Tag Archives: kematian

Mati hidup semula: Lima kisah dari Al-Quran

Kekuasaan Allah Taala untuk menghidupkan kembali makhluk yang telah mati adalah suatu perkara yang wajib seseorang manusia itu beriman dengannya dan ia tidak boleh diragui. Di sini saya ingin kongsikan lima kejadian di mana Allah telah menghidupkan kembali makhluk-Nya yang telah mati sebelum hari Kiamat, dan kisah ini telah dirakamkan oleh-Nya dalam Al-Quran. Yang menakjubkan, semuanya ada pada surah Al-Baqarah. ... Read More »

Ke mana arah tuju roh selepas mati?

Dari Al-Barra’ bin Azib, dia bercerita: “Kami berangkat bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengiringi seorang jenazah Ansar. Kemudian kami tiba di perkuburan. Ketika tanah digali, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam duduk dan kami pun duduk di sekitarnya, sedang tangan beliau membawa dahan yang beliau pukulkan ke tanah. Beliau mendongak kepala beliau ke langit dan berkata: “Mintalah kalian perlindungan kepada Allah dari ... Read More »

‘Kematian’ juga pasti akan mati

Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Allah mengumpulkan manusia pada hari Kiamat di satu tanah lapang kemudian Dia mendatangi mereka, Dia berfirman: “Ingat, setiap manusia mengikuti apa yang pernah disembahnya.” Lalu penyembah salib diperlihatkan penjelmaan salibnya, penyembah patung diperlihatkan penjelmaan patungnya dan penyembah api diperlihatkan penjelmaan apinya lalu mereka ... Read More »

Wafatnya Khalifah Umar Al-Khattab

Khutbah terakhir Umar Al-Khattab Dari Ma’dan Bin Abu Thalhah Al Ya’mari bahawa Umar Bin Al-Khathab berdiri di atas mimbar pada hari Jumaat, kemudian memuji dan mengagungkan Allah lalu menyebutkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan Abu Bakar, kemudian berkata: “Aku bermimpi dan aku menganggapnya itu adalah pertanda akan tibanya ajalku, aku bermimpi seakan-akan seekor ayam jantan mematukku dua kali.” Ma’dan berkata: ... Read More »

Hadis: Kewafatan Rasulullah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Saya menulis hadis-hadis di bawah dengan turutan mengenai kewafatan Sayyidina Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang dicintai seluruh alam. Mungkin ada juga hadis yang belum ditemui oleh saya selain apa yang tercatat di sini. Jika ada sesiapa yang mempunyainya, sila letakkan di bahagian komentar.     1. Dari Abu Sa’id Al Khudri ... Read More »

Ucaplah tahniah atas kematian isteriku

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera. Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan ... Read More »