Tag Archives: syurga

Kita masuk syurga hanya kerana rahmat Allah

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak ada seorang pun yang masuk syurga kerana amalannya.” Para sahabat bertanya; “Begitu juga dengan engkau wahai Rasulullah?” Beliau bersabda: “Ya, kecuali bila Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya padaku, oleh kerana itu berlaku luruslah dan bertaqarublah dan janganlah salah seorang dari kalian mengharapkan kematian, jika dia orang baik semoga saja ... Read More »

Mahsyar: Manusia memohon syafaat para Nabi

Rasulullah shallallahu ‘alahi wasallam bersabda: “Aku pemimpin anak cucu Adam pada hari Kiamat dan itu bukannya aku membangga-banggakan diri, ditanganku ada bendera pujian, dan itu bukannya aku membangga-banggakan diri, dan tidaklah seorang Nabi pun selain Adam kecuali berada di bawah benderaku ketika itu, aku adalah orang pertama yang bumi dibelah untukku, dan itu bukannya aku membangga-banggakan diri.” Beliau bersabda lagi: ... Read More »

Azan & Muadzin: Sejarah, kelebihan dan amanah Rasulullah

Azan adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru supaya berkumpul untuk mengerjakan solat fardu. Iqamah pula bermaksud sebutan tertentu untuk memberitahu para jemaah untuk mula mengerjakan solat. Seruan azan mempunyai sejarahnya tersendiri. Ia tidak didapati pada zaman Nabi-Nabi terdahulu. Begitu juga seorang muadzin, yakni ... Read More »

Melihat Zat Allah pada Hari Kiamat

Siapa yang tidak mahu melihat Zat Allah? Dialah Tuhan yang telah mencipta Adam dari tanah serta keturunannya, Tuhan yang disembah oleh manusia yang beriman, Tuhan yang telah menetapkan segala qada’ dan qadar, Tuhan yang memiliki Arasy, Tuhan yang membalas segala amalan makhluk-Nya. Semua makhluk berharap dapat melihat Rabb mereka dengan mata kepala sendiri. Ingatlah peristiwa yang dirakamkan Allah dalam Al-Quran: ... Read More »

‘Kematian’ juga pasti akan mati

Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Allah mengumpulkan manusia pada hari Kiamat di satu tanah lapang kemudian Dia mendatangi mereka, Dia berfirman: “Ingat, setiap manusia mengikuti apa yang pernah disembahnya.” Lalu penyembah salib diperlihatkan penjelmaan salibnya, penyembah patung diperlihatkan penjelmaan patungnya dan penyembah api diperlihatkan penjelmaan apinya lalu mereka ... Read More »

Apakah kamu diutus kepadaku sebagai pengawas?

Setiap manusia pasti akan melakukan dosa kecil mahupun dosa besar kecuali para Nabi dan Rasul yang maksum. Oleh kerana itu kita perlu ada sifat ihsan sesama makhluk Allah Taala dengan selalu memberi harapan bahawa adanya jalan keluar dari segala dosa dan kemaksiatan yang dilakukan mereka. Janganlah kita menjadi penghukum dan mengambil alih kerja Tuhan dalam menentukan dosa pahala atau seseorang ... Read More »