaitu sudut Rukun Al-Hajarul Aswad dan Rukun Yamani dan satu sudut berbentuk melengkung pada bahagian yang bertentangan dengan kedua-dua sudut.

Ciri-ciri binaan yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim:

- Tingginya 9 hasta.
- Panjang di paras bumi dari Hajarul Aswad hingga ke penjuru sebelah Syam 32 hasta.
- Lebar di sebelah bahagian saluran air bermula dari penjuru Syam hingga ke penjuru sebelah barat 22 hasta.
- Panjang di paras bumi bermula dari penjuru sebelah barat hingga ke penjuru sebelah Yaman 31 hasta.
- Lebar di paras bumi bermula dari penjuru sebelah Yaman hingga ke Hajarul Aswad 20 hasta.

Selepas pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim, ia terus berdiri megah di bumi Allah dan tidak akan runtuh sehingga hari Kiamat. Namun usaha membaik pulih dan menyelenggarakan Kaabah tetap diteruskan sehingga sekarang. Berikut adalah rumusan sejarah pembinaan Kaabah.

- Binaan pertama: Malaikat
- Binaan kedua: Nabi Adam
- Binaan ketiga: Nabi Syith
- Binaan keempat: Nabi Ibrahim
- Binaan kelima: Kaum Amaliqah
- Binaan keenam: Kaum Jurhum
- Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi)
- Binaan kelapan: Abdul Mutalib
- Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika Rasulullah berusia 35 tahun)
- Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah)
- Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693 Masihi)
- Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630 masihi)

Pasti ramai yang masih belum lihat lagi pemandangan di dalam Kaabah secara live bukan? Di sini aku ingin berkongsi video di mana ia menunjukkan pemandangan dari dalam Kaabah. Subahanallah!

Ingin dengar mp3 pengalaman Ustaz Harun Din masuk ke dalam Kaabah? Sila muat turun di sini. Korang juga boleh lihat video keajaiban Mekah di sini.

Notakaki:

- Entri ini dah lama ingin aku kongsikan, namun belum sempat untuk ditulis.

- Rujukan dari buku agama serta Google digunakan dalam artikel ini.

 
 

68 Responses to “Sejarah penciptaan Kaabah”

  1. Miro says:

    terima kasih kerna sudi kongsi ilmu dan info ini…

  2. mrnamie says:

    syah, aku pernah dengar orang cakap kalau masuk kaabah, tak boleh tengok atas sebab kalau untung nasib boleh nampak sampai ke langit ke-7.. tapi tu cuma orang cakap, tak tahu betul or salah.. wallahualam..
    orang cakap juga, kalau nampak boleh jadi gila dibuatnya sebab nampak benda yang tak terfikir akal.. *sorry komen panjang* :)

    • syahirul says:

      jgn percaya benda sebegitu.. nanti jadi khurafat… Islam itu indah dan mudah.. aku percaya tiada benda sebegitu..

  3. [...] This post was mentioned on Twitter by Tengku Aizat, ariff and syahirul.com, syahirul.com. syahirul.com said: Sejarah penciptaan Kaabah: [[ This is a content summary only. Visit my website for full links… http://goo.gl/fb/zMnSU [...]

  4. Anarm says:

    kaabah! hajat aku nk hantar mak abah aku gi mekah tak kesampaian lagi.. =(

    • syahirul says:

      ada rezeki ada la nanti anarm… mak ayah aku dah pi, oktober ni pi lagi.. aku rasa nak ikot tapi mcm takde bajet lak..

  5. pligg.com says:

    Sejarah penciptaan Kaabah | syahirul.com…

    Sejarah penciptaan Kaabah sebelum bumi diciptakan hingga kini. Video pemandangan di dalam Kaabah juga turut disertakan….

  6. Sejarah penciptaan Kaabah | syahirul.com…

    Sejarah penciptaan Kaabah…

  7. myebuzz.net says:

    Sejarah penciptaan Kaabah | syahirul.com…

    Sejarah penciptaan Kaabah sebelum bumi diciptakan hingga kini. Video pemandangan di dalam Kaabah juga turut disertakan….

  8. tmukmkd says:

    aku mula berfikir. dalam tu apa yang bergantung di atas tu?

  9. syahrilhafiz says:

    indahnya,,
    teringin gak nak pegi.
    tapi sebelum tu hantar mak ayah dulu..

  10. miszhelena says:

    mm.. terpikir bilelah dpt menjejakkn kaki ke tanah suci melihat mekah. hopefully dpt la. AMIN

  11. azizan4444 says:

    perkongsian yang memnarik bro..semua orang nak je ke sana termasuk aku..cuma mase je blom menentukan.harap2 dpt la ke sana pd masa akan dtg..

  12. naihusna says:

    Salam…
    perkongsian yg menarik…br je lps balik dari sana baru sy tau sejarah pasal Kaabah ni..

    @azizan4444…kalau ade niat nak smp sana akan tercapai juga dgn izinNya..berdoalah selalu…insyaAllah

  13. A-Y-I-E says:

    erkkk sebut sahaja kaabah.. aku fikir,, nak pergi lagi sekali.. aku rindukan kaabah.. aman sahaja bila aku disana.. segala masalah bagaikan tiada

  14. bila lah agaknya dapat pergi sana…

  15. rashid says:

    First time terbaca pasal sejarah ni…yang aku tau Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail je…many2 thanks..

  16. ejardkethot says:

    thx 4 da info

  17. AMR says:

    Subhanallah.. Satu info yg amat menarik untuk dikongsikan bersama.. Like This Blog!

  18. cahaya says:

    salam..nk share boleh tak artikel ni kat fb? thanks..

  19. Amir says:

    nice entri. 1st time tengok dalam kaabah tu. org2 tertentu je boleh masuk. thanks 4 sharing.

  20. Nine says:

    menarik nih bro, tq berkongsi video tu sama, tak nah tengok lagi dalam kaabah camna sebelum nih..

  21. redz one says:

    thanks bro..
    pertama kali aku tengok dalam Kaabah

  22. eiman says:

    alhamdulillah aku dah sampai kat sana dan dah sentuh kaabah tersebut, cuma tak dapat kucup hajarul aswad aje sebab ramai sangat orang ketika itu.

  23. 6bone says:

    sahih? apa bukti dari ayat Quran….
    saya tanya supaya kukuhkan pendapat ini supaya dapat proof kan kpd org kafir

  24. Abdu Latif says:

    Assalmualaikum sahabat,

    Entri yg bagus sekali. Kalau tidak keberatan boleh tak ana tahu dimana untuk download sambungan ceramah Ustaz Harun Din tentang beliau masuk kedalam Kaabah.

    Jazzakallah.

    Wassallam

  25. SharkFiq SSM says:

    salam..
    hmm, xdapt r nak dwnload mp3 pngalaman ust. haron din..

    btw,ade yg kate video ni palsu..hmm~

  26. ahmad sinar says:

    assalamualaikum, kt utube pn ade tnjuk ttg kaabah dan dalamnya. pada yg tulis cita2 ni tahniah lh sy ucpkn..

  27. denaihati says:

    Seluruh Allah taat kepada Allah tetapi manusia sahaja yg durjana…

  28. ucin stpm victim says:

    wow!!!!!!!!!
    mantap isi kandungannya… thank untuk ilmu yang dikongsikan bersama…..klu ada fakta sejarah yang lain pn ok juga… ;)

  29. Sebelum ini hanya tahu, yang bina Kaabah adalah nabi Ibrahim..Tak sangka sebenarnya Nabi Adam dulu yang start selepas malaikat..Tq for the info ;)

  30. [...] zaman kita sekarang ini. Sememangnya Nabi Adam telahpun membina kaabah. Cuba anda baca sendiri sejarah kaabah sejak dibina oleh malaikat lagi. Sejarah kehancuran umat manusia sering kali berulang-ulang, namun [...]

  31. pahmi says:

    salam bro….
    thanks for the info….
    kalau bab2 info agama ni lagi elok kalau di akhir artikel disertakan sekali secara detail dari buku mana, dari website mana, dari sumber rujukan mana info ni semua diambil..
    senang pada pembaca2 nak buat rujukan tambahan.
    just my 2 cents

  32. tarmizi says:

    assalamualaikum tuan punya video,saya minta izin kongsikan ke facebook saya,, terima kasih ya.. sumber yang berilmiah..

  33. norazizah bt ammat says:

    assalammualaikum..
    saya pun nak minta izin juga.. share kat facebook saya… saya suka tengok, baca, dan dengar, kisah rasul allah…
    saya nak minta tolong, kalau boleh…

  34. shahrul says:

    salam, nak tanya..
    kalo kita sembahyang menghadap kabbah..
    abis kalo kita sembhyabg dlm kabbah nak menghadap kat ner..?

    • shell says:

      hijir Ismail tu sebahagian daripada Kaabah….kerana Nabi pernah berpesan sape yang nak sembahyang dalam kaabah….bolehla sembahyang dalam separa bulatan hijir ismail…. :8 :8

      • Sahlan says:

        Betul, solat di Hijir Ismail spt di dlm Kaabah sebab Kaabah asal memang bentuk lonjong. Cuma ada dua penjuru Rukun Yamani & Rukun Hajarul Aswad dan penjuru2 yg bersetentang adalah lengkuk Hijir Ismail itu. Kalau tak silap, semasa Quraish membina semula, Hijir Ismail ‘terkeluar’. Kaabah jadi ‘square’ (kecil dari asalnya) sebab mereka tak cukup belanja utk baiki spt asal.

  35. shah says:

    MasyaAllah betul ke ni……….hanya tuhan yang tahu….

  36. cahaya bulan says:

    mintak share yer..

  37. ingin hamil says:

    terima ksih kerana berkongsi ilmu..

  38. Shida says:

    terima kasih :))

  39. Zahra says:

    terima kasih kerana mengongsikan ilmu ini…mohon share.. :)

  40. sarina says:

    thanks shah..banyak ilmu saya dapat. :)

  41. si ampal says:

    selamat lah kita semua. .amin hehehe

  42. shukor says:

    Salam saudara Syahirul. Boleh beri dalil (Quran atau hadith)kesemua 12 peringkat pembinaan kaabah atau dalilnya cuma jelas utk beberapa peringkat sahaja misalnya Nabi Ibrahim dan selainnya, puncanya adalah dari riwayat/sejarah silam dan kitab-kitab lama.
    Dalil berkenaan Arasy dan Baitul Makmur.
    Dalil berkenaan utusan Allah kepada Malaikat utk turun ke bumi dan bina Kaabah.
    Dalil perintah Allah kepada Adam utk membina Kaabah.
    Dalil berkenaan dengan ukuran kaabah pada masa Nabi Adam.
    Saya bertanya untuk mengelakkan kemusykilan dan memperkasakan keyakinan, tambahan lagi sudah ada dikalangan Yahudi yang mempersoalkan keyakinan umat islam tentang sejarah/riwayat ini serta Hajarul Aswad.

  43. Aini says:

    Assalam Syahirul. Pernah terbaca Bahtera Nabi Nuh a.s. tawaf di permukaan air atas Kaabah semasa banjir. Dr Asri (mufti Perlis) menyangkal kerana ada yg menambah selepas tawaf, solat depan makam Ibrahim (yang ini saya tak pernah baca tapi memanglah tak betul kerana Nabi Ibrahim a.s. belum lahir lagi ketika itu!)

    Kemudian dari lamanweb Harun Yahya pula dikatakan banjir hanya berlaku di lembah Mesopotamia sahaja, tidak termasuk Makkah. Harun Yahya membezakan fahaman Kristian & Yahudi dengan Islam di mana dalam Al-Qur’an tidak disebut banjir itu berlaku di seluruh dunia.

    Harap saudara Syahirul dapat memberi sedikit pencerahan tentang hal2 yg saya sebutkan ini. Terima Kasih.

  44. shifa says:

    syukran atas perkongsian

  45. Eeda says:

    Subhanallah.. Pernah Baca buku dia (Sejarah Kaabah) tp agak complicated sket sbab bnyak sangat nama nak ingat dan tahun2 yang bnyak nombornye.. THanks sbab Tolong ringkas kan camnie..

  46. babarjailani says:

    Salam utk semua..
    Pelihara kiblat hati kita..walau runtuh bangunan batu kaabah ni apakah kita tiada kiblat?
    Peristiwa banjir nabi Nuh itu adalah banjir global..:-)

  47. sue says:

    masa pergi last April, mmg rasa teringin nak tau apa ada dlm kaabah, alhamdulillah, hari ni rasa nk search n alhamduilla dpt jugak tgk….

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
Free WordPress Theme
Page 1 of 11
WordPress Themes