Membongkar plugin wordpress dalam blog (part 1)

On 19/07/2010, in Uncategorized, by admin

Plugin amat penting dalam kewujudan satu weblog kerana ia dapat membantu blogger yang menggunakan pelantar wordpress self-hosted mewujudkan pelbagai fungsi dalam blog mereka tanpa perlu edit segala coding dalam template yang amat menyakitkan kepala. Di dalam pangkalan data wordpress, terdapat banyak plugin yang telah diperkenalkan kepada penggunanya dan terdapat ramai orang yang sudi mencipta plugin-plugin baru untuk memudahkan pengguna wordpress.

Bagi mereka yang telah selesai menyemak perkara yang perlu dilakukan selepas install wordpress, kini korang boleh mengikuti entri ini yang bertujuan untuk berkongsi plugin-plugin yang aku gunakan dalam blog picisan ini.Dah lama aku nak menulis tentang plugin tapi apakan daya, semangat menulis tu belum datang, maaf buat siapa yang menunggu entri aku tentang plugin ni.

senarai plugin bahagian 1

1. Akismet | muat turun

stats dari akismet

Secara defaultnya, selepas korang install wordpress versi baru (versi 3.0), plugin Akismet ini telah siap sedia dipasang dalam blog korang. Akismet adalah plugin yang berfungsi untuk mengasingkan komen-komen spam yang singgah di blog korang. Kadangkala jika korang tengok kat bahagian spam comment tu, mungkin ada komen yang bukan spam, tapi Akismet telah tersalah letak. Biasalah false alarm. Korang perlu mendapatkan API key untuk menggunakan plugin ini.

2. All in One SEO Pack | muat turun

All in One SEO Pack pada ruangan penulisan entri

Plugin ini amat penting untuk memantapkan lagi SEO (search engine optimization) dalam blog korang. Selepas install plugin ini, korang dapat lihat tab untuk setting SEO pada belah kiri dashboard wordpress. Jangan buat tak tahu saja, sila setting elok-elok ye! Aku kurang arif untuk bercerita tentang SEO, apa kata korang tanya Ariffshah.

3. Audio Player | muat turun

setting untuk audio player

Plugin audio player ni aku jarang gunakan, tapi plugin ni tetap diaktifkan selalu. Aku pernah gunakan audio player ni sebagai pemain muzik dalam salah sebuah entri aku. Jika korang nak cuba, silakan. Ia amat menarik. Ada sebarang persoalan tentang plugin ini, korang boleh usha sini.

4. Auto Highslide | muat turun

zoom in, zoom out

drag picture to other place

Dari gambar yang aku tunjuk di atas ni, rasanya korang dah faham apa yang plugin ni boleh buat kan? Gambar dalam entri yang boleh di klik (permalink kepada lokasi asal gambar) akan dapat di zoom terus tanpa perlu buka tab atau page lain. Selain itu setelah di zoom, korang boleh tarik gambar tu ke mana saja dalam halaman yang sama. Cool tak? Plugin ni tak ada tempat korang nak ubah setting walaupun dalam dashboard, jadi bila korang activatekan saja, ia terus berfungsi.

5. Comment Luv | muat turun

contoh penggunaan commentluv di blog kak jie

Jika korang memasang plugin ini dan ada pelawat yang datang untuk komen entri korang, maka commentluv akan mengesan feed terakhir dari URL yang diletakkan di bahagian komen untuk dipublishkan sekali bersama komen yang ditulis. Para pengomen juga boleh memilih entri mana yang hendak diletakkan bersama-sama komen yang ditulis.

Jika commentluv tak dapat mengesan feed dari URL yang korang letakkan, maka silalah ke ruangan unban URL untuk submit link blog yang korang gunakan seperti rajah di bawah. Korang haruslah daftar dengan commentluv untuk menggunakan perkhidmatan ini.

letak link blog dan tekan submit

6. Comment Reply Notification | muat turun

email yang diterima setelah seseorang membalas komen yang aku tulis

Plugin ini aku pasang untuk memudahkan para komentar yang telah komen di blog ini mendapatkan maklumbalas bahawa komen yang mereka tulis telah dibalas oleh aku atau pun komentar lain. Selain itu, ia dapat menarik kembali para pengunjung ke blog korang jika mereka berniat untuk reply komen yang diterima. Mudah bukan?

7. Contact Form 7 | muat turun

paparan setting contact form 7

Kalau korang pernah hubungi aku melalui contact form yang disediakan dalam page blog ini, beginilah cara yang aku gunakan agar mesej yang korang hantar diterima dalam email aku. Korang boleh setting apa saja melalui plugin contact form 7 dengan generate tag yang disediakan. Plugin wordpress memang memudahkan kerja kan?

8. Cute Profiles | muat turun

cute profiles pada blog aku

Apabila korang menggunakan plugin ini dan meletakkan URL untuk sosial network profile pada settingnya, ikon seperti rajah di atas akan muncul pada blog korang. Pelbagai sosial network profile yang telah disediakan dan korang tinggal nak pilih sahaja. Korang juga boleh setkan kedudukan ikon itu contohnya di sebelah kanan atau kiri blog. Install dan cuba sendiri okey!

——————-

Cukuplah setakat ni dulu plugin yang aku kongsikan. Jumpa lagi di bahagian kedua, ketiga atau keempat okey!

Notakaki:

- Plugin yang aku gunakan dalam blog ini telah digabungkan dari blog Menteil, Khai dan Fizz..

- Watermark aku dah berubah sekali lagi. Thanks Khai…

 
 

45 Responses to “Membongkar plugin wordpress dalam blog (part 1)”

  1. Cik Nass says:

    terpaksa stop blogging buat sementara waktu kerana tidak mahu merasa jeles dengan semua ini. :D

  2. azizan4444 says:

    yang no 4 tu mcm menarik je..bole try lps ni….

  3. affan says:

    Aku baru tulis pasal plugin WP gak.
    context widget untuk show and hide widget.

  4. pligg.com says:

    Membongkar plugin wordpress dalam blog (part 1) | syahirul.com…

    Pembongkaran dan perkongsian tentang plugin-plugin wordpress yang digunakan dalam blog syahirul.com…

  5. Membongkar plugin wordpress dalam blog (part 1) | syahirul.com…

    Pembongkaran dan perkongsian tentang plugin-plugin wordpress yang digunakan dalam blog syahirul.com [...]…

  6. myebuzz.net says:

    Membongkar plugin wordpress dalam blog (part 1) | syahirul.com…

    Pembongkaran dan perkongsian tentang plugin-plugin wordpress yang digunakan dalam blog syahirul.com…

  7. Rara says:

    nice entri! =) kebanyakan plugin tu memang dah ada cuma audio player & auto highslide takda

  8. Anarm says:

    aku dah tak pakai All in One SEO.. hohoho

  9. wazy says:

    Satu je aku nak bagitahu,semua plug in di atas memang wajib guna :)

  10. fiD says:

    bro, aku punya feed tak boleh detect.. dari dulu lagi, sedey ow… ;(

  11. fiD says:

    wow! dah boleh!

  12. Dayat says:

    best2 dah lama cari plugin cute profiles.
    tapi tak tau nama plugin dia. thanks

  13. zikri says:

    bagus…menambahkan lagi senarai koleksi plugin yang cool2… nak cuba auto highslide dengan audio player dengan cute profiles……

    adalah beberapa da pasang….

  14. Piratz says:

    pasal comment luv tue aku selalu fail.. demm :aie:

  15. Syafrizal says:

    Aku suka comment luv hehehe

  16. Kujie says:

    auto highslide lah yg nak tanya hari tu…aishh..terlupa pula

    Akismet dan commenluv – ramai lagi blogger yg tinggalkan komen masih nak letak link kat kotak komen latest entri dia….dah terang2 ada icon commenluv kat kotak komen tu…tak mungkin tak pernah baca mengenai commenluv. Akhirnya komen dia akan masuk kotak spam.

    Daftar commenluv free je…. :)

    tambahlah SEO Smart Link dgn SEO Friendly Image

    • syahirul says:

      betul gak.. aneh gile tgk ada yg masih nak tinggalkan link blog padahal kat nama dia dah ada link, then commentluv pon ada..

      kak jie dah try ke auto highslide.. amacam best?

      seo smart link tu mcm memperbanyakkan link dlm entri pula saya rasa.. seo friendly image tak pernah tgk lagi, akan try usha.. thanx kak jie..

  17. wah ada sesetengah plug in tu belum guna lagi macam slide gambar tu…

  18. denaihati says:

    Dalam proses bersihkan plugin yg tak perlu. Dulu mula2 selagi ada semua nak masuk akhirnya beri kesan pada loading time.

    • syahirul says:

      terlalu byk plugins yg cikai2 memang akan memberi kesan kepada loading time.. oleh itu kene guna ape yg perlu sahaja.. sekadar untuk mencantikkan blog tapi melambatkan proses loading tidak digalakkan..

  19. [...] ini sambungan daripada entri sebelumnya iaitu pembongkaran plugin yang aku gunakan dalam blog ini. Hari tu aku dah bongkarkan 8 plugin yang [...]

  20. mrnamie says:

    terima kasih untuk info2 ni bro

  21. Mus says:

    Unban URL banyak membantu aku!

  22. [...] Membongkar plugin wordpress dalam blog (part 1) [...]

  23. sayut says:

    thanks 4 info,tgh try :)

  24. [...] siri membongkar plugin wordpress yang aku gunakan dalam blog ini. Jika korang terlepas entri siri pertama dan kedua, sila klik link yang diberikan. Jika sebelum ini aku dah kongsi dengan korang 16 [...]

  25. [...] aku tengah nak upgrade blog ni, aku banyak rujuk kat blog syahirul terutama entri “Membongkar Plugin Worpress”. Seperti blog Justkhai, blog ni banyak bagi info pasal blogging. FYI, syahirul ni admin Oh Islam, [...]

  26. Ckelat says:

    erm.. bang.. nk tnya… watermark kt pada setiap gambar tu nama apa? kt mana nk cari? ;)

  27. decrewz says:

    Salam bro.. 1st kunjungan Jai kesini.. Nak tanya sikit…

    Jai ada problem dgn commentLuv, bila visitor komen, commentLuv x berfungsi, kenapa yer? Macamna nak setting?

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
Premium WordPress Themes
Page 1 of 11
WordPress Blog