Sehari bersama pemilik Justkhai.com

On 09/05/2010, in Uncategorized, by admin

Salam. Semalam satu hari aku tak online sebab menghadirkan diri ke perjumpaan orang-orang bujang dan kacak di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Antara yang hadir dalam acara lepak dan santai ini adalah Encik khai (pemilik Oh! Media), tiga orang kawannya dan aku. Antara agenda yang kami buat adalah menonton wayang, sesi berkenal-kenalan, main arcade game, shopping dan window shopping serta menghabiskan masa dengan gelak tawa.

Dah banyak blogger aku kenal dan berjumpa tapi blogger yang seorang ni memang payah betul nak ajak lepak atau berjumpa kerana dia seorang yang mementingkan privasi dan begitu sibuk dengan kerjayanya sebagai full time blogger. Okey jom lihat apa yang kami buat satu hari di Mid Valley.

Aku tiba di Mid Valley dalam jam 1 petang dan terus mengambil tiket wayang yang ditempah oleh khai secara online di kaunter reservation. Hampir jam 2 petang barulah khai (pakai kasut crocs baru) dan kawan-kawannya tiba. Kami pergi melantak sarapan di McDonald’s berhadapan dengan GSC dan ianya disponsor oleh khai. Selesai makan, jam 2.15 petang wayang pun bermula.

Kami berlima menonton filem Ip Man 2 dan ceritanya sangat menarik. Banyak aksi kungfu dalam cerita ni selain adegan lawak yang membuatkan aku hampir pecah perut ketawa. Aku malas nak review tentang filem ni, apa kata korang yang masih belum tonton dipersilakan menonton filem ni. Serius best! Terima kasih khai sebab sponsor tiket wayang.

Selesai wayang, kami pun pergilah pusing satu Mid Valley windows shopping. Aku ni tak berapa nak ada duit, jadi tak adalah shopping apa-apa, tapi khai boleh bantai beli dua CD game Sony PS3 yang dianggarkan bernilai RM405. Aku lupa nama game tersebut, tunggu khai review la nanti. Memang kaya khai ni selamba saja keluar duit semata-mata beli benda yang dia betul-betul minat. Tapi khai kempunan tak dapat beli satu benda ni. Nak tahu apa dia?

Gambar di atas ni adalah sebuah gadget yang dipanggil pendrive. Pendrive brand HP ni saja aku tunjuk pada khai sebab minggu lepas aku baru saja beli di Plaza Lowyat. Apa yang best tentang pendrive ni, ianya kecil, smart dan mempunyai klip untuk korang selitkan pada baju, seluar, beg atau kat mana-mana pun yang korang suka. Warnanya silver metallic dan berharga dalam RM45 untuk 4GB, RM70 untuk 8G. Puas kami pusing satu Mid Valley sampai pergi kedai HP, tapi tak jumpa-jumpa pun pendrive ni. Khai, nanti kau cari la kat Lowyat ye!

Selesai shopping, kami pergi main game arcade Daytona kat sebelah GSC. Lima round main game yang sama saja dan game tu memang tak boring kalau korang main banyak kali. Aku asyik dapat tempat ketiga saja. Maklumlah dah tua-tua, main game dengan orang-orang muda memang tak boleh lawan. Kemudian kami lepak kat foodcourt makan minum apa yang patut sambil berborak sakan. Aku dah overdose dan kami masing-masing merempit balik. Tak sempat racing ngan khai. The end.

Notakaki: Entri ini ditulis secara ikhlas untuk mengucapkan terima kasih kepada khai kerana menjemput aku ke Mid Valley serta bermurah hati belanja macam-macam. Aku nak bayar tak bagi… :P

Random Posts:

 

90 Responses to “Sehari bersama pemilik Justkhai.com”

  1. mrkay says:

    cis khai! janji dgn aku dah lama. tp sampai sekarang janji-janji manis mu tinggal janji sahaja. sampai hati kau! *sobs*

    • syahirul says:

      huhu.. jgn sedih beb.. dia bz tu.. hahhaa (bz la sgt)…

    • Kreuger says:

      @mrkay, same la… khai bukan berani nak jumpe aku pon.. hahaha dari mase aku bujang sampai la nak dapat anak dah… tak pernah jumpe.. aku siap ajak layan karaoke dengan deennasour.com pon dia bagi memacam alasan.. macam la aku nak tackle dia.. *bweekk…* keh keh keh..

      P/S: khai.. nanti kot dah lahir baby aku, meh la datang umah. bukan jauh pon..
      erk.. ni blog sapa eh?

      • syahirul says:

        ni blog aku.. hahaa.. tunggu khai dtg jawab la.. kalo dia dtg.. ko kene ayat dia lebih sket baru dia jumpa kot.. hehehe…

    • Khai says:

      @mrkay n man… huhu… nnt la bro2 ye kalau ada rezki kita ketemu.. teehee!! :D

      note: ala azmanishak buat cerita bohong pasal karaoke.. ntah bila ntah.. huhu

  2. joegrimjow says:

    wohoo
    balik nanti nak jumpa dengan dia jugak la
    best ni blaja dengan full time blogger!

    cd ps3 malaysia mmg mahal ek?
    haishhh

    • syahirul says:

      ye, lebih kurang rm200 satu.. kat sana murah ke joe? erm nak jumpa khai? leh la skali nanti kalo dia ajak.. hehe…

  3. Scromix says:

    td die ada tnjuk cd god of war… haha game 2 x best le…
    awat x beli avatar? pergh cd ori tuh… haha sempoi la anak bujang sarapan jam 2 ptg :D

    • syahirul says:

      standard la tu kami yg ‘amat muda’ ni sarapan 2 pm, waktu tu la baru dtg kelazatan dlm perut.. haha.. game tu no komen la sbb aku tak penah main pon..

  4. Fazreen says:

    sial ko dh rembat pendrive tu…rembat senyap2 pulak tu..hahaha

  5. denaihati says:

    Memang best kalau dapat dibalanjakan orang…murah rezeki yg belanja tu.

  6. TMUkmkd says:

    huh date ngan khai siot :D

    haha baik tol hati si khai belanja

  7. imran says:

    Orang belanja memang best. Dapat pulak kalau fully sponsored :D

  8. Encik Luth says:

    bukan senang nak keluar date dengan khai. hang kan otai blogger, syah!

  9. hydir says:

    hoho..jalan sakan nampak. Member dia tu blogger jugak ke?

    • syahirul says:

      member dia bukan blogger bro.. hehe.. just kwn2 rapat aje.. tapi kwn2 dia mmg sempoi, satu kepala ngan aku.. haha

  10. Piratz says:

    Khai dah jumpe.. aku bile plak… hahaha

  11. eyra says:

    ni yang jeles gila ni. hahahahahaha khai, bulan 8 uu kena date ngan i pulak! tahun lepas ajak date tak jd. tahun ni 3hb 8 yer..jgn buat2 lupa. kahkahkahkah

    • syahirul says:

      hahahaha.. nak date waktu twin birthday lak tu.. taklehblahlangsong! hahaa.. tak baik jeles2 oke..

      • eyra says:

        @syahirul, hahahah lu apehal? jeles? kahkahkahkah. last year birthday i dah date ngan uu and anarm ckup la. sampai skrg i teringat2 i takdapat topup beday khai tu sbb uuu dapat!

  12. Rjuna says:

    Err gambar khai takde ke bang, dia tak kasi letak yer

    • syahirul says:

      huhu gambar adalah satu privasi yg amat penting… once u publish it, bom atom meletop.. haha…

  13. bdk_SkemA says:

    fuyooo..mmg best gini..kim slm kt semua2 blogger tu…hehe

  14. apiih says:

    kaye betol khai,2 cd gem tuh dah blh beli hndphone yg cikai2 jerk,..ahahaha..kalau aku,pikir 2 kali bro..ahaha

  15. Rara says:

    mana gambar khai mana gambar khai? iskkk kempunan nak tengok! T_______________T apasal tak curi2 gambar khai pastu bagi upload bagi secara senyap dekat i ha? kah kah kah. mesti khai marah kan nanti? :P

    errr bestnya khai belanja mekdi :( i pon nak jugak tskk

    • syahirul says:

      @Rara, erk… tanya dua kali.. nak gambar khai g la mintak dia.. ramai2 buat petisyen mintak khai tunjuk gambar.. hahhaa… mekdi tu mintak aje kat ynn, mesti dia bg..

  16. aizuddin says:

    2 cd 4 rat..mau menangis nak kuar duit..huhu..
    tapi daytona memang terbaik..lagi ramai lagi best..macam nak buat kat umah je..hehe

    • syahirul says:

      @aizuddin, memang menangis la bg sape yg takde sen byk.. daytona kalo ada kat umah, tak taw la bape juta round main kan? haha

  17. eiyda says:

    xder pon pic khai..hahaha

  18. ejam says:

    majoriti kempunan nak tgk pic abg khai yg kacak tu…termasuklah aku (aku bukan gay yer..hehe)

    • syahirul says:

      @ejam, majoriti aweks2 aje kempunan.. tapi yg laki pon ada gak.. haha kesian korang.. sabo ye.. tunggu la 20 tahun lagi..

  19. eyriqazz says:

    wah,tentu best….oh ya, mana gambar khai?teringin juga nak kenal…

    • Piratz says:

      @eyriqazz, takkan ade nye… kompom syah dah kena suap ngan khai… hahaha.. :D

    • syahirul says:

      @eyriqazz, cis ko piratz batu api eh.. katakanlah aku tak dpt jumpa khai pon, aku still ada pic dia… tapi aku still takkan bg sape2.. its private n confidential.. khai nak suap aku? memang takkan pon.. haha.. aku kan org baik dan jujur, sbb tu dia jumpa aku.. haha (perasan)

  20. Piratz says:

    ko g kan perhimpunan gergasi gengblogger.. jumpa kat situ jerk la kot.. amacam?

  21. x-po says:

    psttttt, aku bayar RM1k utk ko tjkkan pic khai kt sini nak? wakakaka

  22. wazy says:

    wahhh best tu dapat jumpa khai sambil lepak2 kat mid valley

  23. Lady Nass says:

    beshnye dapat jumpa encik sepet…~ tapi lagi best chelsea champi0n tahun ni.h0h0.

    • syahirul says:

      encik sepet = khai eh.. hahaha… ala sejak bila cik nass ni sokong chelsea? bukan MU ke.. hehe.. glory glory…

  24. Khai says:

    eh eh dia ni.. siap tulis entri kat blog.. huhuhu.. time free2 hangout boleh la der.. kalau tak, takkan duit jatuh dari langit kan? tinggal kutip je. hehehe..

    Len kali bawak cik tunang skali.. boleh aku belanja makan, nengok wayang, shopping2.. tp ko xyah ikut la.. sibuk je.. teehee!!

    • syahirul says:

      insyaAllah akan bawak len kali.. tapi dia ada kat semenanjung ni sampai 28hb mei ni aje.. agak2 bila tu lain kali? haha.. aritu ko sendiri tak bg bawak sape2.. ada masa tgk la mcm ne..

  25. Khai says:

    Neway bila2 nnt kalau berkesempatan boleh le lepak lagi. insyaAllah. Tp macam biasa la, ape yg kita cerita dan bualkan, biarlah rahsia bak kata siti nurhaliza. hehehe.

  26. nur says:

    wah en.khai..belanja syah jer..nt date ngn nur lak eh..hahhaa..
    @SYAH:jgn marah….(jelles)

  27. Amir says:

    wow best gile…. baik la khai. :D

  28. Mr.Bintang says:

    siapa yg mai nek helikopter atas tu? kaye².. :P hahaha..

    ada ‘sorang’ lagi blogger yg susah sangat nk turun gath.. :(

    • syahirul says:

      tu khai le dari sudut belakang.. haha.. ye aku taw sape sorg agi tu.. ko la blogger tu sbb susah beno dah 2 tahun aku tunggu..

  29. Kujie says:

    wahh…. siap dtg dgn heli
    gempaQ habis MV

    hehehe

  30. Pisyek says:

    wow~ jelez gile… xde sape2 nk blnje aku plak ke? XD

  31. myebuzz.net says:

    Sehari bersama pemilik Justkhai.com | syahirul.com…

    Salam. Semalam satu hari aku tak online sebab menghadirkan diri ke perjumpaan orang-orang bujang dan kacak di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Antara yang…

  32. Wan Perlis says:

    halamak outing dgn justkhai
    ajak la aku sama lain kali
    nak jugak jumpa top blogger

  33. Suraya says:

    bestnye kuar lepak2.. makan mekdi khai belanje plak tu.. lagi la best.. hehe..

  34. chempaka says:

    Waahhh semua kempunan nak jumpa khai ni kan….. hahaha… misteri sangat la si khai ni…. ehhehe

  35. [...] di sini aku mengucapkan berbanyak terima kasih dan aku akhiri dengan ucapan Selamat Hari Guru 2010. Terima kasih [...]

  36. EiNS says:

    Ok ke pendrive HP tu bro? Member aku ada beli…stylo sebab boleh buat tie clip…tapi malangnya performance pendrive tu agak sampah…transfer rate slow gila…pendrive aku yg dah 4 tahun pakai pun lagi laju transfer rate
    .-= Entri terakhir EiNS: Kemeriahan I-City, bandar cahaya di Shah Alam =-.

    • syahirul says:

      @EiNS, eh yeke? aku terai oke aje.. laju.. erm file ape la yg dia transfer tuh? dia nya cap ayam kot.. hahaha…

  37. syafieq says:

    semue nak tgok khai plak..hahah

  38. khai mesti nk lepak ngan aku kan.. haha :D

  39. bolamalaysia says:

    Lol aku suka sangat dengan pendrive cmtu, kecik je dan pasti elegant.

    Susah gila nak tengok muka khai. ;P

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
Free WordPress Themes
Page 1 of 11
WordPress Themes