Tag Archives: raja

Teguran Imam An-Nawawi terhadap Raja yang ingin mengambil harta rakyat

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (631-676H) telah diminta oleh Raja pada zamannya bernama Al-Malik Al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad. Read More »

Dua Raja keluar dari kerajaannya menuju redha Allah

Telah diceritakan oleh Abdullah bin Mas’ud, sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya: “Tatkala seseorang (raja) dari umat sebelum kalian sedang bertafakur di kerajaannya, dia menyedari bahawa apa yang ada padanya telah menyibukkannya dari beribadah kepada Rabbnya, lantas pada suatu malam dia keluar dengan sembunyi-sembunyi dari istananya dan pada pagi hari dia berada di kerajaan orang lain. Kemudian dia mendatangi pesisir ... Read More »

Perlihatkanlah kekuatan-Mu kepadanya!

Suatu pagi, seorang lelaki pergi memburu mencari rezeki yang halal. Namun, sudah hampir malam, dia belum mendapatkan satu pun binatang buruan. Lalu dia berdoa sepenuh hati: “Ya Allah, anak-anakku menunggu dengan kelaparan di rumah, berilah aku seekor binatang buruan.” Tidak lama setelah berdoa, Allah memberikannya rezeki, jala yang dibawa pemburu itu mengenai seekor ikan yang sangat besar. Dia pun bersyukur ... Read More »

Raja dan menteri: Hikmah di sebalik musibah

Di benua Afrika terdapat seorang Raja yang suka memburu. Beliau mempunyai seorang menteri yang sangat rapat dengannya. Setiap kali memburu, raja akan membawanya bersama. Menteri ini mempunyai kebiasaan yang mana jika mendengar sebarang musibah, dia akan katakn “al khair khiyaratullah (ada kebaikan dan hikmah disebaliknya, pilihan Allah adalah terbaik)”. Pada suatu hari, Raja membuat sedikit persediaan dengan mengasah alatan memburu, ... Read More »

Kota yang tidak akan rosak, pemiliknya tidak akan mati

Seorang raja berhasil membangunkan kota dengan segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga diperintahkan untuk bertanya setiap pengunjung adakah cacat dan cela dan kekurangan kota yang dibangunkannya itu. Hampir seluruh orang yang ditanya menjawab tidak ada cacat dan celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota ... Read More »