Siapa kau nak kata aku ahli neraka?

On 19/08/2010, in Uncategorized, by admin

Kita sebagai manusia tak akan lari dari melakukan dosa setiap hari sama ada sengaja atau pun tidak sengaja. Oleh itu kita disarankan untuk memohon ampun kepada Allah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Seperti biasa dalam dunia bermasyarakat, tidak semua orang akan suka dengan apa yang kita buat. Bahkan kalau kita berniat baik untuk menegur seseorang itu apabila kita nampak kesalahannya, mungkin kita akan diherdik, dimaki atau mungkin juga orang itu akan mencari pula kesalahan kita apabila mereka tak dapat menerima teguran kita.

Dalam dunia sekarang banyak terjadi perkara begini. Setiap manusia mempunyai kelemahan, namun tak salah jika dia berniat untuk mengubah diri dan mengubah orang lain dengan cara menegur. Selemah-lemah iman adalah apabila kita melihat sesuatu kemungkaran, kita hendaklah membenci kemungkaran itu dengan hati. Kalau mampu, gunalah tangan, tenaga ataupun apa sahaja bagi mencegah dan menegur kemungkaran yang dilakukan mereka.

Baru-baru ini aku ada poskan sebuah video yang bertajuk “Dosa 24 jam di Facebook” dan video itu telah mendapat banyak respon dari seluruh masyarakat yang melihatnya. Bagi siapa yang masih belum melihatnya, silalah tengok di bawah ya!

Sekali tonton, apa pandangan korang? Video ini telah aku tuliskan di sana bahawa bukan aku yang cipta dan aku hanya mahu menyebarkan sebagai memberi teguran kepada insan-insan yang mungkin akan terbuka hatinya dan berubah setelah melihat video ini. Oleh kerana aku yang upload video ini, maka ada juga sesetengah orang mengatakan aku sengaja memalukan insan-insan di dalam video itu. Ada juga yang terus mencari kesalahan aku dengan mengatakan gambar pada profile Facebook fan page aku itu bercanggah dengan video yang aku poskan.

Tahukah korang bahawa niat aku hanya berkongsi? Aku bukan seorang alim ulama’ dan bukannya seorang yang perfect untuk menulis tentang isu-isu agama, namun aku mempunyai niat yang baik untuk menyebarkan apa yang aku rasa perlu terutamanya perkara yang bekaitan agama. Alhamdulillah sehingga kini tiada lagi yang mengata aku ni golongan ahli neraka. Siapa kau nak kata aku ahli neraka? Jom baca….

Al-kisah, pada suatu hari Umar r.a mendapatkan Rasulullah SAW sambil menangis,

Rasulullah SAW: Wahai Umar, apakah yang membuat engkau sehingga menangis?
Umar: Ya Rasulullah, ada seseorang di muka pintu ini yang telah membakar hatiku.
Rasulullah SAW: Ya Umar, bawalah dia masuk.

Lalu Umar membawa pemuda itu masuk sambil menangis.

Rasulullah SAW: Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menangis?
Pemuda: Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang besar! Aku sangat takut kepada ALLAH SWT yang sangat murka kepadaku.
Rasulullah SAW: Apakah kamu telah mempersekutukan Allah?
Pemuda: Tidak, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW: Apakah kamu telah membunuh jiwa yang kamu tiada hak untuk membunuhnya?
Pemuda: Tidak, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW: Maka Allah SWT akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit.
Pemuda: Wahai Rasul Allah, aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukitnya.
Rasulullah SAW: Apakah dosamu itu lebih besar dari Al-Kursi?
Pemuda: Dosaku lebih besar.
Rasulullah SAW: Apakah dosamu lebih besar dari Arasy?
Pemuda: Dosaku lebih besar.
Rasulullah SAW: Apakah dosa kamu lebih besar dari dimaaf oleh Allah?
Pemuda: MaafNya lebih besar.
Rasulullah SAW: Sesungguhnya tidak ada siapa yang dapat mengampunkan dosa besar kecuali Allah yang Maha Besar, yang besar keampunanNya. Katakanlah wahai pemuda, dosa apakah yang telah engkau lakukan?
Pemuda: Aku malu hendak memberitahumu, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW: Beritahu aku apakah dosamu itu (Sedikit tegas!)
Pemuda: Begini ya Rasulullah, kerjaku adalah sebagai penggali kubur. Aku telah melakukan kerja menggali kubur selama tujuh tahun. Pada suatu hari, aku menggali kubur mayat seorang gadis dari kaum Ansar. Setelah aku menanggalkan kain kafannya, maka aku tinggalkan dia. Tidak jauh aku meninggalkannya, maka naiklah nafsuku. Oleh kerana tidak dapat menahan nafsu, aku kembali kepada mayat tersebut lalu menyetubuhinya. Setelah aku memuaskan nafsu, maka aku tinggalkan dia. Belum jauh aku beredar dari situ, tiba-tiba mayat gadis itu bangun dan berkata, “Celaka betul kamu, wahai pemuda! Tidakkah kamu berasa malu pada Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kelak! Bila tiba masanya setiap orang yang zalim akan dituntut oleh yang teraniaya! Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku kepada Allah SWT dalam keadaan junub”.
Rasulullah SAW: Hai orang yang fasik! Memanglah layak kamu masuk neraka dan keluarlah kamu dari sini!

Maka keluarlah pemuda itu.

Selama 40 hari pemuda itu memohon ampun kepada Allah dan pada malam yang ke-44, dia memandang ke langit sambil berdoa,” Ya Allah, Tuhan kepada Rasulullah, Nabi Adam dan ibu Hawa, jika Eengkau telah mengampunkan aku, maka beritahulah Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Jika tidak, maka kirimkan kepadaku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkan aku dari siksa akhirat.”

Tidak beberapa lama selepas peristiwa itu, turunlah Malaikat Jibrail mendapatkan Rasulullah. Selepas memberi salam:

Jibrail: Wahai Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu.
Rasulullah SAW: Ialah Assalam dan daripadaNya salam dan kepadaNya segala keselamatan.
Jibrail: Allah SWT bertanya, apakah kamu yang menjadikan makhluk?
Rasulullah SAW: Allah lah yang menjadikan segala makhluk.
Jibrail: Adakah kamu yang memberi rezeki kepada makhluk?
Rasulullah SAW: Allah lah yang memberi rezeki kepada aku dan makhluk-makhluk lain.
Jibrail: Apakah kamu memberi taubat kepada mereka?
Rasulullah SAW: Allah yang menerima taubat dariku dan mereka.
Jibrail: Allah berfirman, maafkanlah hambaKu itu kerana Aku telah mengampunkannya.

Maka segera Rasulullah SAW memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya bahawa Allah telah menerima taubatnya dan mengampunkannya.

Notakaki:

- Banyak komen mengenai video tersebut telah dipadam oleh penulis komen tersebut kerana malu dengan apa yang telah mereka tuliskan. Hipokritkah?
- Mencari kesalahan orang lain dan membangkang orang yang menegur menjadi trend zaman sekarang. Benarkah?
- Para alim ulama’ dan ahli sufi sahaja yang layak menegur masyarakat dan membahaskan soal agama? Benarkah?
- Orang alim pada luarannya diagungkan dan kata-kata mereka dibenarkan berbanding dengan orang yang tak alim pada luarannya. Apakah sifat luaran menjamin segalanya?
- Niat orang yang menegur selalu disalah ertikan oleh orang yang ditegur, apakah ia satu tradisi?

Rasulullah SAW bersabda, “Sampaikanlah dariku walau satu ayat”. Mohon maaf andai ada yang terasa dengan artikel ini. Maaf juga dipohon jika kata-kata aku korang tak dapat terima. Aku sedar aku seorang yang khilaf dan sering membuat kesilapan.

 
 

38 Responses to “Siapa kau nak kata aku ahli neraka?”

  1. Dauspozi says:

    Salam bro,
    Alhamdulillah, aku berjaya baca habis artikel ni… Lagi Rasulullah tersilap dengan mengatakan pemuda trsebut layak sbgai ahli neraka, inikan manusia biasa… Macam kes aku dulu kutuk org x pakai tudung, huhu…

  2. Melz says:

    Betul . setiap orang takda hak nak labelkan ‘mereka’ seorang ahli neraka. Itu semua kuasa Tuhan.

  3. [...] This post was mentioned on Twitter by syahirul.com and syahirul.com, Dauspozi. Dauspozi said: Khusyuk sgt baca kisah http://syahirul.com/siapa-kau-nak-kata-aku-ahli-neraka/ , last² dh abis, teringat kes FB aku dulu… hoho [...]

  4. x-po says:

    sebab tu aku tak pernah tulis atau bincang isu agama di blog aku..sbb aku tahu benda ni isu sensitif..sbb bila kita tulis psl agama, mata org pasti akan memandang peribadi kita..contoh la kan, ada sorg blogger, selalu duk tulis psl aurat perempuan (free hair), meluat bila tgk artis2 yg free hair, tup2, tengok2 rupanya awek blogger tu pun free hair..so apa org akan fikir kan..itu pendapat aku je k bro..hehe apa2 pun, sbr k

  5. joegrimjow says:

    act is better than tell

  6. mrnamie says:

    kita tak dapat nak jangka apa yang masyarakat nak kata… tapi asalkan kita buat yang terbaik, aku rasa dah ok. teruskan berdakwah bro. Hehe :)

  7. Ada betulnya apa yang bro katakan didalam video tersebut..Tapi seperti kata pengomen diatas,benda ni sensitif juga..Ada yang boleh terima dia terima,kalau yang tidak tu..paham2 je la..

  8. Syafrizal says:

    aku pun kena maki dekat blog dan facebook… biasa la tu org tak bole terima..

  9. luth textile says:

    biasalah manusia.. orang dah tak reti nak respek sesama sendiri. adehh

  10. zaharah says:

    Salam…
    sayay tak tekan delete semua album pic di fb….tp saya setting privacy kpd only me…sama ke???

  11. ahmad says:

    itu baru sikit je org kata..

    nabi dulu pun org musyrikin kata celaka..

    “taballaka ya muhammad, alihaza jamaqtana”

    sabarlah..Allah tahu apa yang kita niat dan buat..

    keep on advice org selagi mampu..

  12. blowie says:

    entah la, dunia sekarang. nak tegur nanti takut terasa/tak kena cara, tapi tak tegur pun salah.

    Habis macam mana kan, nak tak nak kena tegur jugak :)

  13. arrizz says:

    at least kita dah buat part kita (sampaikan walau satu ayat)..the rest depends on them sama ada nak terima teguran dengan cara yang baik atau sebaliknya..

    memang kita bukan ulama untuk menegur tapi menegur itu menjadi tanggungjawab terhadap saudara seagama kita..

  14. kuntilanak says:

    syabas n trima kasih bro wat video tu… @ least ada jugak impak terhadap orang. kepada yang tau tapi saja wat2 xmau amik tau, yg xtau n saja xmau amik tau… sedar2 diri la cepat… konon nk tego kne ada dakwah berhikmah la apa la… persetankan… dalam dunia skang ni… kena bg direct trus je… bukn alim ulamak je yg bleh menegor… kita sbg umat islam wajib melakukan amar makruf nahi munkar… aku dah psot macam2 dah benda2 jenis ni lam fesbuk aku… ade yang mula sedar,n nk berubah… ada yg wat2 tutup mata… terpulanglah… kita dah usaha yg terdaya utk menegur.

  15. Anarm says:

    ramai yg suke fikir ke arah yg negatif je kot.. tu pasal jadi camtu.. :aie:

  16. desi says:

    sepatutnya kaum wanita terima teguran ni dengan hati terbuka…
    kira baik la kaum adam ingt kan kita…jgn la salah kan sesape….ni kan cuma ingin memberi tahu ape yang salah, ape yg ptut di buat…dia tak tunjuk sape…orng mna….
    kita kne trima…
    jika seseorang muslim tu menerima teguran dgn hati terbuka, bermakna dia insan yang ingin berubah kepada yang lebih baik..bukan nya bila di tegur nak melenting tak tentu pasal patu nk mara2…
    aku pun manusia…mesti ade buat kesilapan…yang penting kita perlu meminta ke ampuanan setiap hari atau tiap saat kepadaNya…Allah maha pengampun..

    • wawa says:

      semua org mlaaku kn kesalahan..hrus lah meminta kaampuanan kpd ALLAH..
      kpd sesapa yg x suka ngan artikal nie…
      cuba lah fhami ape yg ingin d sampai kn..jgn lah suka membangkang tnpa usul periksa dhulu.. 8)

  17. NUR ISLAM says:

    tq ..sy sedar kini yg kte leka n lalai dlm menunaikn suruhahNya..Ilmu tanpa Amal ..x bermakna..

  18. hanif says:

    memang betul pun,skkurang2nya dah ditegur dn dberi pringatan,trpulang orang nak ckap ape..yg pnting tggujawab bro dah lepas……

  19. Sy sndre seorg perempuan, & berasa berterima kasih kpd org yg mnyebarkan dakwah ini.. Manusia biasala, bila ditegur sesuatu yg benar, melenting sbb kejahilan dre sndre.. Ini dikatakan dunia akhir zaman.. Yg penting, org yg menyebarkan sudah melakukan apa yg wajib, dituntut dlm Islam.. Video tu pon tegur secara berhemah, bukan guna ayat kasar.. Org yg sentiasa dahagakan ilmu akan menerima dgn lapang dada bersyukur ada org yg masih syg akan dre ini walaupun tak kenal sanggup menyelamatkan dre kita dr azab yg dijanjikan Allah kelak.. syukran

  20. cahaya says:

    biasalah..manusia..kadang kala tak boleh nk tengok orang yg berbuat kebaikan..dan kadang kala bila kita buat salah sikit..kita di hina seolah2 olah kita ni memang jahat sejahat2nye..saya pernh kena ‘ hina’ dengan seseorang yg pernh menjadi kawan..di sebabkan mungkin dia rasa dia dah bagus n menepati ciri2 yg di amalkan dalam islam..sehinga sanggup gelar org sebagai ‘ setan’ di FB..walhal dia dulu buat benda tu terlebih dulu..entahlah..tak paham dengan manusia sekarang…anyway..nice video..dah tgk kat fb ari tu..dh tgk vid tu baru sedar n perasan..thanks for the sharing..

  21. Amir says:

    aku suka video yg ko upload tu. ramai kawan2 aku share. aku rasa ok je kot… biasalah, sape makan cili dia terasa pedasnya kan…

  22. @MeR says:

    org zman skrang mmg dh xfikirkn akhirat..hnya dunia yg pnting.
    org ckap mcmne pn tntang tu,ditegur sumenye wt xendah mcm akhirat tu xwujud.. mgkin dieorg xtkot seksa neraka kot,… huuh BERTAUBAT la wahai insan bernama manusia :bloody: ….

  23. zikri says:

    yang video ni dah tengok…ko da baca yang luahan hati seorang lelaki pasal perempuan…memang sesuai untuk bacaan wanita hari ini..hehehe

    apa apa pun susah nak cari wanita yang benar2 menjaga adab dan akhlak mereka…huhuuh…

    nasib baik kawan2 aku laki semua…. so nak post gambar senang…. tak perlu tanya tuan badan… kalau perempuan ragu ragu gak…

  24. Zulkifli Wahab says:

    aslmkum…first of all
    nak ucap tahniah sbb video anda mmg antara terbaik pernah sy jumpe…
    semoga ALLAH merahmati sy dan kite semua..
    biarkan kata2 kurg enak dilemparkan kpd anda…kerna bg sy
    anda sdg diuji…selangkah anda utk mencari kebenaran….ujian yg dtg tidak akan dpt diduga….hanye org yg bersabar…mengambil pengajaran dr setiap ujian yg diberikan….InsyaALLAH akan berjaya…
    teruskan pencarian ilmu…bertanye hanye pd PAKARNYE…kalau tak..tersilap buat perkiraan dan anggapan…
    hope,anda dpt meneruskan usaha membuat video yg mempunyai unsur dakwah yg santai agar org Islam senang memahami syariat ALLAH SWT

  25. ana says:

    salam.
    entri n video yg membuka mata,telinga n hati.insyaALLAH.teruskanlah mengingati antara kita yg leka n alpa.termasuklah ana.
    bagaimana pulak yg ckp “masih belum smpai seru lagi?”
    kupaslah isu ni.syukran.

  26. naga keramat says:

    video 2 byk memberi manfaat bg mrk yg memahaminy….ramai kwn2 yg aku kenal mula hide gmbr2 mrk….ramai gak yg mengakui kebenaran yg hendak disampaikan melalui video tersebut….thank’s kpd siapa yg mengirimkan video tersebut..thank’s to bro sahirul sb upload and share video with everbody…

  27. Danny says:

    yup,,,, danny setuju,, xde org dlm dunia ni ley kata kite msk neraka, yg kata tu pun lom ad jaminan msk syurga,,, zaman skrg yg dok selalu g masjid pun ley wat salah ap lg kite,,, so lu pikir la sendiri,,, danny pun x taw nt cmne so sume kn da tertulis dlm buku kite ble kite lahir so terima je la,,,, takdirnye begitu kn,,,,,,,,,,,,,,,,

  28. aaiinn says:

    i like dis video..bia org nk kte pe pn,asl kte dh smpaikn pe yg ptut..slbehnye antara they all ngn tuhan la..
    pd gurl2 kt lua 2 jgn cpat mlenting..kaum adam ni bg pringatan cz dorg xlrat dh nk tggung dose tgk aurat korg..bknnye susa sgt nk tutup aurat lelok..Islam 2 kn mudah..
    npe?korg nk ckp Islam 2 kolot?xbg kbebasan pd korg?sbnrnye pale otak korg yg kolot..Islam nk menjga,bkn mengongkong..jgn bg pape alasan cz 2 xkn mmbn2 korg pn kt akhirat nti..
    so,jalan penyelesaian?btaubat la selagi anda msih bnfas..

  29. anuar ariffin says:

    tegur menegur adalah amalan yang mulia…
    teruskan berdakwah… jadikan respon yang negetif sebagai dugaan dari Allah… Rasullullah s.a.w. pernah berdakwah pernah di lemparkan najis di muka beliau tetapi beliau sabar agar orang yang melempar najis kemuka beliau mendapat hidayah dari Allah… saudara hanya mendapat cacian saja… bersabarlah… teruskan perjuangan… tegakkan ISLAM…

  30. iz says:

    terbaik

  31. dila says:

    memang sukee gilee ngan video tuhh .
    kalau bolee buatlahh cite pasal nabi2 .
    sume tuhh kegemara saye . ^.^
    harap syahirul dapat feedback . . :)

  32. mama b says:

    manusia tidak dimasukkan ke syurga kerana banyak atau sedikit amalan dan ibadahnya tapi kerana RahmatNya….

  33. ajib says:

    salam,,,aq tersentuh bce kisah2 kat dlm ni…lagi2 psal hari kiamat..
    wt mse skrg aq rase nk taubat jew,,tp aq xyakin,,,bleh ke aq ni taubat.?
    snggup ke aq tnggalkn sume ni?aq tkot taubat aq x ikhlas,,Allah trime ke taubat cm aq ni.?bg la aq ptunjuk y benar,,,

  34. kenapa video itu tak boleh tengok ya ?? :oups:

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
Premium WordPress Themes
Page 1 of 11
WordPress Themes