Tag Archives: islam

Perlihatkanlah kekuatan-Mu kepadanya!

Suatu pagi, seorang lelaki pergi memburu mencari rezeki yang halal. Namun, sudah hampir malam, dia belum mendapatkan satu pun binatang buruan. Lalu dia berdoa sepenuh hati: “Ya Allah, anak-anakku menunggu dengan kelaparan di rumah, berilah aku seekor binatang buruan.” Tidak lama setelah berdoa, Allah memberikannya rezeki, jala yang dibawa pemburu itu mengenai seekor ikan yang sangat besar. Dia pun bersyukur ... Read More »

Raja dan menteri: Hikmah di sebalik musibah

Di benua Afrika terdapat seorang Raja yang suka memburu. Beliau mempunyai seorang menteri yang sangat rapat dengannya. Setiap kali memburu, raja akan membawanya bersama. Menteri ini mempunyai kebiasaan yang mana jika mendengar sebarang musibah, dia akan katakn “al khair khiyaratullah (ada kebaikan dan hikmah disebaliknya, pilihan Allah adalah terbaik)”. Pada suatu hari, Raja membuat sedikit persediaan dengan mengasah alatan memburu, ... Read More »

Kota yang tidak akan rosak, pemiliknya tidak akan mati

Seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk bertanya setiap pengunjung adakah cacat dan cela dan kekurangan kota yang dibangunkannya itu. Hampir seluruh orang yang ditanya menjawab tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota ... Read More »

Karamah Umar Al-Khattab: Telefon tanpa wayar pertama

Dikisahkan bahawa Umar bin Khattab radhiallahu ‘anhu mengangkat Sariyah bin Zunaim al-Khalji sebagai pemimpin salah satu angkatan perang kaum muslimin untuk menyerang Parsi. Di Gerbang Nahawand, Sariyah dan pasukannya terdesak kerana jumlah pasukan musuh yang sangat banyak, sehingga pasukan muslim hampir kalah. Sementara di Madinah, Umar naik ke atas mimbar dan berkhutbah. Di tengah-tengah khutbahnya, Umar berseru dengan suara lantang: ... Read More »

Kisah ‘Si Gila’ dengan Khalifah

Dikisahkan bahawa Buhlul adalah merupakan seorang lelaki gila pada zaman al-Khalifah al-‘Abbasi Harun Ar-Rasyid. Pada suatu hari, Harun Ar-Rasyid lalu berdekatan dengannya. Ketika itu dia sedang duduk di sisi kubur. Harun Ar-Rasyid berkata kepadanya dalam keadaan menghina: “Wahai Buhlul, wahai si gila, bilalah kamu ni akan ada akal?” Buhlul pun memanjat sebatang pokok sehingga sampai ke tempat yang paling tinggi. ... Read More »

Kerinduan Madinah terhadap azan zaman Rasulullah

Dalam Tarikh Dimasyq karangan Ibnu Asakir disebutkan bahawa Sayyidina Bilal pernah bermimpi bertemu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Dalam mimpi tersebut Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Kekeringan apa yang telah melandamu ini wahai Bilal? Bilakah datang waktumu untuk mengunjungiku?” Lalu Bilal tersedar dalam keadaan sedih. Setelah itu ia menaiki kenderaannya menuju Madinah, mendatangi kuburan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam lalu menangis di ... Read More »