Suamiku orang ‘Tabligh’

Syadah merenung jauh di balik tirai jendela rumahnya. Permandangan di luar rumah sungguh mendamaikan. Dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana menempatkan dirinya tinggal di kawasan kampung. Baginya kehidupan di kampung lebih tenang berbanding hiruk pikuk kehidupan di bandar. Tiba-tiba hatinya merasa sebak. Ketika ini dia bersendirian di rumah mengenangkan suaminya yang sedang khuruj ke jalan Allah selama 3 hari.

***********************************

“Syadah, mak ada berita nak sampaikan kat Syadah ni..” beritahu mak suatu hari di waktu kami sedang bersarapan.

“Apa dia mak, lain macam jer bunyinya..” Syadah memandang wajah ibunya. Sejak ayahnya meninggal, ibunyalah tempat dia mencurahkan kasih sayang dan bergantung harap. Sayangnya dia pada ibunya tidak bertepi. Dia sanggup bersusah payah demi melihat ibunya gembira.

“Semalam, masa kamu pergi tadika, ada Azizi dan ibubapanya datang jumpa mak. Dia nak merisik kamu. Kalau kamu terima, 3 bulan lagi majlis perkahwinan dan nikah akan dijalankan” beritahu mak lagi.

“Hah!.. Azizi anak Pak Hashim tu ke mak? Yang kerja kat kilang hujung kampung kita tu?” Syadah agak terkejut bercampur teruja.

“Ha’ah.. Dialah, sapa lagi..”

Hati Syadah berbunga. Dia sebenarnya memang menaruh hati pada Azizi. Azizi, seorang pemuda lulusan kejuruteraan dari UiTM. Bekerja sebagai jurutera di kilang kampung ini, berwatakan sederhana, berkopiah sentiasa di kepala dengan janggut yang sejemput, berpakaian kurta dan berseluar slack, kadangkala mengenakan jubah, mencerminkan identiti islamiknya. Manakala Syadah gadis kampung lulusan STPM, dan bekerja sebagai guru tadika berdekatan rumahnya. Apa pun dia seorang yang memelihara diri dan maruah. Menutup aurat yang sempurna seperti mana yang disyariatkan Allah. Sudah tentu dengan niali-nilai Islam yang diterapkan ibu padanya menyebabkan hidupnya terpelihara dari perkara-perkara yang tidak baik.

“Arghh.. Alangkah gembiranya seandainya aku dapat memiliki Si Azizi..” bisik hati kecil Syadah.

“Hey Syadah, dengar tak apa mak cakap ni!” sergah mak selepas melihat aku mengelamun seketika.

“Aah..aa.. Dengar mak. Alaa mak ni, ikut maklah. Kalau mak tarima, Syadah pun terima juga. Mana yang baik bagi mak, baiklah juga bagi Syadah.” Syadah tersenyum penuh makna memandang wajah ibunya.

***********************************

“Syadah sayang. Syadah gembira tak kita dah jadi suami isteri?” soal Azizi sebaik mereka sah menjadi suami isteri.

“Mestilah gembira. Lelaki idaman yang Syadah impikan menjadi kenyataan..” jawab Syadah tersipu malu.

“Sebenarnya Syadah pun wanita pujaan abang. Bila pertama kali jumpa Syadah, hati abang berdegup kencang. Apatah lagi bila lihat Syadah pergi tadika perpakaian jubah dan bertudung labuh. Sejuk hati melihatnya..” beritahu Azizi berterus terang pada isterinya.

“Yeke? Terima kasih abang. Syadah harap abang sudi bimbing diri Syadah ni jadi isteri dan wanita solehah..” jawab Syadah.

“InsyaAllah sayang. Bukankah dalam Al-Quran ada kata wanita yang baik untuk lelaki yang baik, dan wanita yang jahat untuk lelaki yang jahat.”

Syadah tersenyum memandang wajah suaminya. Hatinya kini sudah dimiliki oleh insan yang didambakan selama ini.

***********************************

Pulang dari kerja, Syadah menyambut Azizi dengan bersalam dan mencium tangan suaminya dengan hati yang gembira. Dia menatap wajah suaminya yang agak kepenatan.

“Banyak kerja ke bang, letih je nampaknya?” tanya Syadah pada suaminya.

“A’ah sayang. Kerja kat kilang tu melambak-lambak. Lagi pula, kilang abang bulan depan kena shutdown. Lagilah sibuk” jelas Azizi semula.

“Oh.. begitu ke?” Syadah tersenyum memandang suaminya.

Setelah menukar pakaian, mereka berdua menikmati minuman petang, air kopi habbatussauda’ dengan kuih karipap.

“Sedap kuih ni, pandai Syadah buat ye. Kalau makan sedap-sedap macam ni, gemuklah abang..”

“Ala abang ni.. Biasa je kuih tu.. Pandai-pandai je abang ni..” Syadah mencubit lengan suaminye kerana usikan itu.

“Ni abang nak bagitahu ni, esok abang nak keluar 3 hari tau.”

“Esok ke bang? Kalau tak keluar tak boleh ke? Sunyilah Syadah abang tak ada 3 hari ni” saja Syadah bertanya begitu. Dia memang tahu, sejak berkahwin dengan Azizi, setiap bulan memang wajib suaminya keluar dakwah di jalan Allah selama 3 hari.

“Yelah sayang.. Dah lupa ke?”

“Ermm.. Ingatlah.. Saja je tanya..”

Sebenarnya Syadah berat hati nak bagi suaminya keluar. Usia perkahwinan mereka baru 4 bulan. Seharusnya waktu yang ada dihabiskan bersama-sama kerana mereka berdua masih dalam proses mengenali antara satu dengan lain. Dia sendiri pun masih tak faham dengan usaha dakwah dan tabligh. Hatinya sedikit memberontak bila mengetahui Azizi terlibat dalam usaha ini. Apatah lagi rata-rata kawannya memandang negatif dengan usaha tabligh ni.

Memang dia akui Azizi seorang suami yang taat pada perintahNya. Solat lima waktu berjemaah di masjid adalah wajib baginya. Tiada istilah lelaki solat di rumah. Amalan tahajjud, tilawah Al-Quran dan zikir merupakan amalan hariannya. Dan yang pasti bila berbicara terserlah ilmu agama yang dimilikinya. Lantas, Syadah seharusnya bersyukur dengan Allah atas kurniaan ini. Cuma dia masih cuak dengan kerja dakwah ini. Perlukah buat kerja ni di zaman moden dan teknologi seperti sekarang ni. Kenapa tak dakwah guna radio ke, buku ke, TV ke, internet ke, macam ustaz atau penceramah agama buat sekarang ni. Argghh.. Syadah terkeliru, bingung. Sememangnya dia terlalu baru untuk memahami susur jalur perjuangan dakwah tabligh ni.

***********************************

Suatu malam Syadah dan Azizi berbicara tentang usaha dakwah dan tabligh ni.

“Sayang, apa yang sayang tahu pasal jemaah tabligh ni?” tanya Azizi pada isteri tercinta sambil membelai ubun-ubun isterinya.

“Entahla bang. Yang Syadah tahu, orang kata tabligh ni suka tinggal anak bini berbulan-bulan. Tak bagi nafkah zahir batin kat keluarga.” jawab Syadah jujur.

Azizi tergelak mendengar jawapan isterinya. Itulah manusia menilai sesuatu dari luar tanpa mahu memahami isi dalamnya.

“Syadah sayang, cuba Syadah fikir, orang tabligh je ke yang tinggal anak bini. Habis tu, orang zaman sekarang ni, yang pergi kursus, outstation, pastu ada yang kerja kat pelantar minyak, sebulan di laut sebulan di darat, ada pula yang suami sambung belajar bertahun di luar negara, macam tu tak pe pula, tak ada pun orang nak pertikaikan. Cuba Syadah renung firman dalam Al-Quran yang mafhumNya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” (At-Taubah 9:24)

“Erm, betul juga kata abang. Entahlah, Syadah pun tak tahulah bang. Syadah sendiri pun baru nak belajar mengenali dakwah tabligh ni.”

“Sebenarnya usaha dakwah ni kerja Nabi s.a.w, Syadah kan tahu macam mana Nabi s.a.w sanggup bersusah payah nak dakwahkan kalimah tauhid ni, kena ejek, kena baling batu sampai berdarah, kena lempar dengan najis, jumpa orang rumah ke rumah, lorong ke lorong, semata-mata nak ajak manusia kembali kepada Allah, supaya dapat hakikat Laa ilaha illallah, tidak menyembah makhluk tapi menyembah Allah yang Esa. Kita ni umat akhir zaman. Allah jadikan kita sebaik-baik umat, kan dalam Al-Quran ada kata:

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.” (A-li’Imraan 3:110)

Usaha yang kita lakukan sekarang ni hanya dalam 10% sahaja berbanding usaha sahabat sahabiyah dahulu, mereka sanggup korban diri, harta, anak bini, semata-mata nak syahid di jalan Allah, semata-mata nak tengok kalimah Allah tertegak di atas muka bumi ini. Sebab tu mereka ni di dunia lagi Allah Ta’ala telah redha pada mereka dan menjanjikan syurga untuk mereka. Lagipun sayang, abang tinggal Syadah ni bukan kat padang pasir seperti Siti Hajar dan Ismail yang di tinggalkan Ibrahim. Mereka lagilah, kena tinggal tanpa sebarang asbab untuk mereka hidup, tiada makanan dan tempat tinggal, tiada jiran-jiran, tapi sebab redha dengan perintah Allah dan sebab dakwah, Nabi Ibrahim rela melakukannya. Syadah ni abang tinggal, duduk dalam rumah yang selesa, cukup peralatan rumahnya, keperluan dah abang sediakan, takkan macam tu pun tak sanggup lagi. Habis, Syadah nak abang berkepit duduk bawah ketiak Syadah 24 jam, macam tu?” Azizi sengaja mengenakan isterinya sambil mencubit hujung hidung isterinya yang mancung itu.

“Bukanlah sampai macam tu abang. Cuma Syadah cemburu, orang lain bila suami balik kerja, ada kat umah sampai malam, lepas tu boleh main dengan anak-anaknya, sembahyang pun kat rumah berjemaah dengan isteri dan anak-anak. Ada masa bermesra dengan keluarga. Tapi abang, balik kerja rehat sebentar, lepas tu pukul enam lebih dah nak kena pergi ghastlah, mesyuaratlah, malam markaslah, kalau hari Isnin hingga Khamis memang tak merasa abang ada waktu petang. Balik pun lewat malam.” Syadah menerangkan situasi yang sedang dilalui ini.

“Itulah namanya lima amal masjid. Yang kita kena keluar 3 hari, 40 hari, 4 bulan tu, untuk kita belajar buat kerja Nabi, untuk wujudkan suasana iman dan amal dalam berdakwah, dan bila balik, medan perjuangan kita adalah dengan menghidupkan lima amal masjid ni. Fikir harian atau mesyuarat harian, lepas tu khususi orang tertentu kena bagi masa dua jam setengah, lepas tu buat taklim di rumah dan masjid, kena ziarah kat kampung sendiri dan kampung jiran dan setiap bulan keluar 3 hari dengan membawa jemaah yang baru. Lima amal masjid ni merupakan amalan Masjid Nabawi, yang mana sahabat buat untuk dakwahkan Islam. Sebab tu sekarang ni, kita nak belajar bagi masa untuk agama, dunia dan akhirat kena seimbang. Duniakan jambatan untuk akhirat, cuba kita tengok jambatan, mana ada orang bina rumah ke, istana ke kat atas jambatan. Orang nak memancing atas jambatan pun di larang tau.” terang Azizi panjang lebar sambil melirik mata pada isterinya.

“Tak apalah abang. Syadah cuba belajar memahami kerja dakwah dan tabligh ni. Walaupun sukar tapi Syadah akan berusaha untuk mengatasinya.”

“Macam tu lah isteri abang yang cantik jelita ni. Nanti abang bawa Syadah jumpa ahlia karkun kat kampung ni. Hah, ahlia Cikgu Abas tu, dia dah banyak pengalaman keluar masturat tau. Bolehlah Syadah belajar daripada ahlianya dan lagi Syadah boleh berkenalan dengan ahlia karkun bila pergi taklim mingguan masturat nanti. Jangan lupa beri tasykil untuk keluar masturat 3 hari, ye!” Syadah tersenyum memandang suaminya.

“InsyaAllah bang” jawab Syadah.

***********************************

Syadah tersedar dari lamunannya. Dia mengesat air matanya yang mengalir di pipi. Sesungguhnya dia hanya manusia biasa yang lemah untuk menghadapi kehidupan ini, mungkin dia terlalu berharap Azizi menjadi hak milik mutlaknya. Tetapi dia lupa, bahawa manusia ini adalah pinjaman sebagaimana firman Allah:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.” (At-Taubah 9:111)

Dia harus kuat dan sabar. Dunia ini hanya pinjaman dan akhirat juga yang kekal abadi. Kalau di dunia ini ada pangkat, harta, darjat tapi tidak mengamalkan agama dalam kehidupan, sudah tentu semuanya sia-sia sahaja.

“Ya, aku harus kuat, kuat untuk memperoleh keredhaan Allah. Biarkan manusia yang tidak faham dan tidak mahu mengerti usaha dakwah dan tabligh ini. Tapi aku akan sentiasa berdoa semoga Allah kekalkan dan istiqamahkan aku, suami dan generasiku hingga hari akhirat dalam usaha ini, dan semoga Allah bagi kefahaman pada mereka yang memandang serong, membenci atau menghina kerja ini. Ameen..” bisik hati Syadah.

Oleh: Karkun Mithali

45 comments

  1. tuan punya belog ni karkun kah?

  2. Barangsiapa mengorbankan satu pagi dan satu petang pada jalan ALLAH adalah lebih bernilai daripada dunia dan seisinya.
    Sekali SUBHANALLAH yang di ucapkan oleh suaminya maka isteri dirumah 50,000 ganjaran. WALLAHU A’LAM…

  3. sbnrnya istilah karkun x perlu ada….semua umat nabi mesti teruskn kesinambungan usaha yg nabi buat..

  4. ape tu “karkun”?

  5. mohon dishare dan dibuat entri di blog ana boleh??

  6. menarik… sayang makhluk tinggal-tinggalkan…

  7. emmm.. istri bekoban 4 agama..msk 500 thon awal bih dri somi..dihias secantik-cantiknya ..lalu di jadikan ketua kpd 500 pra malaikat jua bidadari….dan ada jua yg mengatakan bla sja tmpo isteri di hias sda hbs mka dibwakan suaminya uk bjmpa isterinya ……..disebabkan kcantikannya itu si suami pingsan kerana terlalu asyik..bla bgn dr sdarnya dia (suami) pun tertanya siapa kamu??,lalu dijwb si isteri aq lah isteri mue ketika di dunia dulu..kerana aq sggup berkorban utk agama ALLAh ..ditinggalkan n sbg..mka aq di anugerahi ALLAh kcntikan dan kedudukan ini.. 🙂 🙂 🙂 :8

  8. Hamba Allah ini org tabligh, beliau dengan anak2 pun kurang mesra, mgkn terlalu banyak menghabiskan masa diluar dengan tabligh mintak maaf cakap anak dia sedikit tunggang langgang, kawin lari dgn suami orang, hisap dadah, tk habis belajar dah kawin dan ada juga yg ditangkap khalwat… sehingga ayah dan ibunya nk keluar rumah pun malu dgn perbuatan anak-anak sendiri …. Ayah tk pe sbb bebulan2 pg belajar, si ibu yg memendam rasa, ini berlaku mgkn juga kerana kurang pemantauan dr si ayah, lalu ank2 jd begini. Si ayah seolah2 mencari dan memenuhi ilmu untuk diri sendiri… tabligh sebenarnya tak salah, tp manusia yg tak pandai menguruskan nya dan ini menyebabkan rata-rata manusia ada yg mengutuk org yg masuk tabligh. Anak2 tak cukup makan pun ada, isteri pulak tidak bekerja, mgkn tak semua org tabligh yg seperti ini, tp yg tk ramai ni lah yg mencacatkan urusan kesinambungan penyampaian agama Islam…

    Apa pun kemesraan antara suami, isteri dan anak2 juga penting, jgn membebankan si isteri seorang dirumah menguruskan anak2… Nk ada anak ramai2 tp yg menguruskannya seorang, tertekannya si isteri….Bahagikan masa betul2, kerana setiap kesilapan anak dan isteri letaknya di bahu suami. Disana nanti kita bersoal jawablah dengan Allah kerana ketidakadilan kita dengan keluarga kita sendiri.. Kenapa anak2 jadi begitu, semuanya kerana salah didikan.

    Tak semua isteri seperti sikap syadah. Untuk syadah saya ucapkan tahniah kerana berjaya menjadi isteri yang solehah, syurga lah tempatmu..

    • sebab tu baru2 ni maulana tariq jamel beritahu perkara pertama yg akan ditimbang di mizan nanti adalah akhlak si bapa kepada keluarga ye…

      • kesalahan org tabligh ini adalah tidak wujud taalim rumah n percakapan iman secara berterusan di rumah..org tabligh ini tidak menyediakan isteri ye sebagi pendidik yg baik…..org tabligh ini tidak tahu maksud perintah dakwah dilaksanakan..

    • Itulah dugaan yang Allah berikan kepada orang Tabligh. Dugaan isteri dan anak-anak…

      Semoga mereka dapat menempuhi dugaan ini dengan tabah dan sabar.

  9. saya memang setuju ada golongan yang macam tu. tapi bersangka baiklah kita dengan mereka. mungkin itu ujian Allah buat mereka. Tapi, kami ditarbiah semasa khuruj supaya menghidupkan rumah dengan amalan agama seperti amalan taa’lim dan membaca al-quran dl. Suami adalah pembimbing isteri. mereka yang mengabaikan keluarga sebenarnya tidak mengikut arahan dan nasihat para elders dan ulama’. Sedangkan para ulama’ dalam usaha dakwah ini menyuruh taa;lim dihidupkan di rumah setiap hari, bersama semua ahli keluarga, hatta bayi/anak-anak yg sedang tidur pun perlu dipegang supaya nur drpd A-Quran & hidith itu masuk ke dalam hati anak2/bayi itu.

    Betullah apa orang kata, mereka yang setitik inilah menjadi fitnah kepada usaha yang mulia ini. Bersangka baiklah, ada yang mengambil usaha ini sebelumnya adalah gangster, mat rempit, pencuri, penzina dll. Mereka sedang belajar. Semoga Allah mentarbiah mereka dengan Islam yang kaffah. Spertimana apa yg dibawa Rasulullah dan para sahabat.

  10. Salam, syukurlah Allah SWT telah membuka memilih wanita-wanita akhir zaman ini untuk sama-sama berjuang di jalanNYA. inilah nikmat dan ketenangan yang tak tergambar dengan kata-kata. hanya orang yang pernah keluar sahaja yang dapat merasai kemanisan dan keindahannya. Umpama kita pergi bersama teman-teman ke air terjun. mereka semua mandi tetapi kita tak nak mandi kerana kesejukan, teman-teman menceritakan keseronokan berada di dalam air, lagi dalam lagilah seronoknya, dapat lihat ikan yang cantik lagi. tapi kita yang tak mandi, hanya mendengar dan melihat, tentulah tak sama dengan mereka yang sedang bergembira di dalamnya. itulah gambaran mereka yang tidak pernah keluar, x mampu merasainya. InsyAllah semua azam untuk keluar ye……….

    • Suami je yg dpt keluar…seronok la…isteri dok kat rumah berkelibut ngan anak2… khuruj 3 hari x pe lagi.. ni smpi 4 bln…nape ustaz2 malah mufti x khuruj pun…

  11. subhanAllah,,,sedih ny,,,,terharu,,,but,ade part yg manis je,,manja2,,,insyaAllah,,dlm usaha dakwah pon ade manja,,mcm kehidupan nabi,bermanja dgn isteri2 nabi,,,pape pon,moga Allah beri kefahaman agama pd kite sume,,,kenapa perjuanagan itu pahit,kerana syurga itu manis,,,:)

  12. salam, terbaik kisah ini, teruskan usaha anda, insya allah allah pasti akan membantu, boleh share ya?

  13. Orang Tabligh ni sangat hebat dalam mengikuti sunnah Rasulullah SAW. Tapi biasalah dalam setiap kelompok, akan ada yg terkurang dan tercacat. Saya bukan ahli mereka tetapi saya suka melihat kawan-kawan yg menyertai jemaah ini.

    Saya ingin mencadangkan beberapa perkara untuk meningkatkan imej baik jemaah ini pada pandangan masyarakat biasa:-

    1) Mereka kena ubah cara berpakaian, maksud saya biarlah mereka berpakaian cara orang melayu. Kalau nak ikut sunnah, pakai saja jubah. Kurta dan seluar panjang adalah budaya negeri Hisdustan. Bila pakaian kita sama seperti jemaah lain, kita mudah bergaul dan mereka akan selesa dengan kita.

    2) Libatkan juga jemaah ini dalam gerakan nahi munkar. Agama itu tertegak kerana 2 asas kan; mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Jemaah tabligh kena keluar ke dalam masyarkat, bergaul dan menasihat tetapi kenalah hikmah. Bila keluar dalam dakwah begitu, kenalah ubah penampilan.

    3) Kena banyak terlibat dalam aktiviti dan kelas pengajian agama di surau / masjid tempat mereka tinggal. Kalau asyik belajar sesama mereka saja, orang lain akan nampak mereka ni macam ‘orang asing’. Orang tabligh perlu membina pengaruh dan menunjukkan dakwah mereka melalui ilmu dan akhlak yg ditunjukkan.

    Sekian. Maaf kalau tersalah atau mengguris rasa.

    • knpe tk ikut skali??

    • Assalam betulkan sy kalo sy tersalah.

      Kurta itu hanya nama saja. Nabi pernah pakai, baju labuh, terbelah di bawah, mudah nak naik kuda. Kita ni x naik kuda pun naik moto.. hehe

      biase kita pakai seluar, singkat, sampai tengah betis. Ini sunnah juga. Kita ni amal kain pelikat pulak, ade yang sampai terlabuh. kalo terseret najis masa jalan kaki, x perasan, bawa masuk masjid.. 😐

      petang2 pegi gush.. ini istilah nya.. amalannya keluar pergi ziarah, ajak org pergi masjid.. ajak solat jemaah, pastu taklim, dgr hadis nabi..lepas isyak diorang nak balik, balik le.. hehe

      ada satu kali, nk taklim lepas mgrib tetiba masjid ade ceramah, kita duduk je dgr.. asal bukan politik @ cerita dunia, yes kita duduk dengar.. kalu nak politik2 atau mengata org, lebih baik turun masjid gi makan capati.. x kisah le parti ape.. hehe

      mmaf la kalo salah bahasa ke kita ni x reti nak explain dgn karangan.. hehe

      • kadang2 ceramah agama ni boleh menjadi gangguan kepada org nak solat kat belakang tu… ye la, kadang2 msjid ni ade yg terlewat dtg solat (singgah solat..musafir..dsb..)

        lepas solat imam zikir kuat2 pulak.. hehe bukan salah, tp boleh jd gangguan, kat org blakang yg tgh tambah rakaat (yg terlewat) x kan nk marah die lewat kot.. hehe..

        mujur la tempat kita ni dah ok skit, lepas solat, pelan je zikir.. mungkin sebab ada sekali masa bulan pose aritu ade imam saudi dtg, lepas solat die toleh tgk ade jemaah tambah rakaat, die zikir lepas solat cabut mikropon terus.. 😀 x nk ganggu org solat…

        pak imam saudi tu pun dlm jubah pakai seluar.. hindustan jugak ke? hehe

        kalo salah, betulkan le.. dh ckp td x reti buat karangan.. hehe

    • Mungkar yg paling besar di sisi Allah SWT adlh syirik padaNya..ajak manusia utk mentauhidkan Allah SWT dgn sebenar2 yakin adalah nahi mungkar..org x solat adalah mungkar, ajak mereka kepada solat adalah nahi mungkar..

      Dengan tauhid yg betul (iman yakin betul hanya pada Allah SWT) barula amalan-amalan lain akan diterima (iman (Lailahaillalah) + ilmu (Muhammadurasulullah) + ikhlas = amalan diterima Allah SWT)

    • mujahidahsolehah

      setuju dgn pandangan encik izam..

  14. setuju sangat.!! usaha ni sangat bagus… tp banyak lagi perlu diperbaiki… ramai orang tak suka dgn usaha ni bukan apa sb org tabligh ni nampak terlalu ‘annoying’ sgt…

    pertama sekali, maaflah cakap.. dengan cara berpakaian mereka… selekeh, busuk, pengotor… penampilan tak kemas… orang tengok macam tak ada masa depan… kita nak berakwah kononnya nak ikut sunnah… ikutlah sunnah betul2… nabi saw tak selekeh mcm tu.. sesiapa yang memandang nabi saw pasti akan tertarik dengan penampilannya, akhlaknya, peribadinya, sifat sederhananya.

    kedua, nak ajak orang kepada islam, betulkan diri sendiri dulu, kemudian betulkan keluarga kamu, tunjuk contoh yang baik kpd semua org… barulah orang lain akan tertawan… ni tak, keluarga kamu sendiri tunggang langgang, diri sendiri tak reti nak urus… macam mana nak ajak org ikut kamu…???

    ketiga, berdakwah ni, bukan hanya dengan bercakap sahaja. perkara yang paling penting adalah akhlak.. sentiasa senyum dgn org lain, sentiasa menolong orang lain, bercampur dengan masyarakat, sertai aktiviti masyarakat seperti gotong royong bersama orang kampung, kalau ada aktiviti sukaneka dalam kampung ikutlah, janganlah sombong sangat.!! ikutlah aktiviti tadarus pada bulan ramadan..

    keempat, orang tabligh ni cakap shj hebat.. tp zero.!! ilmu kurang…! ikutilah majlis2 ilmu kalau ada di masjid dan di surau.. ni tak… masa ada majlis ilmu di masjid korang sibuk nak gashlah, berzikirlah… tu sb lah bodooooohhhhhh..!! jangan praktikal je sibuk buat, tp ilmu tak ada, sb teori tak nak blajar..

    maaf kalau ada terkasar bahasa.. harap dapatlah diperbaiki..

    • Tempat saya, 80% orang kenamaan ikut tabligh. Terutama pensyarah-pensyarah saya. Kalau terlalu menutup minda, tak berlapang dada, memang lah akan kata begini.

      Baik saudara ikut tabligh 2-3 hari. Insya-Allah tahu nanti kes sebenarnya.

    • Kalau nak ikut teori ni banyak nabi2 yang xkan berdakwah. Nabi Nuh anaknya kafir, Nabi Luth Isterinya Kafir… Kami dah sungguh- sungguh ajak keluarga, dan orang sekeliling tapi masih xikut, jadi kami teruskan usaha ni ajak manusia lainnya.. Dan dalam masa yang sama kami akan terus ajak keluarga dan org sekeliling kami ni.. Insya Allah..

  15. salam alayk…menjawab cadangan saudara Izam..jazakallah atas cadangan..tp cuba tuan bayangkan, kalo ada sekumpulan pemuda yang datang..pakai jeans, baju t shirt tanpa kopiah dan serban di kepala, tiba2 bercakap mengenai agama..ckp pasal kebesaran Allah..ckp pasal sunnah nabi saw..mesti terdetik dlm pikiran kita..”la..poyo nye mamat2 ni..rupa sume mcm aku jer..tp lagak alim pulak nak ckp2 menda yang aku da tau.” mane identiti jemaah kalo dari segi pakaian pon da fail..slama buat usaha ni..semua umat manusia yang jemaah jumpe..meyambut baik kedatangan jemaah..ada yang meraikan lagi..kalo dari segi pakaian pon nak dipersolkan..tanye blk diri kita…pakaian kita yg pakai hari2 tu asal dari mane??org mane yg ramai pakai..apa jenis pakaian yg kita pakai setiap kali waktu solat..sunnah pakaian nabi saw tidak terletak hanya pada jubah semata..tapi nabi saw suka pakaian yang berwarna putih..dan apa yg saya perhatikan..mmg kebanyakan ahli jemaah suka mengenakan pakaian yang berwarna putih..sesuai dengan sunnah nabi saw..tidak kisah la jubah ker,,kurta ke,,baju melayu ker.tp the main core tu patut nyer kita ambil…

    berkenaan dengan isu nahi mungkar..subhanallah..saya bagi contoh…dlm satu bilik yang gelap…macam mane tuan nak hilangkan kegelapan bilik tu??xkan la tuan nak menghalau kegelapan tu ke mana2..solusinya…tuan kena bwk masuk pelita dlm bilik tu atau pun senang dengan buke je suis lampu..terus terang..mcm tu jugak dengan konsep dakwah…skali kita ajak org buat baik..secara x langsung…dia akan meninggalakan benda yang x baik..masalah kita hari ni..kita x ajak langsung org ke arah kebaikan..sehingga org tersebut hanyut dlm kemaksiatan..ni sume salah kita tuan..sbb kita x start dulu kerja dakwah.,ajak org ke arah kebaikan..mereka terpesong jauh dari landasan agama..nauzubillah..kadang2 diri kita sndiri pon kita ssh nak didik ke arah kebaikan…n lastly..kita jugak yang hanyut…saya bagi contoh mudah la..sorg mamat ni nak g merempit..tiba2 azan kat masjid..kalo kita ajak dia pergi solat jemaah kat masjid…ada ke dia akan pergi merempit time tu??n kalo lepas tu dia merempit jugak,,tu mmg da pilihan dia la..Allah swt da ckp dalam quran..Dia bg pilihan dkt manusia tu untuk buat perkara baik atau jahat…n kalo dia buat jugak..kita punya tanggungjawab telah terlepas…tu urusan dia dengan Allah..dakwah cara nabi ialah dengan hikmah dan lemah lembut..ajak dengan penuh kasih sayang…tp hidayah tu milik Alllah..kalo diorg xnak terima dakwah kita..kita x boleh paksa…sbb tu kita tgk ramai lagi ummat manusia yang terpesong dari landasan agama..at last bergantung kpd kita jugak…kita kena mintak kat Allah betul2..nangis malam2 dalam tahajjud mintak Allah bagi hidayah dekat kita n seluruh ummat..mcam nabi dan sahabat buat…

    pasal penglibatan dlm kelas…sebenarnya..tujuan khuruj ke jalan Allah swt adalah utk islah diri sndiri disamping untuk ajak org laen ke arah kebaikan…elders penah ckp…usaha atas agama seseorg tu x betul bila dia niat nak ajar org laen..jemaah yg keluar sbnarnya nak betulkan diri sndiri yg selama ni hanyut dengan dunia..bayan2 yang diberi biasa lepas maghrib tu bkn nyer bayan untuk mengajar atau mnyampaikan ilmu fikah, hadis n sebagainya,,,tp merupakan satu bentuk bayan fikir yang mane nak bagi penerangan kat jemaah supaya paham pentingnya semua umat islam hari ni buat usaha atas iman dan amal.skali lagi ditekankan..jemaah tabligh bukan semuanya ustaz dan org2 yang tinggi ilmunya..tp mereka cuba beljar2 nak tambahkan ilmu agama dlm diri mereka…dan apa yg diperoleh, akan cuba disampaikan…bertepatan dengan sunnah nabi saw ‘sampaikan daripadaku walau satu ayat”…dah kalo kita tau satu ayat pon, kita da boleh sampaikan dekat org ramai…x perlu nak tggu jd ustaz n alim ulama..kita ni lemah..banyak dosa..kalo rasa x mampu nak sampaikan..mintak doa dengan Allah swt supaya Allah swt guna org yang lebey tau berkenaan dgn perkaran tersebut untuk menyampaikan nya…oke!..wassalam

    • Apapun, apa kisah pandangan orang. Yang penting niat di hati itu. Ikhlaskan kerana Allah.

      Orang boleh berkata, tapi yang mengusahakan adalah kita. Yang mengurniakannya hanyalah Allah.

      Wallahu a’lam.

  16. alhamduLILLAH… sronok bca psal jemaah ni…. 🙂
    :8

  17. salam semua…
    suamiku juga seorg karkun… mmg seblm join ada terlintas benda2 yg sama dgn teguran james 007, namun bila dh join apa yg saudara sein komen tu sgtlah betulnya.. so sy sarankan pada yg masih xberpuas hati dgn kelompok2 tabligh ni, elokla be a part of it first, then you know what ‘we’ mean….

  18. As-Saff
    Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (10) Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (11) (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar. (12) Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman. (13) Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. / (14)

  19. assalamualaikum,

    Soalan saya..

    Kenapakah jamaah tabligh mengutamakan hadis2 doif…sedangkan terlalu banyak hadis-hadis yang soheh,Hadis daripada imam bukhari ,imam muslim,dan juga hadis2 daripada sunan termizi,sunan daud,sunan ibnu majah dll lg yg lebih tinggi darjat status nya…

    kesemua hadis yg tertinggi darjatnya itu merupakan hadis2 tertinggi kedudukannya selepas al-quran…..

    Bacaan tafsir-tafsir al-quran jg bukan mnjadi amalan utama jamaah tabligh…

    Banyak kitab-kitab tafsir yg muktabar perlu dihurai dan dipelajari…

    Namun sayangya…jamaah tabligh lebih mengutamakan dan mendahului hadis daif daripada yang lain….mengapa?

    saya tidak menafikan hadis-hadis doif yg mnjadi kegemaran amalan jamaah tabligh….tapi pelik…yg harus diutamakan lg ditinggalkan….

    • buah kembang semangkok

      wasalam

      ikut hukum, ianya adalah diharuskan utk beramal dengan hadis-hadis fadael amal utk meningkatkan rasa ghairah utk beramal, wpun ada hadis2 tersebut berkategori daif

      org yg bwat keja tabligh nie depa bukan pentafsir quran, pentafsir quran kena ada ilmu bro. Depa tarak ikut style lagu nie,

      “eh apa pendapat hang tentang ayat nie?” This is so no-no,

      Abu Bakr as siddiq bila ditanya tentang sepotong ayat quran, apa jawab beliau?…”Langit manakah yang akan memayungiku dan bumi manakah yang akan menanggungku, jika aku berkata tentang kitab Allah S.W.T dengan sesuatu yang aku tidak ketahui”

      tuh dia, kte nie paham agama islam lebih berbanding ngan Saidina Abu Bakr’ ka, nak sesuka xde ilmu dok tafsir-tafsir nie?

      tuh pasal elders usaha nie anjurkan agar bacaan hadis fadael disuburkan supaya semua golongan dan semua peringkat umur, x kira professional hatta bekas banduan atau drug addict atau kategori lembam pun boleh timbul rasa seronok utk beramal wpun sekadar sebutan SUBAHANALLAH

      wallahualam

  20. berdakwah sgt mulia dlm islam….yg menjadi persoalannya dakwah sekarang sama ke dengan yg dulu…..dulu politik dan dakwah tak boleh dipisahkan,tapi sekarang dakwah tak boleh bercampur dgn politik….

  21. salam…mcm2 komen… blog ni ok.cme peng :komen je 🙂 smga Allah swt bgi hdyat dan fham…kefahaman agama dtg dengan pengorbanan..wsalam

  22. suatu ketika nti dlm syurga Allah SWT, akn d satukn spasang suami is3 d dlm syurga brsma2 walhal kduanya dlm khdupan dunia saling tdk brspndpat dlm bnyk hal..
    maka kduanya akn sling kehairann..
    apabila c is3 mnanyakn c suami bgmn dia boleh brada d dlm syurga yg sma, maka c suami brkta aq sntiasa brsbar atas dirimu dlm apa jg hal yg engkau tdk mnyukai atas diri q..
    kmudian c suami pula brtanya akn hal yg sma, c is3 pun brkta aq redha atasmu d atas sgala hal yg sukar bg q yg engkau lkukn atas diri q..
    maka kduanya saling brbhgian d dlm syurga atas keredhaan Allah SWT..
    WALLAHU WA’LAM

  23. besalah bila buat kerja dakwah mcam2 fitnah..saya syor mereka yg dok kata mcam kajila dulu.saya pun macam tu gak dulu tapi semua sudah ternag dan nyata apabila Allah sudah bagi paham usaha…nyee pun adoiii la korang doa hidayat utk semua umat nabi SAW

  24. Ya Allah..kurnikanlah aku dan dirinya kefahaman dan HIDAYAHMU……wallahua’lam………………………

  25. Menyampaikan dakwah itu satu tugas mulai tapi jangan mengabaikan hak2 orang lain. Contohnya Tabligh mengasingkan politik dan agama. Dalam Islam politik dan agama itu berkait sebab memilih pemimpin itu dah jadi tggjawab kita. Saya puji susah payah orang Tabligh berdakwah menghadapi rintangan dalam usaha menyambung usaha Nabi Muhammad tapi tak setuju jika mereka mengsingkan politik. Keluarga saya juga ada terlibat dalam gerakan ini, ada juga yang cuma bergiat dalamm usaha berdakwah tapi anak2 tidak menjadi ‘orang’ dan depan mata saya juga, ada penggiat Tabligh yang memakan harta anak2 yatim. semoga Penggiat Tabligh mengukuhkan iman jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

    • salam .Alhamdulillah semua azam untuk keluar di jln allah s.w.t .lihat diri kita dulu sebelum melebalkan org lain tak betul dan tingkatkan usaha atas iman dakwa kebesaran allah s.w.t supaya allah s.w.t kekalkan hidayat untuk kita dlm pada itu moga allah s.w.t bagi hidayat pada org yang kita jumpa .dan sentisa kita jumpa alim ulamak , ustaz tentang prkara2 masaail.jazzakalla.

  26. harapkan redha Allah

    orang tabligh juga manusia biasa…sesiapa yg menyampaikan kebaikan dan melarang kemungkaran telah pon ada sifat nabi

  27. harapkan redha Allah

    saya dulu sependapat dgn Siti Nur . Tapi setelah mendapatkan penjelasan dari golongan tabligh yg ada ilmu barulah saya faham. Ada sebahagian tabligh especily di negara kita tak join politik sbb cara politik kita tak menepati sunnah( cara nabi S.A.W ). Mungkin tak semua tapi ada sebahagian golongan politik saling mengutuk dan menjatuhkan. Begini ke sifat nabi berpolitik ? Nabi berpolitik cara musyawarah. Bukan demokrasi. Sebab tu la, kalau diteliti, dalam tabligh ada ahli Pas, BN , Dap , Roket n ada juga yg tak join apa2. Up to masing2 sebab mmg tak de hukum masuk politik ni wajib tapi berdakwah tu wajib. Dakwah diri kita dan org lain agar sentiasa dekat dgn Allah , InsyaaAllah.
    ~ maaf jika tersalah atau mengguris perasaan sy sedang perbaiki diri :’) ~

  28. Assalam..nk cite psl politik sikit.. Sy pun byk x setuju kerajaan..Ade bende Kerajaan xbetui..Ade bende pembangkang x betui..jd betui jgk politik skg jauh sgt tersasar drp sunnah nabi..kalo lah semua tempat pas bertanding sy undi pas,,to itu cite mase mengundi..mase tu le br nk bt pintu ke pintu.. Tp tabligh tp2 mggu BT..DLM al-quran.. Bpe byk ayat srh kite bt dakwah..Dan bpe srh kite politik..tuan2 tentu dh tahu jwpn bye..

  29. Assalammualaikum. Maaf mencelah. Saya ramai kenalan tabligh yang banyak keluar 3 hari, 40 hari, 4 bulan. Saya pernah join tabligh 3 hari. Memang saya rasa tenang sebab sepanjang 3 hari solat diawal waktu. Saya tak kesah dengan keluar mereka berdakwah dengan tujuan murni. Tapi saya mahu tegur segelintir kenalan tabligh yang tidak menghormati orang yang tidak join tabligh dengan memperlekehkan orang-orang yang tidak mahu join tabligh. Sedangkan tabligh ini bukan lah satu kewajiban bagi semua umat Islam. yang wajib bagi umat Islam ialah menjadi khalifah dan memakmurkan bumi Allah, amal makruf nahi mungkar. Saya juga mempunyai rakan kongsi tabligh dalam perniagaan, pada mulanya saya rasa sangat bebesar hati apabila membawanya masuk dalam company untuk dibangunkan bersama-sama. Tapi bila beberapa bulan berlalu, dia kerap keluar berdakwah 40 hari dan menyebabkan bisnes banyak merudum kerana tiada siapa dapat pantau. Apabila ditegur, dia menjawab, dia sudah berdoa pada Allah supaya bisnes maju pada masa dia keluar 40 hari. Allah.. tergamam saya. Apakah doa saya yang berusaha siang malam supaya bisnes maju tidak diqabulkan? Apakah doa jemaah tabligh dimaqbulkan hanya dengan berdoa tanpa usaha? Level maksum kah orang yang keluarg tabligh ini?Paling menyedihkan dan mengecewakan saya apabila, ada beberapa jemaah tabligh mengungkapkan kata, keluar berdakwah tak perlu risau rezeki Allah bagi. Ya, memang tak perlu risau, rezeki Allah yang bagi. Tapi bila saya sebagai boss tidak mahu membayar gaji mereka kerana keluar 40 hari dan tidak adil bagi saya membayar gaji pada mereka, saya di pertikaikan dan dihina. Akhirnya saya cuma serahkan gaji bulat-bulat pada mereka tanpa mereka usaha. Apakah itu yang sebahagian mereka harapkan? Mana ikhlas mereka dalam berdakwah? Mana ikhlas mereka dalam mencari rezeki? Dimana percaya mereka pada rezeki Allah? Bukan untuk mempertikaikan rezeki Allah, tapi kalau tanpa usaha, macamana rezeki nak ada. Bukankah mencari rezeki satu tuntutan agama juga? Bila Islam berjaya, dapat keluarkan zakat, dapat bantu orang-orang dapat bekerja, itu kan satu jihad. Ada juga diantara jemaah tabligh yang berhutang tanpa melansaikan hutang, post di facebook seolah2 mereka ada ilmu yang tinggi, tahu tentang agama, tapi mereka lupa, melunaskan hutang-hutang juga adalah wajib. Allah…saya amat menghormati sebahagian jemaah tabligh yang masih tahu tentang tangungjwab mereka pada kerja, masyakarkat dan juga keluarga mereka. Semoga sebahagian jemaah tabligh yang bagus dapat membina dan berdakwah dengan berkesan sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*