
Semalam waktu aku sedang sibuk berjalan-jalan di web gengblogger untuk membaca artikel-artikel dari para blogger di Malaysia ni, aku lihat kebanyakan dari mereka adalah blogger yang menggunakan sistem blogspot. Tiba-tiba aku teringat tentang blog-blog lama yang pernah wujud dalam kebangkitan aku sewaktu mula-mula bertapak di alam siber ini.
Mungkin tak ramai yang mengenali aku kerana aku hanya blogger picisan yang tidak terkenal seperti mereka-mereka yang masyhur namanya. Kalau orang bertanya, “Kau kenal tak blogger bernama syahirul?”, pasti mereka menggelengkan kepala. Jadi tanpa membuang masa aku nak berceloteh sikit tentang kenangan aku di alam siber sejak dari mula.
1. Yahoo Messenger chat
Inilah punca utama aku mula serius online di siber kafe atau pun di rumah. Kerana terlalu serius sangat berchatting sehingga aku join satu group chat bernama Perak Messenger. Waktu ni aktiviti aku hanya berchatting di room chat dan mula mencari kawan di alam siber. Bukan setakat itu saja, kami ada membuat gathering untuk para chatters. Kalau tak silap waktu aku bergiat aktif ni dalam tahun 2007 ke 2008. Panggilan aku waktu chatting adalah “PGE46″ yang diambil dari plet kenderaan.

2. Blog blogspot pertama
Merah & Hitam. Itulah nama yang diberikan pada blog pertama aku di alam siber ini menggunakan platform blogspot sebagai tapak asasnya. Waktu ni aku mula belajar banyak perkara seperti penggunaan template, cara nak menggunakan coding, cara nak letak widget dan bermacam-macam lagi perkara baru tentang blog.

Blog pertama ini bukannya blog berunsurkan artikel-artikel berilmiah kerana aku menggunakan blog ini sebagai tempat menyimpan gambar rakan-rakan chatters sebagai kenangan. Segala gambar di dalamnya telah aku padam waktu dulu dan korang boleh lihat gambar-gambar chatters tu kat sini.
3. Blog kedua yang serius
Aku mula untuk menjadi blogger serius pada tahun 2008 dan akhirnya aku memilih nama domain yang menggelarkan diri aku yakni PGE46. Namun nama blog tetap tak berubah iaitu merah dan hitam. Ini adalah blog pertama aku menulis artikel dan waktu inilah sedikit demi sedikit cara penulisan dalam blog aku cuba pelajari. Waktu zaman muda-muda biasa la, mesti ada tulisan besar dan kecil, warna-warni, bermacam-macam emoticons dan segala bagai yang melanda untuk mencantikkan blog.

Masih lagi dalam ingatan rakan-rakan pertama yang aku kenali dalam dunia blog dan hingga kini mereka masih lagi berblog dengan serius antaranya ialah Fizz, Izah, Khai, Along Arman, Eny dan Tasha. Jom tengok wajah-wajah blogger yang sempat aku simpan waktu dulu kat sini.
4. Blog self-hosted pertama
Dalam diri aku ada rasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Dari sokongan sepupu aku, maka blog ketiga aku terhasil dengan menggunakan hosting dan domain yang ditumpang sementara dari kraetiv.net, iaitu website sepupu aku. Ia menjadikan blog aku berdomain www.pge46.kraetiv.net.

Serius, pertama kali menggunakan enjin wordpress memang aku agak keliru, namun dengan bantuan sepupu aku yang mengajar secara online serta kehendak diri sendiri untuk belajar benda yang baru, aku pun google bermacam-macam artikel untuk memastikan aku faham sepenuhnya penggunaan wordpress ini.
Melalui blog ini banyak yang aku sampaikan pada pengunjung-pengunjung dan dari sinilah aku aktif membuat entri tentang tutorial software dan komputer. Tapi blog ini tak bertahan lama kerana aku berkeputusan untuk berpindah ke domain dan hosting sendiri.
5. Blog berdomain sendiri
Ini blog terakhir yang aku gunakan sebelum berpindah ke blog yang korang layari sekarang. Blog ini diberi nama domain killvearn.com sempena nama watak dalam komik animasi Misteri Naga. Blog berniche tentang komputer, software, tutorial, dan muat turun percuma ini telah berkhidmat penuh kepada aku selama setahun dan hingga artikel ini ditaip, ia masih menunggu masa untuk dihidupkan semula. Korang cuba pergi tengok jika ia masih ada ke tak.

Killvearn.com telah mengeluarkan banyak artikel yang bermanfaat dan ia menjadi salah satu sumber rujukan kepada pengunjung yang datang. Ia juga telah mendapat tempat dalam artikel-artikel dari blog yang hebat seperti jomphp dan sembangkomputer. Oleh kerana aku terlalu sibuk dengan kerjaya aku pada awal Mac 2010, maka dengan rasminya aku telah mengumumkan penutupan blog berkenaan kerana komitmen dan tanggungjawab yang harus aku berikan pada kerja, tambahan pula blog itu tak diupdate serta sudah tamat tempoh sewa domain dan hosting.

Ramai bertanya kenapa aku tak teruskan saja blog tersebut yang kini sudah mencapai PR yang memberangsangkan, aku hanya mampu berkata bahawa aku ingin mencari satu identiti sendiri sesuai dengan tagline blog aku sekarang iaitu “pencarian satu identiti”. Terima kasih kepada semua pengunjung dan rakan-rakan blogger yang sentiasa memberi sokongan kepada aku sewaktu mentadbir killvearn.com serta tidak lupa juga kepada semua yang sentiasa memberikan semangat.
————
Selesai sudah entri tentang sejarah aku bergiat dalam dunia siber. Dari seorang chatters ke blogger dan lepas ni tak tahulah apa pula yang bakal aku lakukan. Terima kasih sebab sudi membaca hingga akhir. Jangan lupa untuk melanggan artikel blog ini dan follow aku di twitter ye.










em, yang killvearn tu nampak cam baru 3 hari expired, apsal tak renew jek.
dah sebulan expired bro.. nape tak renew? kat atas tu ada sbbnya…
huhu..
dari seorang chatter ke seorang blogger..
cayalah bro..
aku sokong blog baru ko ni!!~ =D
thanx sbb menyokong dengan penuh semangat.. hehe..
@syahirul, kalau aku, bantai ja..run 2,2 skalik..sayang woo..
he..23x aku rase dulu aku selalu lepak kat merah dan hitam tue.. if xsalah aku la… tp tue cite lame…
dan aku tahu tertibe wujud killvearn yang tibe2 membuat aku nk jd myst-vearn je…
rupanya satu persatu blog mu pernah aku terjah..
hope lepas nie xputus connection la ek
erk ni fan setia ape? hahaha.. thanx bro.. nak jd myst-vearn? pergi la beli domain myst vearn waktu tgh available agi ni..hhehee
kekeke….lama gak aku kenal ko ekk….dah lebih setahun…kenal ko masa pge46.kreativ dulu….hahahaha….ko pun among orang yg awal mengenali blog aku…sejak aku di blogspot….lol
“pencarian satu identiti”….urm….mmg tagline yg tepat…..
p/s: nota2 dari killvearn ko x nak letak dalam subdomain ke mana2 ke? bermanfaat entri2 ko dulu tu…hohoho
ye dah lama… mmg lebih setahun :P yep thats rite aku kenal ko sewaktu kat blogger agi… last2 ko pon pindah ke wp.. erm taku tak letak mana2 pon.. just biar dimakan usia aje artikel2 tuh..
chatter ke blogger ke … GO GO GO!
go go power rangers ke? ahaks!
aku masuk blog hang dulu dari merah hitam @ pge.blogspot tu. masa tu aku tak tau yg ladynass tu gf hang. hahaha..Semuanya dah lepas, ianya begitu indah kalau dikenang.
yup, indah sgt terkenang saat2 mula menjinakkan diri.. a’ah ang ada waktu dulu… ang kan chatters gak kan? hahaha…
hoho.
dulu rajin jugak chat.
slalu ada kat room Pahang.
watata.
la ni dah malas.
geng dulu2 pn dah xad.
budak baru sume xbes.
T_____T
room pahang 1 ke? kenal dj.black tak? mmg newbie smua takbest sbb merapu aje dlm chat room, aneh sungguh…
hush terkezut ! byk gak ekk. mmg blogger tegar lah bro! hehe. Btw, keep on posting ok! smoge lebih maju dr skrg
thanx 4 the wish. takde la tegar mana eyka, just suka2 aje, habiskan masa yg terluang ngan hobi :P
sangat berpengalamannnnnnnnnnnn !
*memanglah suke entri sendiri an :P
erk mcm perli aje.. hahaha.. org yg suka entri bukan me :P
haha dlu slalu ym dgn ko..ingt lg x? and dgn member aku, si bowl tu, ingt lg x?
yup still remember kwn ko tu si bowl.. skrg mana tah dia pegi eh? ko dah tak berchat jual brg ke?
kihkihkih… i tak knal u dr blog. knal dr twitter. hari pertama kenal dah terus jumpa. thanks syah. sbb buat suprise birthday i last year. appreciate. kah3. *puji semacam ni. mu simpan rahsia ku bebaik . hakhakhak*
sama2 makcik… haha tu pon khai yg perkenalkan u dlm blog dia kalo tak silap, kalo tak takde la kwn sampai lani kan? hahhaa nak simpan rahsia meh pizza large :P
@syahirul, aah. dr justkhai. sbb i kembar dia ke apa. hahahhaha :P rindu saat lepak makan satey 5 cucuk
pstt..megi boleh? sedap dr pizza
u kembar sama tarikh lahir la.. haha… rindu nak lepak, leh aje isnin depan i balik malaysia :P hehehe… megi takleh, pizza plz…
@syahirul, kalo aku bg ko 2 pizza large, bleh pecah rahsia tak? wakakakakka..
owh boleh.. silakan.. itu yg aku mau.. wakakaka…
Kita kenal bape lame dah erk? camne erk kite leh kenal? aku pun ingt² lupee.. hahaha.. :P tp nak masuk 2 tahun gak la kan?
ps: terkonang lagu “Nobody. nobody” masa ko kat blogspot.. hehehe..
kita mula kenal waktu 1st aku g blog ko mintak ajarkan coding. then tasha pulak kenai ko.. then kita berkawan lama sampai skrg tapi tak pernah jumpa2 lagi… bukan nak masuk 2 tahun.. dah 2 tahun da beb.. maybe la.. haha.. nobody the best song ever…
chatter upenye ko…
aku plak asal dari seorang forummer…
yeke forum mana ko join? aku ada gak masuk forum waktu dulu tapi tak aktif…
Fuh… Dah lama bro berblog. Patutlah pengikut ramai semacam je
mana de ramai pengikut… ramai dah lost contact.. kalo dulu subscriber ada ratus, skrg puluh2 aje.. hahaha
hehe design blog tukar2 pun tetap gempak.
aku paling ska design kill-vearn
erk sbb pe suka KV nya design? sbb merah + hitam + puteh eh.. hehehe… ke sbb suka tuannya yg ramah :”>
cun bro design ko..ko wt sendiri ker?
haha… mana de cun.. ko kata yg mana satu nya design ni? explain in detail… smua ni design free aje :P
aku xtau camne bleh kenal ko.. rasanye 1st time kita jumpe time besday si eyra tu kan? sampai terbit bau hangit kat enjin moto aku sebab pecut gi jumpe ko.. hak3..
1st time jumpa memang waktu bday eyra.. tapi kita dah kenal melalui blog la.. blog pge46.kraetiv or KV aku tak ingat la.. hehehe.. ko tu moto g tuka la.. mcm ne nak racing ngan khai nanti :P
Wah!! Banyak pengalaman ni
mana de byk.. sikit aje.. slow2 belajar.. bukan org jurusan IT pon.. haha
haha baru tawu sejarah hang deyh..
hebat giler..huhu
fistime jumpa hang kat gatsby wakakaka
no sweat!
@nizam6281, mana de hebat seh.. yela ang pon sat aje ngan aku aritu, tak sempat nak interbiu lelama.. kalo tak dah kene snapshot da..
gile lama korang berblogging… aku ni buat blog langsung tak tau ada nye komuniti2 ke apa.. aku tulis ikut sedap ati aku je, tengok2 ada followers. Hahahah!
hoho… berblog ikot hati dan perasaan, kalo boleh biarlah entri tu bwk sedikit kegembiraan dan pengajaran kepada umum…
oh gempak gak killvearn tu..apsal tak jual je website tu kalau nak stop..sebelum rank turun baik jual je..itu maybe leh dapat banyak gak kalau orang beli..dan ini gak satu cara buat duit di internet..buat web sampai popular pastu jual..memang masyuk a
haha… ada gak cadangan dari kwn aritu, tapi mls la aku.. sekarang memang PR 4 bila cek, tapi tunggu 3 bulan agi dia update kompom turun kaw2 sbb database smua da takde.. aku cek baru2 ni rank kat alexa kaw2 naik… tak turun, maknanya dah takde ape da… mcm blog baru balik..
tak boleh terima layout blog no 2
HAHAHAHA. okay.okay. tak lawak pun sebenarnya
tapi, jauh jugak perjalanan ko ye dalam dunia cyber ni? heee blog pun banyak koleksi. aku ni dr blogspot ke wp je. tu pun seketul je blog aku
apa2 pun, layout blog ni paling lawa and sangat2 kemas dibandingkan antara yg dolu2. aku tak pernah terserempak dgn blog2 ko di atas
maka,baru kenal ka kite kan? selamat berkenalan ;p hahhaa
layout blog no 2 kelakar ke?ok la tu merah dan hitam… layout yg blog 1st tu memang dah tukar smua.. post entri smua buang… hahaha.. ye baru kenal la kita ni.. ko blog dah lama ke?
Flow yang cantik dalam dunia blogging ;} nice one bro
huhu.. tapi syg.. kalo dari dulu aku buat syahirul.com ni kan kompom lani dah byk trafik gak :P hehehe
shah… aku lagi suke hang pakai nama sendiri sebagai domain blog. tapi masalahnye nama twitter masih jugak mengelirukan. kalau boleh nanti carik ah yang sama ok. itu je nak komen buat masa ni.
nama twitter tu takleh nak watpe la abg oi.. nama syahirul dah ada org amek. nak wat camne, mls aku letak nama pjg2 satg susah nak taip.. biarla pge46 ramai da taw :P
@syahirul, kena beli subdomain kat syahirul la jawabnya ahahaha ;P
nak beli sub ape? mel.syahirul.com? oh nampak gay disitu.. hahaha
fuh ini memang diluar jangkaan..hehe…pasni full time blogger plk kan???^_^
tak la, still cari keje agi.. sementara takde keje, blog aje le..
Mengimbas kembali kehidupan alam siber | syahirul.com…
Semalam waktu aku sedang sibuk berjalan-jalan di web gengblogger untuk membaca artikel-artikel dari para blogger di Malaysia ni, aku lihat kebanyakan dari…
Hoho.. Killvearn itu anda.. Okey.. Nice history dalam dunia blog..
ye saya.. hehee.. thanx.. visit selalu ye
sepanjang aku baca manga rave master
tak pernah dengar name Vearn?
la….Misteri Naga Bro….Rave Master komik baru…
Komik dolu2 yang aku pon terjebak sama suka time kecik2 zaman 90an…
cepatnye kau balas comment aku
hehe
wahh hebatnya …