Status rezeki mengambil gambar tidak tutup aurat


Sejak kebelakangan ni, kita selalu dengar tentang kamera yang serba canggih sama ada di tv, surat khabar, radio, Facebook, blog dan macam-macam lagi media yang ada. Ya, itulah kamera DSLR yang semakin menjadi sebutan dan kegunaan orang ramai. Memandangkan ia adalah satu alat yang canggih, jadi harganya sudah pasti canggih juga. Tak main la harga bawah RM 1000. Beribu-ribu juga modal nak dikeluarkan jika ingin memiliki alat sebegitu. Itu belum dicampur lagi dengan alatan tambahan untuk hasil fotografi yang baik.

Oleh kerana modal yang besar, maka timbullah keinginan untuk membuat bisnes menggunakan pelaburan ini. Beli kamera beribu-ribu, jadi dengan menjadi jurugambar adalah membuka peluang untuk mendapat pulangan yang lumayan. Ambil tempahan untuk tangkap gambar majlis, gambar iklan, gambar pengantin, gambar couple, gambar model, gambar pemandangan dan macam-macam gambar lagi adalah menjadi kebiasaan jurugambar ini.

Disebabkan hal ini, maka timbullah satu persoalan iaitu mencari rezeki dengan mengambil gambar orang yang membuka aurat dan kita fokuskan kepada pengantin sebab biasa orang kahwin ni memang cari jurugambar untuk ambil gambar mereka. Apakah hukumnya? Saya terjumpa satu sesi soal jawab dan kini saya kongsikan bersama anda:

Assalamualaikum..
Saya membuat perkerjaan menjadi jurugambar perkahwinan separuh masa. Dalam proses itu ada terdapat pengantin perempuan yang tidak memakai tudung serta mendedahkan aurat semasa proses bersolek oleh mak andam. Pengantin berkehendakkan saya mengambil gambar gambarnya disolek oleh mak andam. Kemudian selepas pengantin siap bersolek, dia akan memakai tudung penuh dan menutup aurat untuk upacara akad nikahnya dan perkahwinannya.

1) Adakah dibolehkan saya mengambil gambar pengantin perempuan yang sedang disolekkan yang tidak menutup rambut kerana ia diminta oleh pengantin perempuan?

Jawapan: Mengikut Dr. Yusof Al-Qaradhawi, walaupun fotografi harus hukumnya, tapi hukumnya bergantung kepada objek fotografi atau objek yang di ambil oleh jurugambar itu. Jika gambar yang diambil adalah gambar bogel, maka ketika itu hukum fotografi adalah haram. Begitu juga gambar perempuan yang membuka auratnya. Hukum yang kedua, hukum melihat aurat perempuan tanpa keperluan yang darurat (seperti perubatan bagi seorang doktor), maka hukumnya adalah haram. Maka hukum anda mengambil gambar-gambar perempuan yang mendedahkan aurat adalah haram hukumnya. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

2) Apakah rezeki yang saya terima dari mengambil gambar pengantin sedang disolekkan ini halal?

Jawapan: Tidak halal. Ini kerana mengikut kaedah fiqh, “Al hukum bil wasilah hukmu bil maqosyid” (hukum bagi wasilah adalah hukum dari maksud), ia datang dari kaedah fiqih, “Ma haruma isti’maaluh, haruma ittikhaazuh” (yang haram penggunaannya, haram pula memperolehinya) (Muhamamd al-Zarqa’, syarah qawaid/389).

3) Bagaimana pula dengan hasil rezeki gambar-gambar pengantin perempuan yang menutup aurat penuh? Adakah rezeki yang diterima itu halal?

Jawapan:  Halal. Ia kembali kepada hukum asal fotografi adalah harus dan harus pula rezeki dari foto-foto yang halal.

4) Bolehkan saya menolak jumlah wang gambar pengantin perempuan yang tidak menutup aurat ini daripada keseluruhan wang hasil gambar perkahwinannya? Maknanya saya hanya memakan hasil gambar yang diambil pengantin wanita yang menutup aurat sahaja (memberikan hasil ini sebagai rezeki keluarga) dan hasil gambar yang tidak menutup aurat saya tidak memakannya (iaitu menggunakan hasil itu dengan membeli kamera/filem baru). Contohnya harga pakej gambar ialah RM100. Katakan ada 40 (40%) keping gambar pengantin wanita tidak menutup aurat rambut dan 60 (60%) keping lagi menutup aurat penuh. Jadi saya memberikan rezeki RM60 itu kepada keluarga saya dan RM40 itu saya tidak memakannya (dan menggunakan RM40 utk membeli filem/lensa).

Jawapan: Amalan spt ini sebenarnya tidak pernah dilakukan oleh orang Islam sebelum ini khususnya di zaman salafus-soleh. Mereka berpegang teguh dgn hadis Asy-Syarif, hadis no.6 dalam Matn arba’een anNawawiyah (Matan hadis 40 Imam Nawawi) dari Nu’man bin Bashir yang dikeluarkan oleh Dua Sahih Bukhari-Muslim, “Sesungguhnya yang Halal itu jelas, yang haram itu jelas dan di antara keduanya banyak perkara syubahah (samar-samar) yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.” Maksudnya jika kita melakukan begitu, cuba membuat perakaunan (accounting) ini dari sumber halal dan ini dari sumber haram, ini kerana kita takut accounting itu tidak tepat dan masih ada yang syubahah. Lagipun dalam tubuh orang Islam itu tidak berhimpun sifat halal dan haram serta syubahah. Dia hanya mengutamakan halal bayyin dalam semua urusan hidupnya. Dalilnya: “Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya.” (Quran 33:04). Maksud ayat ini, orang Islam dia hanya ada satu buah hati, ada satu pilihan, hanya memilih yang halal sahaja dan menjauhi syubahah apatah lagi yang haram dalam urusan hidupnya.

Islam tu mudah tapi jangan ambil mudah tentang Islam. Mencari yang halal itu wajib bagi umat Islam.

98 comments

  1. terima kasih. sangat jelas dan bermakna 🙂

  2. owhh~ maknanya haram lah kerja landax ni T_T

    • kena tukar kerjaya la nmpknye tu bro..huhu

      • ini je keje yang ada bro T_T

        bakat yang tuhan beri menjurus kearah photography T_T

      • xyah la tukar.. perbaiki kan la perkhidmatan anda itu shje.. xpun amik la partner pmpuan.. aja dea, dea leh amik kan untuk pengantin pmpuan time make up.. kn2.?

      • x buleh jgk kalo partner prempuan.. sbb dia akan publish jgk gmbar yg x tutup aurat tu.. tu da syubhah..
        hmm..
        sy ni pn photographer, blajau fotografi dr U lg. penah tepikir jgk benda ni.. tp redah je sbb job dtg org panggil.. camana eh~

      • klu pompuan amik pengantin pompuan yg x tutup aurat pown rasenye same je kaedah nyer… xpe bro, just perbaiki je perkhidmatan, ambil upah tangkap gambar pengantin yang tutup aurat penuh jer.. pahala pown dapat… kat akhirat nanti senang cerita..

      • Salam,bro.

        fotografi kan byk cabangnye..tak semestinya kna amek gmbr org kawen tak pki tudung…

        setiap kerjaya ade halal dan haramnye..kite kna lah pilih2 utk akaun akhirat kite.

        contohnye,kalau bakat menyanyi,nyanyi kenalah lagu yg ade faedah..w/pun,nnt income tak sehebat artis len,tp akaun akhirat mantap!

        renung2kan dan selamat beramal! 🙂

      • jika anda memberikan khidmad yg baik, dan kerja yg berkualiti, menolak permintaan mengambil gambar yg tidak menutup aurat takkan menjadi masalah. Anda ada pegangan, pegang teguh kepadanya. Rezeki dari Allah. Taat kepadaNya, dan kepadaNya lah kita meminta. Banyakkan bersabar dan pegang teguh pada tuntutanNya.. Semoga berjaya, dunia dan akhirat.

      • kalau saya terpaksa memilih customer,itu seperti saya menolak rezeki..memang tak cukup lah nak sara hidup ni~ =( takkan nak ambik gambar pemandangan semulajadi buat income ? memang makan pasir..anyway.saya tetap hormat dengan kenyataan dan hukuk ni =)

      • InsyALLAH jika kita betul2 hamba ALLAH yang beriman, kita sentiasa yakin bahawa rezeki kita memang sentiasa ada ALLAH sediakan. Setiap daging yang tumbuh dalam tubuh kita dari sumber yang haram akan menjadi bahan bakar api neraka kelak. Mencari kemewahan dunia hendaklah berlandaskan syriat ISLAM ye. Kalau tidak apalah bezanya kita dengan orang kafir. 😉

      • ALLAH maha tahu, dia yg memberi rezki bukan manusia, twakkal pada jalan ALLAH kan lebih baik kerana dia yg menghitung amalan kita, bukan yg memberikan gaji, mereka yg memberikan wang adalah penyebab rezki dari ALLAH, kerana rezki adalah pemberian dari ALLAH…

    • bknnya hrm jd tukang jurugmbr..tp brgntung pada keadaan..kalau kita tangkap gmbr yg xmnutup aurat memang akn jd haram..tp kalau kita tgkap gmbr yg brlandaskan syarak,xla hram…

  3. betul tu..
    niat tidak menghalalkan cara!!

    maseh juga kerna share info ni..

    http://www.tokesah.com/2011/04/wahai-perempuan-hati-hati-dengan-gambar-mu/

  4. thanks for sharing,.. lenkali amek la photographer wanita.. (macam i ni) … 🙂

    • salam,
      buat makluman, photographer perempuan bukan bermaksud anda boleh mengambil foto mendedahkan aurat.di dalam jawapan di atas tidak mengatakan photographer perempuan boleh mengambil gambar tidak menutup aurat. samada anda photographer perempuan atau lelaki, hukummnya adalah sama, haram mengambil gambar yg tidak menutup aurat untuk dipamerkan. byk permasalahan tentang fotografi perkahwinan ini, dari awal lagi dengan solekan, persentuhan pak andam dengan pengantin, majlis persandingan yang tidak mengikut cara islam, percampuran bebas lelaki n perempuan, acara majlis yg tidak mengikut batas-batas islam spt karaoke, berposing-posing keterlaluan dan sebagainya. jadi, sebagai seorang mukmin, anda seharusnya tidak menjadikan wedding photographer sbg sumber rezeki. wassalam

      • saya rasa komen awk ni kena letak kat ats,ramai yg salah phm saye tgk..contohnye sis Azah ngn sis jue kat ats nih…

        hukum buka aurat utk tatapan bukan muhrim haram jadi sape2 yg membantu “mencapaikan” matlamat mendedahkan aurat ni, haram lah..
        tukang amek gmbr,tkg print gambar,tukang upload gambar kat facebook dll…

      • salam….tp xleh gak lu ckp cmtu bro,stiap job tu ada yg halal n haramnya….klo dah Allah kurniakn bakat pd dia sbagai photographer,xkan nak suruh dia wat job pomen kot…klo dia sbagai pompuan,amik gmbr pngantin pompuan tgh makeup apa yg slhnya….yg mnjadi ksalahan pd pngantin pompuan tu sndr skiranya dia mndedahkn gmbr tu pd laki2 yg bkn mahramnya…tp klo dia skadar nak smpan photo dia sbagai knangan,n x tnjukkn gmbr tu pd laki2 bkn mhramnya xde masalah..ini pd pndapat aku la,klo slh tlg btlkn..sbbnya klo job kita guru skalipun,klo kt jual jawapan peperiksaan(SOALAN BOCO)tetap gak haram hukumnya rezeki tu…sdgkn job guru tu adalah mulia disisi agama pd mulanya…. so fikir2kn lah,bkn smua job tu haram n halal..yg mnjadikn ianya haram tu,adalah dr prlakuan kita sndr…ISLAM NI MUDAH,jgn dipayahkn hanya dgn perkara yg remeh2…. 😉

      • Saya setuju. sebenarnye saya baru sahaja nk mulakan dlm bidang photography nie. kononnye cume nk tangkap gambar muslimah sahaja. tapi tadi berbual dgn my friend. dia beritahu me. Haram. Sebab bile kite yg photographer nye. walaupun muslimah tu tutup auratnye. tapi bile da makeover. tentu skali dia akan post pic dia online untuk tunjukn pada rakan2. tanpa sedara kdg dia boleh jadi riya kerana kawan2 pasti akan puji memuji. Sedangkan seorg muslimah tk harus post pic dia untuk dilihat oleh org2. saya rasa 1 , 2 pics tu oklah. Jadi saya batalkan niat saya tu. ade jugak mintak dari Allah tentang photoshoot yg saya da impikn, seminggu saya asik ubah je fikiran nk ke tknk , nk ke tknk. kalau tk hari sabtu nie saya da nk beli da barang2 photoshoot,akhirnye bile dpt tau. Alhamdulillah. =)) mungkin rezeki saya ditempat lain.

  5. Time kasih jgk di atas perkongsian t’sebut. Sy juga sdg b’jinak2 dlm bidang fotografi, tp mujurlah minat sy lebih cenderung kpd art photography yg nmpak unik N ntah nape sy xminat sgt snap org aka model.Huhu..

  6. Perkongsian yg menarik dan bermakna.. Skrg sudah jelas hukum sebenarnya dan selepas ini bolehlah kita sama2 menjauhi diri drpd perkara2 yg menjadikan fotografi tu haram…

  7. hmm, perlu cari alternatif, most gambar wedding atau event ada yang tak menutup aurat dengan betul.

  8. amik gamba permandangan lg bgus..merenung kebesaran Allah..kn3? 🙂 😀

    • yg ini yg paling baik…..i sokong……..skurang2nya tenang gak kpala hotak bila tgk pmandangan ni…tmbh2 lg,dpt jgk kt mrenung n brfikir akn kbesaran ALLAH ta’ala mnciptakn alam ini

    • Gamba permandangan memang bagus, Cerita hobi boleh la, boleh cari makan ke dengan hanya mengambil gambar permandangan je? Islam memang mudah, mudah melafazkan. bila bab perbuatan mudah ke? cuba tanya pada diri sendiri, cukup kah solat 5 waktu kita setiap hari kita buat?

      • Inilah dia org yang pendek akalnya. Biasalah kalau jumpa orang macam ni. Nak cover bab ini, dia kaitkan dgn bab lain. Jgn risau sgt pasal rezeki bro? Takut miskin ker? Apalah sgt hidup mewah kalau rezeki haram 🙂

      • sembang boleh la…

  9. Dah jelas hukum . Terima kasih , info ni bermakna betul 🙂

  10. hmm cmnie terpkse cancel la nk beli dslr..beli benda laen la..buat derma ke cket 🙂

  11. salam.

    thanks for sharing.boleh tahu, sesi soal jawab ni ambil dari mana?

  12. Timaseh atas penjelasan. Saya juga pernah mendengar seorang ustaz berkata adalah haram hukumnya mengambil gambar tempat pemujaan atau tempat sembahyang agama lain spt tokong, kuil dan sebagainya kerana dibimbangi gambar yang kita ambil itu dijadikan contoh, dikagumi atau pemujaan penganut agama lain. Wallahua’lam

  13. thanks yew..nice entry..

  14. kalau photographer tu perempuan ambil gambar perempuan yang tidak menutup aurat boleh lah ye?

    • pas org pompuan tu amek gmbr,ape die wat ngn gambar tu?kalo gambar tu hanya tatapan muhrim pengantin saya rase takde masalah..tp saya tgk,mostly upload kat facebook utk tatapan umum..tu yg haramnye…

  15. kalo macam tu..skang kn ada ramai lg wanita2 yang menceburi bidang photografer ni kn….

  16. thanks for sharing.. naseb baek sy tak da hobi nak amek pic org ni even memang pasang impian nk dslr. sy lae suka snap pic menda keliling cam semut ke, kucing ke.. kadang2 kalo amek pic org yg tak pakai tudung pun rasa bersalah sebab nti mesti ada yg bukak tgok pic tu. so, terpaksa la delete jugak papepun, matlamat tak menghalalkan cara;)

  17. mantap bro~

    aku baru je nk buat bisnes tuh~

    hahahah..trus x jdi

    jom baca dan komen Ferrari 360 Jadi Limousin

  18. begitu juga dengan menyolek perkahwinan mereka yang berlainan mahram

    dan juga perbuatan save gambar orang lain yang berpakaian tudung tak sempurna kemudian dikompilasikan dalam video lalu disebarkan di fanpage facebook

    itupun haram jugak, kan?

    laporan penuh miss pondan malaysia

  19. mencari ketenangan

    sy baru niat nk wat bisnes cmni sbb sy amat minat sgt2… tp sy ingat nk wat dgn cara islamik… mksudnya ambik gmbr yang pkai tdung shja..

  20. jzkk atas sharing

    mohon penjelasan,
    mcm mana plak kalo amik gamba non-muslim?
    xkan nak expect deorg bertudung?
    adakah ini bermakna sbg photographer sy xboleh amik client dr non muslim?

    tq

  21. salam.saya dah ambil gmba.dan duit tu masih ada kat saya.mcm mne plak status duit tu??

  22. syukran.. 🙂 bole dijadikan panduan alhamdulillah 🙂

  23. salam,
    buat makluman, photographer perempuan bukan bermaksud anda boleh mengambil foto mendedahkan aurat.di dalam jawapan di atas tidak mengatakan photographer perempuan boleh mengambil gambar tidak menutup aurat.

    samada anda photographer perempuan atau lelaki, hukummnya adalah sama, haram mengambil gambar yg tidak menutup aurat untuk dipamerkan.

    byk permasalahan tentang fotografi perkahwinan ini, dari awal lagi dengan solekan, persentuhan pak andam dengan pengantin, majlis persandingan yang tidak mengikut cara islam, percampuran bebas lelaki n perempuan, acara majlis yg tidak mengikut batas-batas islam spt karaoke, berposing-posing keterlaluan dan sebagainya.

    jadi, sebagai seorang mukmin, anda seharusnya tidak menjadikan wedding photographer sbg sumber rezeki.

    wassalam

  24. assalamualaikum, terima kasih untuk info ini, satu ilmu baru bg saya..tapi saye masih ade persoalan~

    1) bagaimana pula jika mengambil gambar wanita bukan islam?

    2) dan apa hukumnya mengambil gambar wanita yang tidak sempurna tutup auratnya..?contoh: tdung tidak cukup labuh bagi menutupi dada/ baju terlalu ketat~

    terima kasih =)

    • wa’alaikumussalam..

      1. sama saja dengan wanita islam. jika tidak tutup aurat, tak boleh.
      2. aurat itu luas, bukan sahaja tutup badan dengan baju atau tutup kepala dengan tudung, jika tak sempurna tutup aurat sama seperti buka aurat.. jadi hukumnya seperti dah tertulis..

  25. mintak izin utk share…thanks

  26. Kalau amik gmbr time belajar tu terpkasa shoot model2 yg x tutup aurat? pastu lepas dah dapat ilmu, guna untuk bergambr tutup aurat, camne keadaannay, sbb ilmu dapat dari keadaan yg haram =) 😆

  27. fotografer picisan

    kepada anda semua, jgn ambil maklumat membuta tuli tanpa mengkaji..

    sila google permasalahan ini, anda akan lihat perdebatan tentang isu ini sejak dulu. Actually ramai juga ulama tak sependapat.

    kalau mcm tu, takkan semua media massa perlu diharamkan kerana semata2 jika ambil gambar ramai2, ada sorang yg free hair.

    Pekerjaan sbg fotografer tu tidak haram, tapi haram si fotografer melihat aurat itu

    • kenalah tgk boleh elak ke tak..kalo katakan ambil gambar utk suratkhabar,dlm ramai2 yg kite ambil sorg jer tak tutup aurat,kita tgk pulak,gambar tu beritanya psl ape,kalau isu semasa contohnya Mesyuarat PBB,xde masalah kat situ…tapi kalo amek gambar tu xde ape2 juz seronok2 contohnya laporkan filem ‘tragedi oktober’ bakal temui penonton..tu tak bolehlah..kan?

      isu ni di narrowkan kat fotografer pengantin sbb ni mmg boleh elak..kalau kita benarkan,nnt ramailah pengantin2 yang buka aurat..kalo fotografer2 ni tegas sket ckp saya hanya ambil gmbar pengantin yg ttp aurat,kalau service dier bagus sure org xkesah pya..

      customer is not always right 🙂

      islam itu indah tp kita yg suka pk susah2..

  28. semoga mendapat iktibar.. sungguh ramai berani ambil yg seksi2 lepas itu letak di facebook dan sbgnya..

    memang tangkap gambar tidak haram.. tapi ambil gambar yg tidak mendatangkan dosa..

  29. apa susah…letak syarat kpd bakal pengantin..shoot photo indoor mestilah TUTUP AURAT DAN shoot outdoor selepas selesai nikah ….abis cerita

  30. kpd BUKA MINDA??

    gamba isu semasa xde hal la..lainla gambar utk seronok2 cth nye laporkan filem tragedi oktober…

    adekah jurufoto perkahwinan ambil gambar utk seronok2??

    jurufoto perkahwinan cari duit dgn jalan tu..utk tanggung anak bini dia..keluarga dia??

    adekah itu kategori seronok2???

    • saudara,jgn marah2…

      ini penjelasan saya,saya bkn pakar..sekadar kongsi pendapat..kalau salah ampun maaf…

      fotografer amek gambar pelakon2 tak tutup aurat utk filem tragedi oktober,dier pon carik mkn gak utk ank bini dier,jadi,kenapa saudara kata dier tu slh tp fotografer amek gmbr kawen pengantin tak tutuip aurat tak salah?
      bukan ke sama kedua2 tu?

      saya gna ayat “seronok2” tu,utk bacaan leisure..maksud saya seronok2 tu ialah laporan tentang tragedi oktober tu,kalo tak dilaporkan pon,tak de effect ape2..sama mcm,gambar kawen,kalo saudara tak amek gmbr tak ttp aurat pun,ape salahnye bkn nye akad nikah terbatal pon…

      kat ats saya ade komen gak…fotografi byk cabangnye,kita kna pilih yg berlandaskan hukm..setiap kerjaya ada halal haramnye kita kna pilih2 la…

      saudara sanggup bg mkn ank isteri rezeki haram?mcm mana ank nak berjaya kalau rezki dtg dari perkara syubhah?tgk yg dpt result mantap2 kat TV,ayah keje toreh getah,tukang sapu tp ank berjaya sbb nye rezki yg dpt tu halal…

      kite tungkus lumus cari rezki halal,mmg susah sket skrg..tp masa akan dtg,insyaAllah berbaloi2..saham akhirat pun meningkat…

      wallahua’lam…

    • kalau camtu takpe la kerja perompak kalau nak bg makan anak bini..
      saudara, niat dan cara perlu seiring. niat baik tp dicapai dgn jalan yg haram hasilnya tetap haram.

  31. mcam mana ngan kerjaya si paparazi atau pon pihak media ?huhu..kebanyakan artis suma sexy2

    • kita mampu tentukan sendiri.sebar benda tak elok tu satu dosa. nak kerja dgn media tak salah. byk media yg publish perkara bermanfaat. kenapa pilih gossip melodi?

  32. Kalau begitu, rezeki dari iklan2 Nuffnang yang memaparkan iklan tidak menutup aurat adalah HARAM sama sekali. terima kasih.

  33. Hukum Fotografi
    oleh Dr. Yusuf Al-Qaradawi dalam kitab : Al-Halal Wal Haram fil Islam

    Satu hal yang tidak diragukan lagi, bahwa semua persoalan gambar dan menggambar, yang dimaksud ialah gambar-gambar yang dipahat atau dilukis, seperti yang telah kami sebutkan di alas.

    Adapun masalah gambar yang diambil dengan menggunakan sinar matahari atau yang kini dikenal dengan nama fotografi, maka ini adalah masalah baru yang belum pernah terjadi di zaman Rasulullah s.a.w. dan ulama-ulama salaf. Oleh karena itu apakah hal ini dapat dipersamakan dangan hadis-hadis yang membicarakan masalah melukis dan pelukisnya seperti tersebut di atas?

    Orang-orang yang berpendirian, bahwa haramnya gambar itu terbatas pada yang berjasad (patung), maka foto bagi mereka bukan apa-apa, lebih-lebih kalau tidak sebadan penuh. Tetapi bagi orang yang berpendapat lain, apakah foto semacam ini dapat dikiaskan dengan gambar yang dilukis dengan menggunakan kuasa? Atau apakah barangkali illat (alasan) yang telah ditegaskan dalam hadis masalah pelukis, yaitu diharamkannya melukis lantaran menandingi ciptaan Allah –tidak dapat diterapkan pada fotografi ini? Sedang menurut ahli-ahli usul-fiqih kalau illatnya itu tidak ada, yang dihukum pun (ma’lulnya) tidak ada.

    Jelasnya persoalan ini adalah seperti apa yang pernah difatwakan oleh Syekh Muhammad Bakhit, Mufti Mesir: “Bahwa fotografi itu adalah merupakan penahanan bayangan dengan suatu alat yang telah dikenal oleh ahli-ahli teknik (tustel). Cara semacam ini sedikitpun tidak ada larangannya.

    Karena larangan menggambar, yaitu mengadakan gambar yang semula tidak ada dan belum dibuat sebelumnya yang bisa menandingi (makhluk) ciptaan Allah. Sedang pengertian semacam ini tidak terdapat pada gambar yang diambil dengan alat (tustel).”

    Sekalipun ada sementara orang yang ketat sekali dalam persoalan gambar dengan segala macam bentuknya, dan menganggap makruh sampai pun terhadap fotografi, tetapi satu hal yang tidak diragukan lagi, bahwa mereka pun akan memberikan rukhshah terhadap hal-hal yang bersifat darurat karena sangat dibutuhkannya, atau karena suatu maslahat yang mengharuskan, misalnya kartu pendliduk, paspor, foto-foto yang dipakai alat penerangan yang di situ sedikitpun tidak ada tanda-tanda pengagungan. atau hal yang bersifat merusak aqidah. Foto dalam persoalan ini lebih dibutuhkan daripada melukis dalam pakaian-pakaian yang oleh Rasulullah sendiri sudah dikecualikannya.
    Subjek Gambar
    Yang sudah pasti, bahwa subjek gambar mempunyai pengaruh soal haram dan halalnya. Misalnya gambar yang subjeknya itu menyalahi aqidah dan syariat serta tata kesopanan agama, semua orang Islam mengharamkannya.

    Oleh karena itu gambar-gambar perempuan telanjang, setengah telanjang, ditampakkannya bagian-bagian anggota khas wanita dan tempat-tempat yang membawa fitnah, dan digambar dalam tempat-tempat yang cukup membangkitkan syahwat dan menggairahkan kehidupan duniawi sebagaimana yang kita lihat di majalah-majalah, surat-surat khabar dan bioskop, semuanya itu tidak diragukan lagi tentang haramnya baik yang menggambar, yang menyiarkan ataupun yang memasangnya di rumah-rumah, kantor-kantor, toko-toko dan digantung di dinding-dinding. Termasuk juga haramnya kesengajaan untuk memperhatikan gambar-gambar tersebut.

    Termasuk yang sama dengan ini ialah gambar-gambar orang kafir, orang zalim dan orang-orang fasik yang oleh orang Islam harus diberantas dan dibenci dengan semata-mata mencari keridhaan Allah. Setiap muslim tidak halal melukis atau menggambar pemimpin-pemimpin yang anti Tuhan, atau pemimpin yang menyekutukan Allah dengan sapi, api atau lainnya, misalnya orang-orang Yahudi, Nasrani yang ingkar akan kenabian Muhammad, atau pemimpin yang beragama Islam tetapi tidak mau berhukum dengan hukum Allah; atau orang-orang yang gemar menyiarkan kecabulan dan kerusakan dalam masyarakat seperti bintang-bintang film dan biduan-biduan. Termasuk haram juga ialah gambar-gambar yang dapat dinilai sebagai menyekutukan Allah atau lambang-lambang sementara agama yang samasekali tidak diterima oleh Islam, gambar berhala, salib dan sebagainya.

    Barangkali seperai dan bantal-bantal di zaman Nabi banyak yang memuat gambar-gambar semacam ini. Oleh karena itu dalam riwayat Bukhari diterangkan; bahwa Nabi tidak membiarkan salib di rumahnya, kecuali dipatahkan. Ibnu Abbas meriwayatkan:

    “Sesungguhnya Rasulullah s.a. w. pada waktu tahun penaklukan Makkah melihat palung-patung di dalam Baitullah, maka ia tidak mau masuk sehingga ia menyuruh, kemudian dihancurkan.” (Riwayat Bukhari).

    Tidak diragukan lagi, bahwa patung-patung yang dimaksud adalah patung yang dapat dinilai sebagai berhala orang-orang musyrik Makkah dan lambang kesesatan mereka di zaman-zaman dahulu.
    Ali bin Abu Talib juga berkata:
    Rasulullah s.a.w. dalam (melawat) suatu jenazah ia bersabda: Siapakah di kalangan kamu yang akan pergi ke Madinah, maka jangan biarkan di sana satupun berhala kecuali harus kamu hancurkan, dan jangan ada satupun kubur (yang bercungkup) melainkan harus kamu ratakan dia, dan jangan ada satupun gambar kecuali harus kamu hapus dia! Kemudian ada seorang laki-laki berkata: Saya! Ya, Rasulullah! Lantas ia memanggil penduduk Madinah, dan pergilah si laki-laki tersebut. Kemudian ia kembali dan berkata: Saya tidak akan membiarkan satupun berhala kecuali saya hancurkan dia, dan tidak akan ada satupun kuburan (yang bercungkup) kecuali saya ratakan dia dan tidak ada satupun gambar kecuali saya hapus dia. Kemudian Rasulullah bersabda: Barangsiapa kembali kepada salah satu dari yang tersebut maka sungguh ia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w.” (Riwayat Ahmad; dan berkata Mundziri: Insya Allah sanadnya baik)

    Barangkali tidak lain gambar-gambar/patung-patung yang diperintahkan Rasulullah s.a.w. untuk dihancurkan itu, melainkan karena patung-patung tersebut adalah lambang kemusyrikan jahiliah yang oleh Rasulullah sangat dihajatkan kota Madinah supaya bersih dari pengaruh-pengaruhnya. Justru itulah, kembali kepada hal-hal di atas berarti dinyatakan kufur terhadap ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad.
    Kesimpulan Hukum Gambar dan Yang Menggambar
    Dapat kami simpulkan hukum masalah gambar dan yang menggambar sebagai berikut:

    1. Macam-macam gambar yang sangat diharamkan ialah gambar-gambar yang disembah selain Allah, seperti Isa al-Masih dalam agama Kristen. Gambar seperti ini dapat membawa pelukisnya menjadi kufur, kalau dia lakukan hal itu dengan pengetahuan dan kesengajaan.Begitu juga pemahat-pemahat patung, dosanya akan sangat besar apabila dimaksudkan untuk diagung-agungkan dengan cara apapun. Termasuk juga terlibat dalam dosa, orang-orang yang bersekutu dalam hal tersebut.

    2. Termasuk dosa juga, orang-orang yang melukis sesuatu yang tidak disembah, tetapi bertujuan untuk menandingi ciptaan Allah. Yakni dia beranggapan, bahwa dia dapat mencipta jenis baru dan membuat seperti pembuatan Allah. Kalau begitu keadaannya dia bisa menjadi kufur. Dan ini tergantung kepada niat si pelukisnya itu sendiri.

    3. Di bawah lagi patung-patung yang tidak disembah, tetapi termasuk yang diagung-agungkan, seperti patung raja-raja, kepala negara, para pemimpin dan sebagainya yang dianggap keabadian mereka itu dengan didirikan monumen-monumen yang dibangun di lapangan-lapangan dan sebagainya. Dosanya sama saja, baik patung itu satu badan penuh atau setengah badan. Di bawahnya lagi ialah patung-patung binatang dengan tidak ada maksud untuk disucikan atau diagung-agungkan, dikecualikan patung mainan anak-anak dan yang tersebut dari bahan makanan seperti manisan dan sebagainya.

    4. Selanjutnya ialah gambar-gambar di pagan yang oleh pelukisnya atau pemiliknya sengaja diagung-agungkan seperti gambar para penguasa dan pemimpin, lebih-lebih kalau gambar-gambar itu dipancangkan dan digantung. Lebih kuat lagi haramnya apabila yang digambar itu orang-orang zalim, ahli-ahli fasik dan golongan anti Tuhan. Mengagungkan mereka ini berarti telah meruntuhkan Islam.

    5. Di bawah itu ialah gambar binatang-binatang dengan tidak ada maksud diagung-agungkan, tetapi dianggap suatu manifestasi pemborosan. Misalnya gambar gambar di dinding dan sebagainya. Ini hanya masuk yang dimakruhkan. Adapun gambar-gambar pemandangan, misalnya pohon-pohonan, korma, lautan, perahu, gunung dan sebagainya, maka ini tidak dosa samasekali baik si pelukisnya ataupun yang menyimpannya, selama gambar-gambar tersebut tidak melupakan ibadah dan tidak sampai kepada pemborosan. Kalau sampai demikian, hukumnya makruh.

    6. Adapun fotografi, pada prinsipnya mubah, selama tidak mengandung objek yang diharamkan, seperti disucikan oleh pemiliknya secara keagamaan atau disanjung-sanjung secara keduniaan. Lebih-lebih kalau yang disanjung-sanjung itu justru orang-orang kafir dan ahli-ahli fasik, misalnya golongan penyembah berhala, komunis dan seniman-seniman yang telah menyimpang.

    7. Terakhir, apabila patung dan gambar yang diharamkan itu bentuknya diuubah atau direndahkan (dalam bentuk gambar), maka dapat pindah dari lingkungan haram menjadi halal. Seperti gambar-gambar di lantai yang biasa diinjak oleh kaki dan sandal.

    Hadaanallahu Wa Iyyakum Ajma`in, Wallahu A`lam Bish-shawab,
    Wassalamu `Alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh.

  34. Dakwahlah pengantin yg tak tutup aurat sewaktu dealing session. katakanlah pada mereka, bercukur kening itu memburukkan wajah di akhirat kelak, bertudung itu manis dan gambar akan lebih berseri-seri. etc2

    Medan dakwah itu pelbagai.

  35. mmg xboleh ambil gambar pamer gambar buka aurat.. tp tulah benda ni dh mcm jd trend dimana2 pun.. sedeh juga..

  36. terima kasih. nasihat dan peringatan yang amat penting.
    semoga kita tak lupa.

  37. tapi, kalau amek gambar org yg menutup aurat,

    but still, tak sempurna,
    contoh, baju ketat or jarang,
    tudung tak menutupi dada,

    camno?

    still takley lah kan? heheh

  38. medusa da gorgon

    sori lar kalau apa yng bakal saya katakan sbntar lg agak liberal dan menyentuh sensitiviti agama..Saya sedar ilmu di dada hanya cetek..prsoalan yg sy cuba bngkitkn ialah mengapa prlu dipersoalkn isu yng remeh sbegini sdgkn ada isu yng lagi besar perlu dipersoalkn..mengikut pngetahuan sy yg jahil ini,brsnding bukanlah trmktub dlm islam..brsnding merupakan budaya hindu yng diserap msuk oleh kaum melayu..so,xkesa r tutup aurat or x,tngkp gmbr bersnding brerti menyokong budaya hindu yng bley menibulkn syirik dlm islam..tp jika ini pon dikawal maka akn trtutup lar periuk nasi si photographer..cuz tue r kter kena brgntung kpada situasi trkini dn di mana kita brada..susah untuk kita elak prkara yng kabur keharamannya..bg sy ckop r kita mncegah sesuatu yg jelas keharamannya..cntoh sprti tngkp pic pngntin brparti dgn arak n pic porno,kmudian selepas smua trkwl bru bralih arah ke isu yg lebey mruncing..susah untuk mmbincangkn isu ini klo kurang ilmu agama kt dada..kunk jap lg akan tmbul sesi umpat mngumpat yg lg menambahkn dosa yg brbakul-bakul dh trkumpul..plus,jngn bngkitkn isu tnpa buat research dahulu..pada pndapat sy yg kurang sopan nie,halal bkn trletak pada makanan..tuhan soh kita cari rezeki n mknan yg halal..bkn mknan jer..agak klaka bila bhagi kowt prcent upah tngkp gmbr..xkesa r ape jua kegunaan duet tue yg haram ttp haram..k..katakn guna bhgian yg haram bwt beli camera n bla2 tp xbwt beli mknan..at d end camera hasil duet yg kononnya haram tue digunakn untuk tk8 pic n cari rezeki gak..kite amek cntoh arak dh r..bukan pminum arak jer brdosa..pnjual n pembawa arak pon brdosa..isu agama bkn bley dibangkitkn sesuka ati tnpa pngetahuan mendalam..6t tmbul cntroversy n bley dtgkn slh phm negatif yng bkl mnimbulkn kesan yg xdijangka..pendek kata,cuba cegah apa yg jelas dahulu..itupon xmenang tangan nk stop sy rase..ingat r..islam tue dulu,kini dn slamanya..islam fleksible n xkn menyusahkn penganutnya..contoh trdekat ialah larangan mkn babi..klo mudarat xde mknan kt dunia nie kter bley mkn babi..tp ade r certain restriction dye..cmtue gak ngan photographer..sy xmaksudkn kter lam keadaan darurat skunk nie..tp teknologi yg pesat buatkn kiter trjebak lm bidang nie..truskn jer slagi kter prcaya ia betul,xmemudaratkn n mampu diconsider as halal..eh..panjangnye..cm buat essay lar plak.. :p

  39. Just for my 2 cents: Bagi saya permasalahan ini boleh dilihat dari dua sudut 1) sudut dakwah 2)sudut halal haram mencari rezeki. Bagi sudut yg pertama kita boleh melihat dgn mengambil gambar pengantin, kita mungkin boleh mengajak pengantin tersebut utk menjadi lebih baik = pakai tudung (bunyi spt matlamat tidak m’halalkan cara? Tunggu dulu baca sehingga habis..) @ boleh juga kita menjadi ejen pengubah kearah kebaikan iaitu dgn mengajak pengantin solat pd waktunya atau menunjukkan contoh kita sbg jurugambar solat pd waktunya kerana byk kali berlaku pengantin terlupa krn kesibukan atau terlupa misal contoh. Bukankah situasi ini lebih baik berbanding non muslim yg mengambil gambar muslimah2 kita? Dari sudut halal haram saya setuju 100% mengambil wanita bukan mahram yg tidak menutup auratnya adalah haram. Maka apa shj pekerjaan yg bercampur dgn haram adalah sebaiknya diELAKkan. Tetapi jika pekerjaan mengambil gambar pengantin yang menutup aurat dengan SEMPURNA maka hukumnya adalah harus sptmana yg Dr. Yusuf Qardhawi sebutkan disamping ianya menjadi fardhu kifayah bagi muslim yang melakukannya. Ini kerana bidang perniagaan fotografi telah lama dipelopori oleh non-muslim sejak dahulu. Maka tidakkah cantik jika bidang ini diterajui sepenuhnya oleh muslim yg mengamalkan dan mempromosikan ajaran Islam yg sememangnya indah dan sempurna dan sesuai bagi setiap zaman disamping dapat menyumbang kepada kekuatan ekonomi umat islam? Bukankah ini lebih baik?
    Jika misal kata semua jurugambar muslim sepakat utk mengambil gambar pengantin yg menutup aurat secara SEMPURNA, bukankah dapat mengadakan satu permintaan yg spesifik bagi para pengantin utk mengikut ajaran Islam? Dan ini juga adalah satu jalan didikan yang baik bagi masyarakat. Tambahan pula apabila jurugambar mengambil gambar2 pengantin tersebut dan di dalam gambar2nya mereka mengetengahkan indahnya perkahwinan antara suami dan isteri, pentingnya sebuah istitusi perkahwinan di dlm keluarga dan sistem manusia kerana dgn ia manusia akan menjaga kehormatan diri dsb. Bukankah dpt mempromosikan perkahwinan kepada orang ramai? Wallahua’lam dan Dia lebih Maha Mengetahui.. peace for all 

  40. Rezeki ambil gambar tak menutup aurat adalah haram.. Rasanya bukan setakat gambar perempuan… lelaki pun sama juga. Kalau dibaca dari artikel nie, bukannya photography saja bahkan semua media termasuklah, periklanan, tv, radio. Jadi.. tutuplah aurat dimana jua anda berada.

  41. yang haram tetap haram…kenapa ramai nak jadi ustaz pulak kat sini?tak cukup lagi ke penerangan yang sedia ada?jangan nak pertahankan sesuatu atas kepentingan sesuatu.cuba fahami apa intisari larangan tersebut.kenapa tak yakin dengan tuhan ke dalam mencari rezeki?satu pintu tertutup bermaksud segalanya tertutup?sabar wahai rakan2 🙂 😉

  42. Assalamualaikum,

    apa hukumnya kalau awal2 lagi masa ambil job tu kita amanahkan kepada si pengantin mcm ni
    ” kalau korang bersanding menutup aurat, n gambar2 yang aku ambil ni hanya untuk tatapan muhrim2 korang, aku setuju jadi photographer korang”

    mcm mana ye hukumnya. minta tolong perjelaskan.

  43. terima ksih untuk info diatas

  44. terima kasih atas info yang diberi..moga tidak leka dalam perjalanan ini….thanks

  45. salam..mohon share..tq

  46. Info yg sgt2 berguna..terima kasih ye ;p

  47. thanks for sharing..tak pernah terfikir akannnya..sngt2 membantu

  48. Apa hukum dan status gaji
    a. Jurugambar JPN (Mak Cik yg ambik gambar buat IC).
    b. Jurugambar CSI, polis, pihak insuran, peguam, penjara dsb yg mengambil gambar untuk perbicaraan mahkamah?
    c. Jurugambar di tempat2 tumpuan pelancong seperti di I-City, Zoo yg mengambil gambar dan mencetak lalu diletakkan didalam frame kertas lalu menjualkan dengan harga RM7-15
    d. Jurugambar suratkhabar (berita, sukan, hiburan)
    e. Jurugambar tv (berita/rencana/drama)
    f. Orang yg bekerja di syarikat suratkhabar, subahat ke?
    g. Orang yg jual suratkhabar kerana ada gambar tidak menutup aurat di dalamnya.
    h. Orang yg membeli suratkhabar kerana subahat iaitu ada gambar orang tidak menutup aurat.

    Kerana sukar untuk memisahkan gambar yg menutup aurat sahaja atau memaksa orang menutup aurat sebelum mengambil gambar mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*