Tag Archives: malaikat

Hampir saja Malaikat itu dilihat manusia semuanya

Diriwayatkan oleh Abu Sa’id Al-Khudri, dia berkata: “Pada suatu malam, Usaid bin Hudhair membaca (surah Al-Baqarah) di tempat penambatan kudanya. Tiba-tiba kudanya meronta-ronta. Dia membaca lagi, dan kuda itu pun meronta-ronta lagi. Kemudian dia membaca lagi, dan kuda itu meronta-ronta kembali. Usaid berkata: “Saya khuatir kuda itu akan memijak Yahya (anaknya yang ada di sisi kuda tersebut), maka aku pun ... Read More »

Ke mana arah tuju roh selepas mati?

Dari Al-Barra’ bin Azib, dia bercerita: “Kami berangkat bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengiringi seorang jenazah Ansar. Kemudian kami tiba di perkuburan. Ketika tanah digali, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam duduk dan kami pun duduk di sekitarnya, sedang tangan beliau membawa dahan yang beliau pukulkan ke tanah. Beliau mendongak kepala beliau ke langit dan berkata: “Mintalah kalian perlindungan kepada Allah dari ... Read More »

Si Kusta, si Botak dan si Buta menghadapi ujian kesihatan dan harta

Tersebutlah akan kisah yang diceritakan oleh sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yakni Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu bahawa dia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada tiga orang dari Bani Israil yang menderita sakit. Yang pertama menderita penyakit kusta, yang kedua berkepala botak dan yang ketiga buta. Allah Ta’ala menguji mereka dengan mengutus malaikat menemui mereka. Yang pertama, malaikat mendatangi orang ... Read More »

Qarin: Pendamping setiap manusia

Qarin yang bermaksud ‘pendamping’ adalah makhluk dari kalangan jin dan juga malaikat yang dicipta oleh Allah untuk mendampingi manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada Qarinnya sendiri. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, Qarin Rasulullah dari jin kafir telah diislamkan. Manakala pada manusia yang lainnya Qarinnya masih kafir. Dari Abdullah bin Mas’ud bahawa Rasulullah shallallahu ... Read More »

Wahai Saya bin Ibu Saya

Wahai Saya Bin Ibu Saya, wahai Saya Bin Ibu Saya, wahai Saya Bin Ibu Saya. Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah, yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ingatlah wahai Saya ... Read More »

Adakah manusia tidak akan masuk neraka jika hari hujan?

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jemaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama. Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah ... Read More »