Hari bersejarah bersama Nuffnang

On 19/05/2010, in Uncategorized, by admin

 

Baru dua hari tak update aku rasa macam dah lama sangat saja. Maklumlah sebab aku sibuk dalam dua hari ni sebab terlibat dengan Jobstreet Career Fair dan melawat sambil melepak di kolej lama aku bersama kawan-kawan. Kelmarin badan dah letih sangat sebab dua hari tak cukup tidur, jadi tak online pun. Tambahan lagi semalam blog aku baru saja dibaikpulih kerana mengalami gangguan dalam server. Siapa ye berhati busuk ganggu webserver aku?

Beberapa hari lepas, syarikat pengiklanan Nuffnang telah mengeluarkan entri dalam blognya tentang pengeluaran sijil untuk para blogger yang telah menghadiri event Gatsby yang berlangsung pada bulan lepas. Bagi siapa yang belum melihat entri aku mengenai event tersebut, korang boleh usha entri itu di sini dan di sini. Semalam aku dengan selambanya menerjah pejabat Nuffnang untuk mendapatkan sijil berkenaan.

Pejabat Nuffnang yang berlokasi di Jalan Yap Ah Shak sukar untuk aku temui, ditambah pula aku lupa nak google lokasi berkenaan sebelum menuju ke sana. Sampai saja di KL aku telefon para blogger yang ada dalam list telefon antaranya Cik Ieyra, Encik Azman dan Cik Rara untuk bertanyakan lokasi tersebut dan alhamdulillah Cik Ieyra dan Rara yang sedang online telah memberikan lokasi dengan tepat melalui Google Maps. Terima kasih kawan.

 

Di atas ni adalah bangunan di mana pejabat utama Nuffnang beroperasi. Para blogger yang masih belum mengambil sijil tersebut, korang bolehlah menuju ke sini dan berikut adalah butirannya.

Syarikat: Nuffnang Sdn. Bhd. (762669-K)

Alamat: 12B-5 & 12B-6, Heritage House, 33 Jalan Yap Ah Shak, 50300 Kuala Lumpur, Malaysia.

Telefon: 03-26948828

Peta Lokasi: sila klik

Lepas tekan loceng di pintu, ada seorang staff Nuffnang menjemput aku masuk dan bertanyakan tujuan aku ke sana. Aku dengan selamba cakap, “Erm.. Saya datang nak ambil sijil”. Dia faham sangat apa yang aku nak dan terus mengambilnya lalu berikan kepada aku. Aku lihat sijil tu kosong kat bahagian nama, lalu aku tanyalah, “Erm, kenapa tak print nama sekali?” Dia jawablah, “Encik, ada 500 lebih sijil kat sini…” Belum sempat dia habis jawab aku potong kata-katanya, “Oh! okey faham!”. Amoi tu senyum saja.

Aku tanya lagi, “Erm, macam ni sajakah nak ambil sijil? Tak semak apa-apa ke? Mana tahukan orang yang datang tu bukan blogger ke dan dia main ambil je?” Dia tanya aku balik, “Encik ni bukan blogger ke?” Ke situ pula dia, lain aku tanya lain dia jawab. Kemudian dia sambung, “Orang yang tengok blog Nuffnang saja yang tahu tentang sijil ni, jadi tak mungkin orang lain akan ambil juga.” Aku ‘ye’ kan saja kata-katanya sambil berlalu pergi.

Oh ya, waktu nak ambil sijil tu nanti, korang kena isi satu kertas yang diberi dengan url blog korang, nama korang dan tandatangan. Dalam kertas yang aku tengok tu, hanya terdapat dalam 10 orang blogger saja yang dah ambil sijil tu buat masa ni. Mana blogger yang lain? Tak jumpa lokasi ke atau tak ada masa nak ambil? Jangan tunggu lama-lama ye kawan-kawan blogger sekalian. :P Di bawah ni adalah sijil berkenaan.

Semalam ada dua pilihan untuk aku menuju ke KL untuk mengambil sijil berkenaan iaitu dengan menunggang motosikal atau pun menaiki kereta, tapi aku memilih untuk menunggang motosikal kerana boleh menjimatkan minyak, boleh mengelakkan kesesakan jalan raya dan memanaskan motosikal yang dah seminggu lebih tersadai di rumah. Mana tak sampai seminggu lebih, kali terakhir aku bawa motor tu sewaktu lepak dengan Khai, lepas tu direct bawa kereta saja pergi jalan-jalan. Namun akhirnya aku balik rumah dengan basah kuyup kerana hujan lebat dari area Bangsar hingga ke Subang Jaya. Nasib baik sijil tak basah.

Terima kasih Nuffnang. Terima kasih Gatsby. Terima kasih Malaysia Book of Records.

 

 
 

47 Responses to “Hari bersejarah bersama Nuffnang”

  1. Anarm says:

    ni la dipanggil blogger tegar.. giler ahh.. syabas..
    .-= Entri terakhir Anarm: Selamat Hari Guru 2010 kepada semua Cikgu =-.

  2. myebuzz.net says:

    Hari bersejarah bersama Nuffnang | syahirul.com…

    Baru dua hari tak update aku rasa macam dah lama sangat saja. Maklumlah sebab aku sibuk dalam dua hari ni sebab terlibat dengan Jobstreet Career Fair dan…

  3. mj says:

    wah2. kamu one of 500 yang dapat award eh? congratz. ^^
    .-= Entri terakhir mj: [video tangkap basah. kantoi!] =-.

  4. eyra says:

    berbelit2 expain kat syah td hahahahaha

    • syahirul says:

      @eyra, thanx dear sbb tolong i dlm kesusahan mencari + nak hujan plak time tu… so kene cepat bertindak… balik2 basah kuyup jugak.. hahhahaa

      • eyra says:

        @syahirul, hahaha u kol i yg last tuh, u atas motor ke? dgr cam bising haha. i plak penat ngadap google. nak berak pon hati tak senang hahaha

        • syahirul says:

          @eyra, yep atas moto, tepi simpang empat depan uniKL tu.. haha.. byk org balik keje mesti la bising.. erk? busuk..

  5. yonna says:

    erhhhhhhhhhhhh! ada sijil tuuuuu!! mahal dowh sijil tuuuu T___________T

  6. Rara says:

    tahniahhh sebab sampai jugakkkk :) and and sijil tu frame kan tau. berharga tuuuu! hehe
    .-= Entri terakhir Rara: Sinetron Cahaya, dua cewek satu cowok =-.

    • syahirul says:

      @Rara, haha thanx jugak sbb tolong i google maps… erk, nak frame? haha, tgk la kalo ada masa.. ingat nak simpan biasa2 aje dlm sijil :P

  7. Piratz says:

    aku tiap2 ari kuyup… lalu federal petang2 kompom ujan… :( .-= Entri terakhir Piratz: [Contest] Menangi Kaspersky Internet Security 2010 Key Untuk 1 Tahun =-.

    • syahirul says:

      @Piratz, haha, ko ada baju hujan lain citer beb.. aku sejak beli 125z tu mana pernah ada baju hujan even jaket… pakai tshirt cukup.. kalo lencun apakan daya :P

  8. Melz says:

    Aku kat jb sudah . aku mintak eyriqazz amekkan . haha ;]
    .-= Entri terakhir Melz: Banyak Benda Nak Buat Setibanya Di Johor Bahru ! =-.

  9. ariff says:

    hoho.. giler best!
    bilalah aku nak dapat sijil camni
    .-= Entri terakhir ariff: SEO Tutorial: Komponen Yang Mempengaruhi Google Ranking =-.

    • syahirul says:

      @ariff, nanti gath GB, cari sponsor yg tiptop dan panggil malaysia book of records utk bg anuerah.. nanti leh dpt sijil.. hahaha

  10. syak says:

    besnye…huaa
    .-= Entri terakhir syak: SeLamaT hAri GurU~ =-.

  11. Mr.Bintang says:

    kalau aku wat selambe je pegi ambik even x g acara diorg tu camne erk? hahaha.. :P

    • syahirul says:

      @Mr.Bintang, entah, dari gaya aku pegi amek sijil tu, dia tak tanya ape2 pon, just pegi n ambil.. wakaka..

  12. syinrayafa says:

    teringat aku dgn sijil larian apa ntah…larian seluruh malaysia tu…larian 2006 ke? hahaha….sijil bagi2 mcm tu…tapi xde tulis nama2…sorang berpuluh2 ambil.
    .-= Entri terakhir syinrayafa: Saya tiada idea untuk update blog, jadi saya buat entri ini. =-.

    • syahirul says:

      @syinrayafa, owh yeke? aku pernah masuk larian ni gak.. sijil SJ10K aku dpt.. maksudnya larian subang jaya 10KM… tahun bape tah lupa..

  13. edda says:

    wahh.. sijil tuh.. bukan sonang
    .-= Entri terakhir edda: berguru dengan blogger tegar! =-.

  14. alkisah says:

    mengapalah gua tidak berminat akan benda2 begini..rugi.com betul kan? tahniah utk en syahrul, bukan calang2 org yg dpt peluang begini..
    .-= Entri terakhir alkisah: Alkisah Papan Tanda =-.

    • syahirul says:

      @alkisah, syahirul please.. haha… bukan calang2? smua leh dpt kalo join event waktu tu.. takde rugi ape pon…

  15. sijil mahal tu..bleh masuk resume dah hehe tahniah!
    .-= Entri terakhir Fitrihadi.com: Nasihat Untuk Lelaki Dan Hakikat Perempuan [Versi Fitrihadi] Part 1 =-.

    • syahirul says:

      @Fitrihadi.com, resume? sape nak pandang beb? lain la kalo nak keje ngan nuffnang leh la tunjuk sijil ni :P

  16. Kreuger says:

    saje nak kasik aku panas la ni.. hahaha… tak pe la. orang dah bekeluarga ni tak bleh sangat nak ikut gathering-gathering macam ni. keluarga jadi keutamaan. kalau bujang.. aku rasa… aku pon join. sekarang ni dah ade komitment…

    P/S: lepas ni ade baby.. yeahoooo.. alhamdulillah syukur
    .-= Entri terakhir Kreuger: Boss tak ada, mari kita enjoy! =-.

    • syahirul says:

      @Kreuger, huhu.. ko sejak kawen tak pernah nak ajak aku lepak kenalkan wife ko eh.. nanti ada gath bulan 7 ni dtg la sama bini.. erm baby dah bape bulan?

  17. eyriqazz says:

    hik3..tak sempat nak ambil lagi….teruja juga dpt sijil ni..

    P/s : Jika ada kelapangan dan keluangan masa, minta tolong vote untuk
    saya…mudah saya…register ruumz, log in dan tekan like..Ini link nya:

    http://projectalphagroup.ruumz.com/Videos/View.aspx?id=86944
    .-= Entri terakhir eyriqazz: Gelora di Hati Sara 2 | Episod 1 =-.

  18. Azizuan says:

    sijil world recorf tuh..gila kentang
    .-= Entri terakhir Azizuan: Suratkhabar : Iklan Lebih Dari Berita =-.

  19. wazy says:

    best tu dapat sijil,hehe
    .-= Entri terakhir wazy: Helmet Bergaya Untuk Penunggang Motor =-.

  20. nur says:

    caya lah…sellut….hikhik2..ini lah anak malaysia….cewah,…!

  21. Fazreen says:

    dapat sijil siot..yang g teman ko tak dapat sijik ke? haha

  22. Amirez says:

    best tu dpt sijil. nampak mcm mahal eheh.
    tapi nape tak print je nama kat atas sijil tu?
    lagi kemas.

    tang pihak nuffnang bg alasan ada 500 keping sijil nak kena isi tu…aku rasa dia tak tau cara buat mail merge. jenuh la nak tulis satu2 huhu
    .-= Entri terakhir Amirez: 50% Discount for Theme Junkie WP Theme =-.

    • syahirul says:

      hoho takde masa nak print le bro.. erm betul gak aku rasa ape ko kata tu.. next time depa kene wat gitu la..

  23. JomBuzz.com says:

    Hari bersejarah bersama Nuffnang | syahirul.com…

    Beberapa hari lepas, syarikat pengiklanan Nuffnang telah mengeluarkan entri dalam blognya tentang pengeluaran sijil untuk para blogger yang telah menghadiri event Gatsby yang berlangsung pada bulan lepas. Bagi siapa yang belum melihat entri aku mengena…

  24. Amir says:

    apsal x taip nama kat atas sijil tu? best sikit…

    kalau cmtu sape2 yg bkn blogger pegi mintak sijil pun boleh la.. wow best. haha.
    .-= Entri terakhir Amir: Kalau Saya Sendiri Adalah Cikgu Zara… =-.

  25. edy says:

    siap dapat sijil tu hehe

  26. zuan says:

    waaaaaaaaah kte pn nk g ambek ni, tiket transformers :D

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
WordPress Themes
Page 1 of 11
WordPress主题