Wahai Saya bin Ibu Saya

Wahai Saya Bin Ibu Saya, wahai Saya Bin Ibu Saya, wahai Saya Bin Ibu Saya. Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah, yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Ingatlah wahai Saya Bin Ibu Saya. Apabila datang kepada kamu dua malaikat  iaitu Munkar dan Nankir, maka janganlah berasa gentar dan takut. Janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu bersusah hati dan terkejut. Ketahuilah wahai Saya Bin Ibu Saya bahawasanya Munkar dan Nakir itu hamba Allah Ta’ala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Ta’ala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka akan menyoal kamu.

Mereka akan bertanya kepada kamu:

Apakah pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah?

Hendaklah kamu menjawab sebegini:

Dia (Muhammad) adalah hamba Allah dan RasulNya, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah hamba dan Rasul Allah.

Wahai Saya Bin Ibu Saya, jika kamu dapat menjawab yang sedemikian, maka kedua malaikat tersebut akan berkata, “Sesungguhnya kami tahu kamu akan berkata sedemikian”. Kemudian kedua malaikat tersebut akan bertanya lagi kepada kamu:

  • Siapakah Tuhan kamu?
  • Siapakah Nabi kamu?
  • Apakah agama kamu?
  • Apakah kiblat kamu?
  • Siapakah saudara kamu?
  • Apakah pegangan iktikad kamu?
  • Apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar dan janganlah bergopoh-gapah. Biarlah tenang dan berhati-hati.

  • Allah Ta’ala Tuhanku.
  • Muhammad Nabiku.
  • Islam agamaku.
  • Baitullah adalah kiblatku.
  • Semua orang Islam dan orang beriman adalah saudara aku.
  • Kitab suci Al-Quran ikutanku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
  • Dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap, “La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah”.

Wahai Saya Bin Ibu Saya, tetapkanlah hatimu. Inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh sehingga sampai satu masa kelak. Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Sedarlah wahai Saya Bin Ibu Saya. Bahawasanya mati ini adalah benar. Soalan malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar. Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar. Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar. Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar. Minum di telaga Kautsar Nabi adalah benar. Adanya Syurga dan Neraka adalah benar. Bahawasanya Hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal pada kamu di sisi Allah Ta’ala. Semoga Tuhan akan memberi kesejahteraan kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Ta’ala menjinakkan hati kamu yang liar dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

“Kullu nafsin zaa iqatul maut” – Setiap yang bernafas, pasti akan merasai mati.

 

20 comments

  1. Ada pembetulan sedikit encik Syahirul, bukannya kita atau diri kita yang menjawab tapi amalan yang kita tunaikan yang akan menjawab persoalan Malaikat Munkar dan Nakir. Hanya berdasarkan pengetahuan saya. Assalamualaikum 🙂

  2. yaAllah..tetapkn lah iman ku, kuat kan aku untuk mu. Hanya padaMu ku memohon permudah kn lah ajal ku dan di alam Barzakh..
    Amin..

  3. terima kasih atas perkongsia yang bermanfaat ini syahirul…

  4. terima kasih banyak atas peringatan. terbaik

  5. Bila dengar talqin ni dibaca dekat kubur masa kebumikan mayat seorang islam, rasa gentar dan luruh hati ini mendengarnya. Umpama insaf dan takkan melakukan segala kesalahan lagi selepas ini. Tapi setelah 7 langkah keluar dari tanah perkuburan, perasaan insaf itu hilang dari fikiran dan hanyut semula dengan kelalaian dunia. Itulah kuatnya hasutan syaitan dan iblis yang mahu menyesatkan umat Nabi Muhammad.

  6. Betul sdr Numan..
    Talkin bukan untuk si mati tetapi utk org yg menghadiri pengkebumian..

  7. minta share ye….

  8. apa password utk tgk page nie Pengalaman di konsert MTV World Stage 2010?

  9. terima kasih diatas perkongsian yg sngt bermanfaat..

  10. Salam syahirul..thanks for sharing..mintak izin tuk share dalam fb?
    Thanks.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*