
Dari Jabir r.a, berkata bahawa Rasulullah S.A.W telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah S.A.W katanya: Wahai Muhammad demi Allah yang mengutusmu sebagai Nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun di atas sebuah bukit yang lebar, panjangnya bukit itu 30 hasta kali 30 hasta dan di sekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru.
Dan di situ Allah S.W.T mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit serta Allah S.W.T juga telah menghidupkan sepohon pokok delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya. Setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah S.W.T supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh bumi atau apa-apa sahaja sehingga tibanya hari berbangkit. Maka Allah S.W.T pun menerima permintaannya.
Berkatalah malaikat lagi: Oleh itu setiap kali kami naik turun dari langit kami melihatnya sedang sujud. Kami mendapat dalam ilmu bahawa dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah S.W.T. Lalu Allah S.W.T menyuruh malaikat, “Masukkanlah hambaku itu ke dalam syurga dengan limpah rahmatku”. Maka orang itu berkata: “Dengan disebabkan amalku?” Maka Allah S.W.T menyuruh malaikat menghitung semua amalnya dengan nikmat yang Allah S.W.T berikan. Apabila penghitungan dibuat maka amal yang telah dibuat hamba itu selama 500 tahun telah habis dihitung hanya dengan sebelah mata sahaja, yakni nikmat penglihatan yang Allah S.W.T berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain belum dikira.
Maka Allah S.W.T berfirman: “Masukkanlah dia ke ke dalam neraka”. Apabila dia ditarik ke neraka maka ia pun berkata: “Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmatMu”. Lalu Allah S.W.T berfirman kepada malaikat: “Bawakan dia ke mari”. Kemudian Allah S.W.T bertanya kepada hambanya itu: “Siapakah yang menjadikan kamu daripada tidak ada?”. Lalu hamba itu menjawab: “Engkau ya Allah”. Kemudian Allah S.W.T bertanya lagi: “Apakah itu kerana amalmu atau rahmatKu?” Jawab hamba itu: “Ya Allah, dengan rahmatMu”. Allah S.W.T bertanya lagi: “Siapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500 tahun kamu beribadat?”. Jawab hamba itu: ” Engkau ya Allah”. Allah S.W.T bertanya lagi: “Siapakah yang menempatkan kamu di atas bukit yang ditengah-tengah lautan. Dan siapakah yang mengeluarkan air tawar yang bersih dari tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin. Serta siapakah yang menumbuhkan sepohon pokok delima yang mengeluarkan sebiji buah delima setiap hari, padahal buah itu hanya berbuah setahun sekali, lalu kamu meminta supaya Aku mematikan kamu dalam keadaan sujud, jadi siapakah yang berbuat semua itu?”
Lalu orang itu berkata: “Ya Allah, ya Tuhanku engkaulah yang melakukannya”. Allah S.W.T berfirman: “Maka semua itu adalah dengan rahmatKu dan kini Aku masukkan kamu ke dalam syurga juga adalah dengan rahmatKu”. Maka malaikat Jibrail berkata: “Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah S.W.T”.
Amal yang dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat menyamai walaupun setitik debu sekalipun dengan nikmat yang Allah S.W.T berikat kepada hambanya. Oleh itu janganlah mengharapkan amal kita itu akan dapat memasukkan kita ke dalam syurga Allah S.W.T sebaliknya mohonlah dengan rahmatNya. Sebab hanya dengan rahmat Allah S.W.T sahajalah seseorang itu dapat memasuki syurgaNya.
Apabila kita memohon doa kepada Allah S.W.T supaya kita dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatNya, maka mintalah supaya Allah S.W.T memasukkan kita dengan rahmatNya ke dalam syurga Firdaus.










nice post, nak share boleh ke?
pernah baca sebelum ni. betullah. siapalah kita untuk mengukur amalan kita. sedangkan segalanya dari Allah. Tidak layak untuk kita menghitung amalan kita untuk mendapat balasan syurga… Kerana Rahmat Allah baru kita dapat merasai Syurga
nice post, ;D
mula-mula tak berapa faham. lepas tu baru betul-betul faham . terima kasih kerana berkongsi.
bro,izin mintak copy nk share blh?
Alhamdulillah…
terima kasih kerana berkongsi..alhamdulillah..
terima kasih kerana berkongsi..
mohonlah apa saja dengan rahmat dari Allah.2.13am baru saya tahu apapn yg kita mohon mestilah disertakan
dengan rahmat Allah.besar manakah nanti amalan kita akn dihitung.rahmat Allah lg besar.Ya-Allah Ya-Allah.
pos yg menarik..
Aku a bit confuse lah kat cni..kenapa kt disuruh melakukan kebaikan yakni amalan yang baik, tetapi ia tidak dikira, sedangkan rahmat dari Allah yang menentukan kt masok ke syurga..? boleh sesiapa tolong jelaskan..? syukran
tidak diciptakan jin dan manusia kecuali hanya utk beribadah kepada Allah… jadi di sini Allaah ingin menguji hambaNya yang mana satu lebih bertaqwa disisiNya.. setiap amalan akan dihitung, jika banyak amalan baik, maka dengan rahmat dan kasih sayang Allah, maka dia akan masuk syurga, namun jika sebaliknya, dia tak dapat rahmat Allah dan masuk neraka.. harap anda jelas.. ibadah wajib dilakukan kerana ia perintah Allah, namun kita tak boleh nak masuk syurga disebabkan ibadah kita walau byk sekalipun, bermakna Allah tak benarkan manusia itu sombong dan bangga.. kerana di syurga tiada sifat2 keji..
Sdr jangan terkeliru, apakah maksud sdr dengan amal baik tu? Saya fikir sdr kena tahu bagaimana cara mencari rahmat Allah, dan satu lagi, tentang hablumminannas. Saya ada sikit maklumat tentangnya.
Salam
Maaf, sy mendapat tahu bahawa hadith yg saudara bawakan itu adalah hadith yang bermasalah. Saya tidak komen mengenai content hadith tersebut cuma sekadar memberitahu. Ianya seperti berikut :
قال ابن رجب رحمه الله:
وخرَّج الحاكم هذا المعنى مرفوعاً من رواية سليمان بن هرم القرشي ، عن محمد بن المنكدر ، عن جابر ، عن النَّبيِّ – صلى الله عليه وسلم – :أنَّ جبريل أخبره أنَّ عابداً عبد الله على رأس جبلٍ في البحر خمس مئة سنة ، ثم سأل ربَّه أنْ يَقبِضَهُ وهو ساجدٌ ، قال : فنحن نمُرُّ عليه إذا هبطنا وإذا عرَجنا ، ونجد في العلم أنَّه يُبعث يَوْمَ القيامةِ ، فيوقف بَيْنَ يدي الله – عز وجل – ، فيقول الربُّ – عز وجل – : أدخلوا عبدي الجنة برحمتي ، فيقولُ العبدُ : يا ربِّ ، بعملي ، ثلاثَ مرَّات ، ثم يقول الله للملائكة : قايسوا عبدي بنعمتي عليه وبعمله ، فيجدون نعمة البصر قد أحاطت بعبادةِ خمس مئة سنة ، وبقيت نِعَمُ الجسد له ، فيقول : أدخلوا عَبْديَ النار ، فيجرُّ إلى النار ، فينادي ربه : برحمتك أدخلني الجنَّة ، برحمتك ، فيدخله الجنَّة ، قال جبريل : إنَّما الأشياءُ برحمة الله يا محمد . وسُليمان بن هرم ، قال العقيلي : هو مجهول وحديثُه غيرُ محفوظ [جامع العلوم والحكم/460]
Hadith ini terdapat dlm Jami’ al-Ulum wa al-Hikam.
Imam Ibn Rajab berkata: Dan Sulaiman bin Harim (menurut) kata al-’Uqaili [al-Dhu'afa' (2/144)] majhul (tidak dikenali) manakala hadithnya tidak mahfuz (terpelihara)
قال الشيخ طارق عوض الله معلقا:
أخرجه الحاكم(4/250) وصححه،فتعقبه الذهبي بقوله:(لاوالله،وسليمان غير معتمد)
وذكره الذهبي في ترجمة سليمان هذا من (الميزان 2/228)،وقال:(لم يصح هذا،والله تعالى يقول:ادخلوا الجنة بما كنتم تعملون ولكن لاينجي أحدا عمله من عذاب الله،كما صح،بلى،أعمالنا الصالحة هي من فضل الله علينا ومن نعمه،لابحول منا ولاقوة،فله الحمد على الحمد له). اهـ
Kata Syaikh Thariq ‘Iwadullah:
Diterbitkan oleh al-Hakim (4/250) dan beliau mensahihkannya. Tetapi dibantah oleh al-Dzahabi dengan katanya: “Tidak! Demi Allah. Sulaiman tidak diperakui.
Dan menyebut ai-Dzahabi tentang biografi Sulaiman ini dalam (al-Mizan 2/228): Tidak sah (hadith) ini. Dan Allah S.W.T berfirman: “Masuklah kamu ke dalam syurga dengan apa yang kamu amalkan.” [ al-Nahl:32].
Namun begitu, amalan seseorang tidak dapat menyelamatkannya daripada azab Allah sebagaimana (yang diketahui secara) sahih. Bahkan amalan-amalan saleh kita adalah kerana kurniaan Allah atas kita dan nikmat-Nya. Bukan (kerana) keadaan kita dan kekuatan kita. Maka bagi-Nya segala pujian.
وقال الشيخ ماهر الفحل:
وهذه القصة مع ضعف سندها ونكارة متنها تخالف نص القرآن : { ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ } [ النحل : 32 ] ، وانظر : ميزان الاعتدال للذهبي 2/228. اه
Dan berkata Syaikh Mahir al-Fahl:
Kisah ini daif sanadnya mungkar juga matannya…….ـ
Wallahu’alam….
(Cdt to Ust Razmin).
Tuan, ana rasa moral cerita ini mengisahkan Rahmat Allah & kesombongan Hamba Allah.
Dia berasa dia layak ke syurga kerana amalnya yg sangat banyak.
Nabi Nuh A.S berdakwah selama 950 tahun siang dan malam.
Baginda sendiri risau akan nasibnya di akhirat.
Sebenarnya, Allah tidak suka dgn perkataan “KU”.
Sebagaimana kisah Nabi Musa AS yg ditanya Allah.
“Wahai Musa, Apakah ditanganmu?”
Maka jawab nabi Musa AS “Wahai Allah. Ini tongkatku”
Dengan tongkat ini, aku bisa melakukan pelbagai perkara”
Allah sangat murka dengan perkataan KU ini. Maka ditukarkan tongkatnya yg sblm itu memberikan manfaat kepadanya menjadi mudharat kpdnya. (Menjadi Ular yg besar)
tq,,mohon untuk copy utk dkongsi..
macam mana nak dapat rahmat allah?
Saya ada sikit maklumat tentangnya.
mohon share ye
menarik..alhamdulilah..jangan berbangga dengan ibadat….kita masuk syurga kerana rahmat ALLAH.. jadi lepas ini kite kene berdoa AGAR ALLAH masukan kita ke dam syurga dengan limpah rahatnya…
Apakah usaha sdr?
Benar… kita tidak masuk syurga kerana amalan kita ….
tapi kerana mendapat rahmat dari Allah S.W.T..
oleh itu bnyakkan doa dan amalan untuk mendapat keredhaanNya…
Rahmat Allah tidak boleh diharapkan dengan berdoa sahaja. Mesti diusahakan. Wallahu-a’lam.
Ya Allah malunya hamba mu ini
menarik btul,terima kasih krna berkongsi
ingat wahai hamba allah semua,,rahmat allah akan diberi kepada hamba yang dia kasih …bagaimana ingin menjadi kasih allah…jawapannya setiap ibadat perlulah ikhlas KERANANYA dan semua perkara yang berlaku adalah KERANANYA…jangan disabitkan dengan perkara yang lain…contoh mengapa ada orang yang rajin beribadah seperti sembahyang puasa dll,,tapi sikapnya masih suka berdusta bermegah riak sombong dsb…mengapa??/…pernah tuan dengar kata-kata ini ..sembahyang dapat mencegah sesaorg dari kemungkaran..tetapi mengapa kemungkaran tetap berlaku..sebab roh ibadah itu tidak ada dalam hati sesaorang iaitu ikhlas KERANANYA…jika ikhlas berada di hati maka BERIMANLAH kita…kesimpulannya rahmat allah hanya khusus untuk org beriman dan bukan sekadar islam sahaja…lihatlah rukun islam dan rukun iman…ramai orang hanya menurut rukun islam sahaja tetapi rukun iman kurang…allah hanya memilih orang islam yang beriman sahaja utk mendapat rahmatnya. sekian tk
terlupa saya,,,ingat setiap ibadat adalah KERANANYA..bukan kerana yang lain …contoh kerana nak masuk syurga kerana nak mengelak masuk neraka kerana takut org kata, takut kena marah,dsb…..cuma yang perlu kita minta ialah pintalah keredoanya,rahmatnya dan keampunannya seikhlas-ikhlasnya.