Cara mencipta Windows 7 [AIO] DVD

On 16/04/2010, in Uncategorized, by admin

Pasti ramai tertanya-tanya bagaimanakah DVD Windows 7 AIO (All in One) boleh terhasil bukan? Dari gambar di atas, ia menunjukkan bahawa dalam satu DVD mempunyai sembilan pilihan yang boleh dipilih sewaktu korang hendak memasang Windows 7 pada komputer. Di sini aku akan memberi tutorial bagaimana ia dilakukan. Terdapat beberapa langkah mudah untuk menghasilkan DVD tersebut.

Setiap penghasilan pasti memerlukan bahan-bahan supaya objektif yang hendak dicapai akan terlaksana. Di sini korang perlukan bahan-bahan berikut:

» Fail ISO/DVD Windows 7 Ultimate versi 32 bit (x86) | cari sendiri
» Fail ISO/DVD Windows 7 Ultimate versi 64 bit (x64) | cari sendiri
» Windows Automated Installation Kit.iso (WAIK) untuk Windows 7 | muat turun
» DVD Kosong (4.7GB) | cari sendiri

Langkah-langkah penghasilan DVD adalah seperti berikut:
1. Cipta satu folder baru pada Local Disk (D:) korang dan namakannya sebagai AIO.
2. Di dalam folder AIO, cipta dua lagi folder dan namakannya sebagai DVD dan WIM.

3. Ekstrakkan semua fail dari dalam ISO/DVD Windows 7 Ultimate versi 32 bit (x86) ke dalam folder DVD menggunakan perisian WinRAR atau 7 Zip.

4. Pergi ke direktori D:AIODVDsources, cari fail yang bernama ei.cfg dan padamkan ia serta-merta untuk membuka semua versi Windows 7.

5. Ekstrakkan fail install.wim (dalam folder sources) dari ISO/DVD Windows 7 Ultimate versi 64 bit (x64) ke dalam folder WIM yang telah korang cipta tadi dan namakannya seperti rajah di bawah.

6. Install Windows Automated Installation Kit (WAIK) ke dalam komputer dan buka aplikasi Deployment Tool Command Promt.

7. Untuk mencantumkan fail Windows_7×64_ULT.wim dengan install.wim (x86) pada direktori D:AIODVDsources, korang perlu menggunakan command di bawah.

Contoh:
Imagex /export <path_of_source_wim_file> <index_no><path_of_destination_wim_file>
<description_of_edition>

Untuk Windows 7 Home Basic x64:
Imagex /export “D:AIOWIMWindows_7×64_ULT.wim” 1 “D:AIODVDsourcesinstall.wim” “Windows 7 HOME BASIC (x64)”

Untuk Windows 7 Home Premium x64:
Imagex /export “D:AIOWIMWindows_7×64_ULT.wim” 2 “D:AIODVDsourcesinstall.wim” “Windows 7 HOME PREMIUM (x64)”

Untuk Windows 7 Professional x64:
Imagex /export “D:AIOWIMWindows_7×64_ULT.wim” 3 “D:AIODVDsourcesinstall.wim” “Windows 7 PROFESSIONAL (x64)”

Untuk Windows 7 Ultimate x64:
Imagex /export “D:AIOWIMWindows_7×64_ULT.wim” 4 “D:AIODVDsourcesinstall.wim” “Windows 7 ULTIMATE (x64)”

Rujuk kod Index Nos untuk fail Wim yang berlainan: pautan

8. Setelah selesai menyatukan kedua-dua fail Wim dari 64 bit ke 32 bit, kini folder DVD korang telah tersedia. Sekarang korang hanya perlu mencipta fail ISO dari folder DVD tersebut. Caranya adalah dengan menggunakan Deployment Tool Command Promt sekali lagi dengan menaipkan command seperti di bawah.

Contoh:
oscdimg.exe –l<Disc_Label> -t<MM/DD/YYYY:HH:MM> -m -u2 –b<path_of_bootable_img_file> <path_of_installation_source> <path_with_filename_is_to_be_created>

Sebenar:
oscdimg.exe -lWindows7_Retail_AIO_by_Killvearn -t10/30/2009 -m -u2 -bD:AIODVDbootetfsboot.com D:AIODVD D:AIOWiNDOWS7_AIO.ISO

Tips: Korang boleh mengubah Disk Label sepanjang 32 patah perkataan sahaja tanpa selang (gunakan underscore _ )

9. Nantikan proses menyiapkan fail ISO sehingga selesai. Kemudian burn fail ISO tersebut menggunakan Nero atau ImgBurn. Hasilnya seperti rajah di bawah.

10. Periksa DVD yang telah siap diburn di dalam komputer dan jangan lupa cuba fungsi bootablenya dengan merestart komputer korang.

Sekian sahaja tutorial aku kali ini. Jangan tanya aku di mana hendak dapatkan kedua-dua DVD Windows 7 (32 bit dan 64 bit), korang boleh Google sendiri. Versi Windows 7 DVD yang dicipta aku ini adalah versi original Retail dan ianya memerlukan serial key untuk mengaktifkannya.

Notakaki: Esok 17 April aku akan join event untuk blogger yang dianjurkan oleh Nuffnang dan juga Gatsby berlokasi di Times Square, KL. Sila datang untuk memeriahkan lagi suasana.

Random Posts:

 

33 Responses to “Cara mencipta Windows 7 [AIO] DVD”

  1. wazy says:

    haaa ni yang aku carik,hehe aku bookmark dulu page ni,nanti kalau free nak buat la satu DVD win 7 AIO ni,tahnks bro

  2. Anarm says:

    aku dah cukup puas hati dengan win7 yg aku copy dgn ko dulu..

    esok aku join ko lepak2.. kul 10 aku gerak gi klsentral.. lebih kurang 10.30 lebih camtu kot aku sampai klsentral.. pastu gerak gi times dgn eenrockstar.. die cakap nk gerak kul 12..

    • syahirul says:

      kol 10 baru nak gerak dari sana? aku dtg 9.30 kat sana kot… win 7 yg ko dpt dulu jenis yg dah activate ke or retail?

  3. Fazreen says:

    bro..ak nk 1 dvd ni boleh?

  4. azrin says:

    32 dan 64 Bit pon ader…
    tapi au banyak dapat yang Ent N …corporate pack OEM key…

    sapa nak image dier…sila tanya…

    azrin

  5. JHafiz says:

    artikel 7 yg seterusnya!

    boleh juga try pakai ei.cfg Removal Utility Window 7. dulu pernah nak uba buat camni, tapi dah jumpa link dlod All in One, langsung tolak tepi mnde ni. hehe

  6. Kreuger says:

    mak oit.. boleh terberak nak buat mende ni. memang tak paham aku. aku harap blog ni akan kekal terus la eh. jangan close dah. susah aku nak buat tempat rujukan nanti. anyway.. thanks for sharing. really good content.

    • syahirul says:

      hoho thanx 4 support aku.. takkan tak paham.. segala bagai coding kan ko expert.. aneh gak :P hahaha..

  7. Piratz says:

    yea.. aku dah buat dulu gik…. tq la kat ko bro sebab bagi link….

  8. MC says:

    bnyak sungguh cara2 nak buat bende ni..anyway..ak akan K.I.V dulu

  9. miss lolly says:

    Ops.

    bab2 ni l0lly kureng mahir.

    apepun nice sharing :)

  10. [...] Summary « Cara mencipta Windows 7 [AIO] DVD [...]

  11. myebuzz.net says:

    Cara mencipta Windows 7 [AIO] DVD | syahirul.com…

    Pasti ramai tertanya-tanya bagaimanakah DVD Windows 7 AIO (All in One) boleh terhasil bukan? Dari gambar di atas, ia menunjukkan bahawa dalam satu DVD…

  12. v7_some says:

    step no.5 2 kurang paham la..kna extrak win7 ultimate x64 2 dlu lepas 2 baru copy install.wim dan paste kat folder WIM 2 ke?

  13. Afifi says:

    extrak win7 ultimate x64 lepas tu extract lagi fail install.wim dan paste kat folder WIM 2

  14. troll says:

    Saya nak cara buat DVD windows 8 pulak. terima kasih.

  15. HoHoHo! best ni leh wat [OIA] installer! ^^

  16. Salam.. Saya ada Suda 32BIT.. But… Computer Saya Tidak Mau RANNING.. Kenapa eh? Saya juga suda test 82BIT 68BIT… Tidak boleh jga..

  17. pazikal says:

    mcm mane nk mahir guna command promt 2 ek???

    nk blaja… :) :8

  18. henry says:

    ada dvd window 7 ultimate yang suda siap buat? saya tak reti lah nak buat mcm di atas tu.. biul otak aku.. kalau beli yang dah siap buat dengan harga yang murah senanglah….

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
Free WordPress Themes
Page 1 of 11
WordPress Blog