Tag Archives: isteri Nabi

Rasulullah melamar dan menikahi Aisyah dan Saudah

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bernikah dengan beberapa orang wanita setelah kewafatan Khadijah binti Khuwailid. Aisyah radhiallahu ‘anha berkata: “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah bernikah dengan wanita lain untuk memadukan Khadijah, kecuali setelah Khadijah meninggal dunia.” (Sahih Muslim, no. 4466) Di antara isteri-isteri yang pernah dinikahi oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selepas kewafatan Khadijah ialah Aisyah binti Abu Bakar, ... Read More »

Hadis Al-Ifki: Ummul Mukminin Aisyah difitnah

Firman Allah Taala: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini –dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya)– sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Al-Hujurat ayat 6) Fitnah, suatu yang tidak disukai oleh sesiapa pun jika dirinya menjadi ... Read More »