Tag Archives: umar al-khattab

Khalifah Umar ditegur oleh lelaki yang bermaksiat

Para ulama’ sejak dahulu telah melarang mengintip untuk mencegah kemaksiatan. Hal ini telah ditegaskan oleh Al-Imam Al-Ghazali dalam Ihya Ulum Al-Din: “Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah (pasukan pencegah mungkar) tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini. Read More »

Mahar: Khalifah Umar Al-Khattab ditegur seorang wanita

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah menyebutkan riwayat dalam tafsirnya: Diriwayatkan daripada Masruq, beliau berkata: “Umar bin Al-Khattab radhiallahu ‘anhu menaiki mimbar Rasulullah lalu berkata (berkhutbah): “Wahai sekalian manusia, mengapa kamu terlalu meninggikan mahar wanita. Sesungguhnya dahulu Rasulullah dan para sahabat, jumlah mahar di antara mereka hanyalah empat ratus dirham dan kurang dari itu. Jika meninggikan mahar adalah tanda ketaqwaan kepada Allah ... Read More »

Wafatnya Khalifah Umar Al-Khattab

Khutbah terakhir Umar Al-Khattab Dari Ma’dan Bin Abu Thalhah Al Ya’mari bahawa Umar Bin Al-Khathab berdiri di atas mimbar pada hari Jumaat, kemudian memuji dan mengagungkan Allah lalu menyebutkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan Abu Bakar, kemudian berkata: “Aku bermimpi dan aku menganggapnya itu adalah pertanda akan tibanya ajalku, aku bermimpi seakan-akan seekor ayam jantan mematukku dua kali.” Ma’dan berkata: ... Read More »

Khalifah Umar Al-Khattab dan Penjual Susu

Pada satu malam Sayyidina Umar radhiallahu ‘anhu bersama khadamnya memantau keadaan rakyatnya di pinggir Madinah sebagaimana rutin hidupnya sebagai Amirul Mukminin. Akhirnya Sayyidina Umar duduk berehat dengan bersandar di dinding sebuah rumah. Tiba-tiba beliau terdengar dua beranak berdialog. Berkata seorang perempuan penjual susu kepada anak gadisnya: “Campurlah susu ini dengan air!” Lalu anaknya membantah seraya bertanya: “Apakah ibu tidak takut ... Read More »

Karamah Umar Al-Khattab: Telefon tanpa wayar pertama

Dikisahkan bahawa Umar bin Khattab radhiallahu ‘anhu mengangkat Sariyah bin Zunaim al-Khalji sebagai pemimpin salah satu angkatan perang kaum muslimin untuk menyerang Parsi. Di Gerbang Nahawand, Sariyah dan pasukannya terdesak kerana jumlah pasukan musuh yang sangat banyak, sehingga pasukan muslim hampir kalah. Sementara di Madinah, Umar naik ke atas mimbar dan berkhutbah. Di tengah-tengah khutbahnya, Umar berseru dengan suara lantang: ... Read More »