Tag Archives: couple

Gejala ‘Ikhtilat’ merosakkan umat

Pada hari ini gejala ikhtilat (bercampur-gaul) di antara lelaki dengan perempuan berlaku dengan meluas sekali. Seolah-olah seperti tiada siapa yang menyedari perkara tersebut termasuk suatu yang terlarang di sisi agama. Disebabkan hilangnya kesedaran itu jugalah, maka ia menjadi salah satu faktor yang mendedahkan kaum wanita kepada pelbagai bentuk ancaman keselamatan dan maruah. Allah s.w.t berfirman (maksudnya): “…hendaklah kamu tetap di ... Read More »

Apakah jodohnya penzina juga?

Adakah seorang gadis yang pernah membuat zina, tetapi telah bertaubat dengan sesungguhnya (taubat nasuha) akan mendapat jodoh penzina juga? Sedangkan dia benar-benar telah bertaubat dan berusaha menjadi wanita solehah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, jika seseorang sudah bertaubat dengan sebenar-benarnya (taubat nasuha), nescaya bukti nyata dan jelas akan hasil taubatnya yang tulen adalah dengan perubahan seluruh gaya hidupnya yang berkaitan hubungan ... Read More »

Nikah Khitbah: Tiket untuk bercouple

Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yang diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat. Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “coupling” (dulu disebut berdua-duaan atau merendek) antara lelaki ... Read More »