Wanita pertama masuk syurga sebelum anak Rasulullah S.A.W

On 27/05/2010, in Uncategorized, by admin

Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.

Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”.

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.

Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.

Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”.

Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.

Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.

Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”.

Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”. “Terima Kasih” sahut suaminya.

Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berepa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.

Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.

Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.

Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.

Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.

Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.

——————————————–

Dari kisah yang aku ceritakan di atas, korang dapat lihat bahawa ketaatan seorang isteri kepada suaminya adalah sangat penting dalam institusi rumah tangga. Oleh itu kepada semua wanita yang bergelar isteri, sahutlah seruan cerita ini dan taatlah serta berbuat baiklah kepada suami korang, nescaya korang akan diredhai oleh suami. Fikirkanlah sejenak, di mana kedudukan korang sekarang di sisi Allah kerana keredhaan Allah adalah keredhaan suami korang.

Ingin aku titipkan juga di sini suatu ayat yang pernah aku dengar yang bermaksud:

Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.

Renung-renungkahlah wahai kawan-kawan.

Rujukan: Himpunan kisah-kisah teladan

Random Posts:

 

77 Responses to “Wanita pertama masuk syurga sebelum anak Rasulullah S.A.W”

  1. TMUkmkd says:

    heh bagus cerita ni.. walau acap kali aku dengar.. tapi tak salah dengar lagi :D .-= Entri terakhir TMUkmkd: Keputusan Doodle 4 Google 2010 =-.

  2. hydir says:

    Keredhaan Allah datang selepas keredahaan suaminya dan kedua ibubapanya selagi mana ti dak bercanggah dengan ajaranNya
    .-= Entri terakhir hydir: Setiap hari menodai wanita dengan mataku! =-.

  3. MrSup says:

    salam..

    meremang bulu roma aku bace kisah ni. taatnya isteri kepada seorg suami.. sape leh buat camni kat aku.. :p

    tq syahirul..aku dah jumpa port aku tuk baca kisah para nabi..hehe..
    .-= Entri terakhir MrSup: Wudhuk Zahir Dan Batin =-.

  4. redz one says:

    bes cerita ni…
    teruskan buat artikel camni
    aku suka baca…

  5. eiyda says:

    bukn senang nk jd isteri yang begitu taat macam tu…huhuhu..
    .-= Entri terakhir eiyda: eiyDa::Makan untuk sehat..tapi kesannyer makin tak sihat..keliru2.:: =-.

  6. Syafrizal says:

    amik iktibar..
    dan berusaha untuk jadi macam tu
    .-= Entri terakhir Syafrizal: Ibu pejabat HPA bernilai 54 juta =-.

  7. x-po says:

    mintak2lah tuhan hantar kat aku seorang pmpn cmtu nnt…huhu

  8. wazy says:

    Artikel yang bagus untuk semua wanita
    .-= Entri terakhir wazy: Permainan Sambung Ayat =-.

  9. Wan Perlis says:

    jgn taat kepada perkara yg salah sudah
    .-= Entri terakhir Wan Perlis: Kenapa Youtube video streaming slow ? =-.

  10. Amir says:

    hebatnya perempuan tu. taat pada suami…… kagum dengan keperibadian beliau. rasanya susah nak cari org macam tu skg ni….
    .-= Entri terakhir Amir: MillatFacebook: Facebook Islam Untuk Semua =-.

  11. zik says:

    susah nak cari isteri macam tuh..harap dapatla my future wife nanti.. amin
    .-= Entri terakhir zik: Apple Ipad =-.

  12. Lady Nass says:

    Moga I dapat menjadi wanita seperti di atas. Amin.
    .-= Entri terakhir Lady Nass: SMS tidak berbalas… =-.

    • syahirul says:

      moga2 juak.. taat oke :P

    • mujahidah says:

      insyaAllah…masih ade perempuan seprti itu…memg sush nk cari permata dalam rimbunan kaca…tp kalu ade kesungguhn insyaAllah…mujahid akn bertemu dgn mujahidah…same2la doakan…

  13. nisa says:

    menakjubkan. thanx entry ni. sangat2 berguna untuk saya sebagai seorang anak perempuan dan bakal seorang isteri. ;))
    .-= Entri terakhir nisa: Kesian la demam nii =-.

  14. nur says:

    terharu sangat….dapatkah aku jadi seperti itu?…tp kalu lelaki yang xbetul, macamana kita nak ikut n taat yer?…
    memang benar syurga di bawah tapak kaki suami bg seorang wanita yang bergelar isteri…hope aku dapat menghormati dan mentaati sape2 yang bakal jadi suamiku kelak…amin…

  15. Fadhli says:

    Alangkah bahagia suami yg sentiasa t’senyum dgn ketaatan suami. Mohon share boleh?

  16. ariff says:

    Maha suci Allah.. terima kasih atas cerita yang indah ini…

  17. muthiah says:

    salam..blog yg menarik..

    wanita itu… ehe… siti muthiah…

  18. lemi says:

    masih ada kah? perempuan sebegitu di akhir zaman?

  19. joe nasyid says:

    perempuan sekarang ramai yang ego terutamanya kalau berjawatan besar..dah tak peduli apa yang suami dia katankan..

  20. had says:

    mohon share..

  21. OhCetak.com says:

    Terima kasih kerana share artikel yang menarik ni. :)

  22. ainul says:

    hurm…. tol ke ade potongan ayat yg maksodnye camtue…cube carik surah ape..

  23. Bunga says:

    terima kasih berkongsi.. :)

  24. Idzham says:

    alangkah indahnya kalau ade isteri sebegitu,,, :8

  25. fachri says:

    salam,,ijin kongsi share yee…

  26. makky says:

    Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.

  27. makky says:

    mahu di copy bole enggak?

  28. hamba allah says:

    minta share…;-)

  29. Myra says:

    Maha suci Allah..sgt tersentuh dgn artikel ini..tq 4 sharing..

  30. ara says:

    nk menangis rase mendengar dan membaca artikel ini…ampnkan aku ya allah…..

  31. ida says:

    ampuni aku ya allah..nape mesti aku diuji cam ni skali..

  32. paan says:

    cerita yg mampu membuat air mata menitis..

  33. syockit says:

    Kenapa nama Fatimah ada Siti di awalannya?

  34. adam says:

    mohon share. tq

  35. elyza says:

    Kita tahu kisah isterinya… tahukah siapakah suaminya lalu layak mendpt isteri solehah seperti itu… suaminya ialah seorang yang bekerja di kilang anggur ttp sebiji anggur pun x penah ambik sesuka hati bw balik rumah… sungguh amanah.

  36. hamba allah yg serba kekurangan says:

    artikel ini mmg menginsafkn. ingatan utk para isteri dan bakal isteri….mmg susah nk jd solehah mcm wanita tersebut tambah2 bila mengenangkan sang suami yg tegar mencari wanita lain sedangkn steri setia dan telah berkorban segala cuma mungkin fizikal nye tak secantik siti nurhaliza :)

  37. saiyidah nafisah says:

    mashaallah..harap saya boleh jadi mcm wanita tu..

  38. aizuddin says:

    quote last tu menakutkan jugak..moga dijauhkan :oups:

  39. Harsy Ezairy says:

    Aku berharap sgt dapat menjadi lelaki yg soleh sebelum bertemu yang solehah.. doakan aku ya teman…

  40. syariefah says:

    salam,
    dah lama saya cari blog yg camnie, penuh dgn kisah2 yg menginsafkan dan menyedarkan diri dan tujuan kita di muka bumi nie…
    keep d good job
    ~new fan of syahirul.com

  41. Hamb Allah. says:

    Wanita yang dijadikan oleh Allah sungguh mulia, dan wanita juga mudah terguris,insan yang lemah, tapi ingatla bahwa wanita juga ade 2 perkara.

    perkara 1. mudah masuk neraka kerana mengingkari kata suami.

    perkara 2. wanita mudah masuk syurga, kerana bersabung nyawa untuk melahirkan anak kedunia yang fana ini.

  42. noorsalwani sulaiman says:

    sgt2 bermanfaat….mohon share…time kasih…

  43. dapat zuriat says:

    terima kasih kerana berkongsi artikel yg sgt bermanfaat..

  44. pensil magik says:

    Subhanallah.. pernah dengar cerita ni tapi dah lama.. bila baca balik dari entry saudara menyegarkan balik ingatan yang dah lupa.. walaupun saya tidak sehebat wanita tersebut tapi saya berazam untuk buat yang terbaik .. InsyaAllah… sudi sudikan lagi berkongsi cerita teladan ya.. moga Allah memberkati usaha saudara.. amin..salamukhwah

  45. ai lin says:

    trime ksh ats ilmunya…
    :)
    smoge Allah memberkati kita smue..
    amin..

  46. ai lin says:

    trime ksh ats ilmunya…
    :)
    dan akn slalu ingt ayt ni..utk x bebankn ayah..
    “Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka”

  47. Carrie says:

    Itu cerita benar-benar sedih tapi tetap menarik. harus ada sekuel ini.

  48. hamba Allah says:

    saya sgt suke dgn entry2 anda… mintak share sikit ayat2 tu boleh?? time kasiH..

  49. maisa mysa says:

    artikel yg teramat menarik.. aku cuma insan biasa.. cerita ini btl2x buat aku terharu.. mampu ka aku jadi sebegitu???

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
Premium WordPress Themes
Page 1 of 11
Free WordPress Theme