
Semalam 15 April 2010, genap setahun sahabat baik aku yang dikenali sejak bangku sekolah menengah teknik meninggal dunia. Waktu aku buka laman Facebook tempoh hari, aku terlihat satu event yang telah di invite oleh salah seorang daripada kawan arwah mengenai majlis tahlil yang akan diadakan di kolej ke-10, Universiti Putra Malaysia. Aku akur dengan panggilan itu dan terus memberi respon bahawa aku akan datang.
Bagi sesiapa yang baru mengenali blog aku ini pasti tertanya-tanya apakah kisah di sebalik permergian arwah bukan? Oleh kerana blog lama aku dah ditutup, so aku dah catitkan kisah sedih tersebut yang menjadi ingatan dan kenangan buat aku selamanya di ruangan khas ini. Korang boleh baca jika mahu.
Berbalik kepada peristiwa hari semalam, aku telah menghadiri majlis tahlil tersebut dan aku lihat ramai yang hadir untuk membaca serta sedekahkan surah Yaasin dan bacaan doa untuk arwah. Waktu tu aku berkata sendiri di dalam hati, “Faiz, ramai yang sayang kat ko, ramai yang rindu kat ko”. Lalu aku mengambil air sembahyang dan terus menunaikan solat maghrib berjemaah di surau. Selesai solat maghrib, majlis tahlil bermula dan diakhiri dengan solat Isyak.
Kemudian kami beramai-ramai pergi ke rumah pengetua kolej berkenaan untuk menghadiri jamuan makan. Di situlah aku bertemu dengan ahli keluarga arwah setelah lama berpisah sejak aku sibuk belajar dan bekerja. Macam-macam kami sembangkan dan semua kelihatan gembira, namun dari raut wajah mereka aku tahu terdapat kesedihan yang mendalam pada setiap mata yang memandang aku, terutama adiknya yang kecil itu.
Hati aku amat terusik menahan kesedihan namun aku tidak nampakkan pada mereka perasaan aku. Aku cuma nak gembira dan buat mereka gembira. Dalam hati aku hanya Allah saja yang tahu apabila memori lalu muncul dalam fikiran. Ya, aku rindukan kau Faiz. Apa kabar kau di sana? Apakah layanan malaikat pada kau? Sampai ke tidak doa aku kepada kau?
Faiz, hari ni 16 April 2010, genap setahun aku melakukan fardhu kifayah yakni memandikan, mengkafankan dan mengebumikan kau. Aku doakan kau tenang di sana. Kita jumpa nanti ye kat sana. Al-Fatihah ~











Sentap jga baca ni. Ye la member rapat dh pergi dulu…huhu
terima kasih sbb sudi baca panjang²… sedih
kita hanya dipinjamkan ke dunia ni…
bila sampai masanya semua akan ke sana…
salam takziah kepada ko dan semua yg mengenali arwah…
walaupun aku tak kenal siapa arwah…
aku pun pernah kehilangan sahabat baik 2 tahun lalu…
bila baca entri ko ni kenangan lama dtg balik…
Al-Fatihah kepada mereka yang telah lebih dahulu
menyahut seruan Ilahi…
Al-fatihah… moga kawan baik ko juga ditempatkan dalam golongan org yg beriman…
Sedihnya.walau lama berlalu tetap sedih.
semoga beliau terus aman di sana.insyaallah.
amin.. moga doa kalian akan membuatkan rohnya di sana aman…
aku ada terbaca invitation tu kat fb haritu..
sedih betul
semoga rohnya dicucuri rahmat.
Aminnn
ko ada baca eh? bagusla.. amin…
ah~
aku teringat dulu aku ada baca pasal sahabat kamu yang meninggal tu…tp da lupa sebab apa ek….
btw….semoga roh nya diberkati…memandangkan dia belum sempat punya zuriat, maka kita sebagai sahabatlah yang bertanggungjawab untuk mendoakannya….sabar ye encik
out of topic….tetibe teringat kat ex aku lak coz dia duk K10 gak….
amin…
erm, ex dok kolej 10? kem salam ngan dia ok.. mana taw smlm dia dtg gak ke..
erk…da jadi ex pun…gi mana mau kem salam dia..huh
kalo ex takleh ke contact? huhuhu
bukan tak boleh…sebab dia tak penah ada effort nak contact ak
so aku pun menabahkan diri la tak contact dia
aku ingt lg kisah tu bro…smlm pun ulang tahun ex aku tglkan aku..hukhuk
erk, pada tarikh yg sama ke? thanx sbb masih ingat kisah tu
sedihnya kalau sahabat baik telah pergi :’(
sedangkan sahabat pergi sebab pindah sekolah pun dah rasa sedih, inikan pula sahabat yang pergi selama-lamanya..
yep, terlalu sedih… fatin tak pernah kehilangan org yg disayang?
kehilangan sebab mereka pergi selama-lamanya belum pernah lagi..
kehilangan sebab mereka pindah selalulah..
huhuhuhu sedihnya saya baca… semoga rohnya dicucuri rahmat Amin..
amin ya rabbal alamin…
ermm semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman
amin… terima kasih kerana mendoakan beliau…
sorry to hear about the loss.. be strong ya..
ok ken.. thanx coz visit and read my story…
sedih ! huhuhuhu
1st time baca ur blog. kisah sedih. semua ini satu ketentuan.k
tabahlaa.
ye, sedang tabah.. thanx come to this poor blog…
assalamualaikum……semua org prnah rasa kehilangan kan…so b strong ya……biarlah kkegembiraan yg mengisi hidup beliau yg telah prgi di sana…….Al-Fatihah..
wslm.. terima kasih sbb sudi baca.. Al-Fatihah…
sedih baca entri ni… semoga roh arwah dicucuri rahmat… al-fatihah..
Biarpun dah setahun berlalu, takziah diucapkan kepada kamu dan keluarga arwah.Sama-sama kita sedekahkan alFatihah agar arwah berada di samping orang-orang yang beriman
alfatihah to yr fren.sedih bca entry kamu, tetibe teringat jgk kat my friend 4 taun lepas..
dia meninggal kenapa? eksiden? sakit?
@syahirul, sakit
hmm.. takziah atas pemergian kawan ko.. kita yang masih hidup ni, doalah smoga orang yang kita sayang ditempatkan di kalangan orang2 beriman.. al fatihah.
Al-Fatihah.. Mak saudara saya baru sahaja meninggal semalam.
al-fatihah dan takziah kepada keluarga anda..
al fatihah…
untung arwah faiz dapat kawan baik seperti anda.. sebak..
THANK,
Al-fatihah untk arwah !!
THANK ,
uat entri pnjang nieh !!
allah lbh syg kn dyeh !!
sama2 dik.. moga dia tenag kat sana..
fiz tu pun member aku gak time teknik..moga roh beliau dicucuri rahmat…sebak gak aku baca pasal faiz nih..waktu dia dah tertulis,waktu kita sedang menanti..
menanti masa utk pergi… dijemput ilahi… namun amal kita dah cukup ke utk dinilai.. hurm..
THANK !!
AMIN,
sm0ga arwah tnang dsne !!
Sedihnya.. Kusyuk aku baca entri ko yang lepas tu sampai habis. Memang sayu, sedih dan pilu… Apa lagi ditempat ko, rakan baik arwah.. Pengalaman yg belum pernah aku rasa tapi aku tahu bagaimana rasanya..
Semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Amin.
thanx sbb sudi baca catitan lama aku tuh sampai abes.. sbb tu aku suka cari kwn baik saat senang n susah.. mcm ni la hubungan kwn baik.. dah takde masih dikenang.. moga arwah tenang di sana..amin…
erk…da jadi ex pun…gi mana mau kem salam dia..huh
da jd ex takleh kirim salam? call aje.. tak susah..
Salam, thanks bro pasal tulis entri ni. Aku dah baca dari A smpai Z. Memang tersentuh hati aku. Bukan apa, aku pon pernah kena juga sakit teruk lebih kurang macam ni (sakit berkenaan dengan otak jgk) sem lepas. Kira aku pon time tu pikir nak mati je, takde harapan nak hidup. Namun Allah masih sayangkan aku, aku masih lagi dipanjangkan nyawa sehingga sekarang. Walaupun tak betul2 lagi pulih, namun aku tetap bersyukur dengan nikmat Allah. Amin.
Alhamdulillah sbb masih dipanjangkan umur. so kene bersyukur selalu dan tak lupa beribadah tak henti kepadaNya.. sakit meningitis gak ke?
Setahun setelah pemergianmu | syahirul.com…
Semalam 15 April 2010, genap setahun sahabat baik aku yang dikenali sejak bangku sekolah menengah teknik meninggal dunia. Waktu aku buka laman Facebook…
[...] Bila terdengar atau terbaca perkataan ini, aku teringat sahabat lamaku yang telah tiada. Siapa antara korang yang masih belum ada sahabat? Jika masih belum ada, carilah [...]
Salam ,
sem0ga arwah tenang dsne .
al-fatihah untuk arwah .
abg syahirul…semoga tbh n kuatkn semangat dlm pe jua yg berlaku pd diri abg or pd insan yg tersyg,disini adik just nk g tau yg adik suka sgt blog2 abg n pe2 yg abg share at fb…byk perkara yg abg ktghkn dlm setiap video2 yg share tu..adik suka sgt, hrp abg perbykkn lg ya at fb ni. semoga abg sihat slalu cekal dlm pe2 jer dugaan yg dtg pd diri…w’slm.
Tersentuh hati saya ketika menghayati kehilangan itu. Saya juga pernah kehilangan seorang sahabat akrab dan ingatan saya masih panas….sama2 kita doakan agar roh mereka dicucuri rahmat. Wassalam
salam…sentap aku bca artikel nih…sebab…
punyalah aku syukur kalau tarikh 16 april ni tiba sebab itu tarikh aku di lahirkan…perasaan??gembira msih lgi dberi pinjam nafas,tapi tarikh keramat ni kawan ko pergi mengadap ilahi…semuanya ketentuan ilahi..allahuakbar