
Beberapa hari lepas aku ada membuat entri tentang seorang individu yang aku rasa otaknya telah mereng dan berkulat kerana tergamak menghina agama suci Islam di laman web video terkemuka iaitu Youtube. Aku sendiri rasa betanggungjawab telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya tindakan susulan dapat dibuat.
Malam semalam aku saja melihat channel individu tersebut, masih ada akaunnya di Youtube dan tergamak dia menambah lagi satu video yang bertajuk Nabi Musa a.s. Dia telah menghina Nabi Musa pula dalam video keenamnya. Aku tak puas hati dan rasa sakit sangat, lalu aku email pula aduan yang sama kepada beberapa individu dari Harian Metro kerana tiada tindak balas dari SKMM.
Alhamdulillah hari ni bila aku semak email saja, datang satu email dari Biro Aduan Pengguna SKMM yang menyatakan bahawa mereka akan mengkaji dan membuat tindakan lanjut sepertimana yang diadukan. Berikut adalah email aduan daripada aku dan jawapan dari SKMM.


Bersyukur juga aku kerana lepas saja aku semak email tadi, terus aku ke laman Youtube individu yang tak bertanggungjawab tersebut dan kelihatan Youtube telah menutup akaunnya. Syukran! Aku harap individu tersebut dapat didakwa oleh pihak yaang bertanggungjawab kerana telah membuat onar dalam kesucian Islam.
Tahniah! Terima kasih SKMM kerana menjalankan tanggungjawab anda…










thumbs up untuk ko sebab buat aduan pasal benda ni..
agak2 camne smm contact youtube? hehe
@MrRollies, mungkin ada cara tersendiri la tuh.. kalo tak mcm ne byk kes yg melibatkan internet ni leh setel.. even org sebarkan gambar lucah pon kene tahan :P
@MrRollies,
youtube owned by google. google tak nak ada sebarang masalah dengan mana2 kerajaan di dunia ni. so, kalau arahan datang direct dari pihak kerajaan, dia orang akan amik tindakkan pantas untuk ikut apa saja yg kerajaan ni mintak. sebab tu sekejap je dah settel
btw, tahniah syah sebab jalankan tanggungjawab. aku tak sanggup lansung nak tengok video2 tu.
@mrkay, owh mcm tuh… baru aku tahu sebab ape cepat aje prosesnya.. thanx bg taw..
terima kasih syah!
tahniah kerana cepat membuat tindakan. semoga hamba yg Allah cipta tersebut insaf dan kembali semula ke pangkal jalan. Aminn..
@FeezMior, harap dia kene dakwa juga sbb sanggup buat begitu..
Thums up! Kepada Syahirul.com dan kepada SKMM
congrats syah~ keep it up~
accound dia dah delete kot.. hihi
@FeezMior, erm tahla, takkan dia nak delete suka2 saja sbb smlm baru dia upload satu lagi video baru… dia suka api2kan org islam yg komen kat sana..
bagus…
ini la contoh yang kita cari…
bagaimana pula dengan content yang menghina & memburukan orang lain he..23x
@Bro Framestone, boleh juga diadu, tapi mungkin amek masa kot, janji kita perlukan bukti kukuh dan segala butiran utk buat aduan.. screenshot amat penting..
cayalah , terbaik , pasni jumpe lagi aku nk buat gak la , xtaw lak boleh buat aduan cmni .
@aus, aku pon aritu tweet kat kwn2 dlm twitter tanya mcm ne nak adu.. depa kata SKMM.. ape lagi.. jalan..
hoh .. very good
u have done fardhu kifayah and fardhu ain
god bless u brother
@hydir, thank you coz pray for me… may Allah bless all muslim too..
Alhamdulillah, syukur atas tindakan segera dari pihak SKMM dan tidak lupa juga terima kasih pada saudara syah…
i pun tertanya-tanya ni, mcm mana SKMM contact youtube suruh buangkan account tu eyh?hee
btw,terima kasih kerana tolong prevent perkara yang tak patut ni dari terus jadi makin besar
@julietANNA, baca jawapan mrkay atas tu.. dia dah explain smua..
tahniah bro atas usaha yang mulia itu. insyaallah ko akan mendapat ganjaran dariNya atas usaha ini.
ustaz aku pernah cakap, jika ada hambaNya yang memelihara agamaNya (islam) nescaya Dia akan memelihara hambaNya pula
@wandisini, insyaAllah ape yg ko ckp termakbul.. amin..
ha nie baru di katakan anak melayu jati islam…hehehe….kalu thumbs up tu setinggi2 gunung tinggi lg pujian….Allah memberkati ape yg anda buat….
@nur, erk ada istilah anak melayu jati Islam ke? 1st time dengar.. amin doa anda..
congrates dapat solve perkara cmni. memang patut kena hukum sapa yang buat video tu
Salute kat lu bro!!! Thats all.
@Khai, thats all? ok thanx.. haha.. khai iklan 50% oke? hehehe
macam orang buat nak burukkan nama islam,… takbir!!
ALLAHUAKBAR…
perghhhhhhhhhhhhhh !
tahniah kerna berjaya jalankan tgjwab sebagai seorang yg beragama Islam
Salute.
ok ok… series tabik dengan tindakan pantas hang. salute beb…
macho siot tindakan ko.. patut la ko hensem.. Islam Selamanya!!
@Anarm, sejak bila aku hensem? tu statement rasmi blog mana eh? haha
bagus tindakan hang tu
rasanya ada lagi kat utube tu tp bkan yang ni la n dari luar negara pun banyak…
caya lah beb.. tabik spring kat ko.. hehehe.. pasni kalau aku terserempak ngan video² or something yg menghina Islam mcm tu akan aku report terus ke SKMM.. tiada maaf bagi mereka.. hehe…
pastikan bukti mencukupi… huhu..
Tahniah…Kak Jie suka je orang yang berani membuat aduan mcm tu
hehehe… Kak Jie ni org tulis ‘ucapan atas kek’ tak cantik pun hantar email aduan..hehehe
haha… mcm tu pon buat aduan ke? adoiyai..
rajin-rajinlah buat aduan seperi abang kita ni..
oh panas gak ada video yang hina agama ni..bagus bro.. kira dah berjaya mempertahankan islam ni dari dicabul.. jihad fi sabilillah!
Jom Join Contest: Bila Blogger Bercuti!
alhamdulillah.. sikit2 aje… semua org leh wat aduan mcm ni bila jumpa satu benda yg tak kena.. tapi persoalannya, “pekakah kita”?
terima kasih juga kepada bro dengan aduan yang diajukan. kalau takda orang nak adu susah juga dorang nak mencarinya. tahniah bro.
Tahniah dan teruskan usaha.
org mcm ni kasi cincang sampai mampus je…buat lah video berfaedah sikit..
pas cincang bagi anjing mkn…
Tahniah juga kepada pengadu yang bertanggungjawab..!
Bagusnya hang syah!!
eh, biasa aje.. jalankan tanggungjwb…
terbaek ah bro syah..aku suka sikap ko…^_^
Terima kasih Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia | syahirul.com…
Beberapa hari lepas aku ada membuat entri tentang seorang individu yang aku rasa otaknya telah mereng dan berkulat kerana tergamak menghina agama suci Islam…
tahniah dgn rasa tanggungjawab
aku nak report blog abusyafiq la
sape abusyafiq? ada link ke? ape dia wat?
Bagus le. SKMM ni ade jugak tindakan.. or paling kurang dia reply back.. Alhamdulillah.. moga umat Islam di Malaysia terselamat
abu-syafiq.blogspot ke?