Membongkar plugin wordpress dalam blog (part 2)

On 22/07/2010, in Uncategorized, by admin

Entri ini sambungan daripada entri sebelumnya iaitu pembongkaran plugin yang aku gunakan dalam blog ini. Hari tu aku dah bongkarkan 8 plugin yang berguna dalam blog wordpress self-hosted dan hari ni aku nak sambung lagi dengan beberapa plugin yang aku rasa korang perlu install.

9. Dagon Design Sitemap Generator | muat turun

sitemaps

Plugin ini memudahkan korang untuk menghasilkan satu sitemaps untuk blog. Setelah selesai install plugin ini dan setting sikit-sikit, korang boleh cipta page baru dan masukkan code sitemaps ke bahagian html page tersebut dan lihat hasilnya. Nak tengok aku punya sitemaps bagi blog ini? Klik sini. Dengan wujudnya sitempas, para pembaca blog boleh terus melihat kesemua artikel yang pernah korang tulis dalam blog dan mereka boleh terus membuka artikel yang berkenan di hati dari situ.

10. FeedBurner FeedSmith | muat turun

masukkan url feed di sini

Feed memainkan peranan penting dalam blog. Ia selalu digunakan untuk memudahkan pembaca untuk melihat update terkini dalam blog jika mereka melanggan feed korang melalui Google Reader atau pun email. Langkah pertama sebelum korang install plugin ni, sila cipta feed blog korang melalui feedburner dan ikut langkah-langkah yang diarahkan. Kemudian korang boleh install plugin ni dan masukkan URL feed yang telah dicipta. Feed blog aku yang asal adalah http://syahirul.com/feed dan ia akan terus redirect kepada feedbuner. Banyak manfaat apabila korang menggunakan feedburner ni.

11. Google Analyticator | muat turun

Stats blog sejak Google Analytics dipasang

Google Analytics ni berfungsi sebagai agen untuk merekod aktiviti dalam blog seperti merekod pelawat, bots-bots, keywords dan pelbagai lagi jenis benda yang berjalan di dalam blog seperti punca dari mana trafik di blog korang itu datang. Melalui analytics yang dijalankan, korang boleh melihat bagaimana weblog yang korang cipta itu berkembang. Gambar di atas adalah analytics yang ditunjukkan dalam dashboard wordpress aku. Apabila korang install plugin ni, korang akan diminta Google Analytics UID yang korang boleh dapatkan setelah setup akaun analytics.

12. jQuery Lazy Load | muat turun

imej pertama dah muncul, imej kedua menyusul selepas scroll ke bawah

jQuery Lazy Load berfungsi untuk melambatkan kemunculan gambar yang korang letak secara berturut-turut dalam sesuatu entri sebelum pembaca scroll ke untuk melihat gambar seterusnya. Ini sekaligus dapat meringankan entri blog yang mempunyai banyak gambar.

13. Smilies Themer | smiley | toolbar

pilih smilies mana yang korang suka

Smilies themer adalah satu plugin untuk menukarkan ikon-ikon smiley default dalam blog korang kepada smiley yang lebih menarik. Macam di blog aku ni, aku pilih smiley bernama Julianus kerana ikonnya amat comel. Korang diberi 14 pilihan untuk menggantikan smiley default wordpress. Di atas aku sediakan dua link kepada plugin ini. Yang pertama untuk muat turun kesemua smiley dan kedua ialah toolbar yang berfungsi jika korang nak ubah penyusunan smiley. Smilies themer ini korang akan dapati ianya berada di ruangan komen dan di ruangan penulisan entri.

14. Top Commentators Widget | muat turun

para komentar tertinggi dalam blog ini

Plugin ini menambah satu widget dalam default widget yang diberi oleh wordpress. Jika korang suka untuk menghargai para komentar yang aktif dalam blog, korang boleh memasang plugin ini. Selain menunjukkan kepada umum siapa yang paling banyak mengemukakan komen dalam blog, korang juga sekaligus dapat memberikan trafik percuma apabila link mereka diklik oleh para pelawat blog. Ini salah satu cara aku menghargai mereka kerana aku takkan reset jumlah komen sejak plugin ini dipasang. Banyak setting yang korang boleh lakukan apabila menggunakan widget ini.

15. WordPress Database Backup | muat turun

Pilih backup yang diperlukan. Backup untuk entri dan komen adalah automatik.

Plugin ini membantu korang untuk menyediakan backup untuk database. Korang boleh setkan sama ada untuk membuat backup sehari sekali (seperti aku) atau pun memilih pilihan yang diberikan. Backup penting bagi memastikan blog korang sentiasa bersedia untuk apa jua kemungkinan yang akan berlaku jika masalah terjadi contohnya entri terbaru yang korang tulis terpadam atau pun hilang dari blog. Harus diingatkan juga, membuat full backup sebulan sekali melalui cPanel juga penting. Bak kata orang-orang tua, sediakan payung sebelum hujan. 8)

16. WordPress Download Monitor | muat turun

Statistik muat turun tertinggi blog ini pada dashboard

WordPress Download Monitor amat memainkan peranan penting sejak aku menggunakan wordpress self-hosted sebagai pelantar blog. Ini adalah kerana aku suka berkongsi dengan pembaca apa jua yang aku tahu dan ingin memberikan pada mereka secara percuma. Di atas adalah statistik jumlah muat turun tertinggi sejak plugin ini dipasang di blog aku ni. Selain memberi tahu kepada admin blog tentang statistik, plugin ini memberikan perkhidmatan redirect link muat turun daripada link plugin ini kepada link asal download. Tak faham? Lihat contoh seperti di bawah.

Link yang diberikan dalam blog: http://syahirul.com/download.php?id=15

Link asal fail yang akan dimuat turun: http://mediafire.com/windows-7

Jika korang nak berkongsi link muat turun, amat mudah menggunakan plugin ini bukan?

——————-

Dah cukup 8 plugin lagi aku perkenalkan pada korang. Nanti kalau rajin dan ada masa terluang, aku akan post lagi entri ketiga tentang plugin yang patut korang ada. Best kan guna wordpress self-hosted?

 
 

32 Responses to “Membongkar plugin wordpress dalam blog (part 2)”

  1. x-po says:

    setakat aku duk main2 dgn wp ni, baru je ltk 2 plugin kt blog..hehe biasalah, baru nk berjinak2 katakan

  2. TMUkmkd says:

    huh jquery lazy load tu tak pernah guna lagi tapi aku rasa blog aku kurang ada post banyak gambar huhu.

  3. menarik… aku tak pernah guna jquery lazy load.. tercari2 gak plugin ni sebenarnya…

  4. mrnamie says:

    menyedut ilmu di sini pulak… trima kasih bebanyak bro syahirul

  5. zikri says:

    lagi lagi dan lagi… hehehe

    seronok baca pasal plugin ni…. lebih2 lagi dalam bm…. paham sikit…

  6. mohdisa says:

    fuh banyak plugin yg aku pernah guna, tp bila pindah server aritu…terus aku lupa…ada yg tak pernah pakai…nak kena install balik semua ni…hehehe…thanks bro.

  7. Dayat says:

    sitemap genarator tu macam menarik je

  8. Syafrizal says:

    aku suka top commentator hehe

  9. aku nak masuk gambar aku dalam avatar komentar, guna plugin apa ye.. :choler:

  10. Mus says:

    tq bro.. berkongsi

  11. Kujie says:

    lazy load tu tak juga , tak perlu kot sbb jarang letak gambar byk2.

    trylah plugin broken link dgn remover broken link

    dah clearkan broken2 link kt blog, boleh delete..

  12. [...] Membongkar plugin wordpress dalam blog (part 2) [...]

  13. cik panadol says:

    Widget Smilies Themer tu boleh pakai untuk Blogspot tak?

    • syahirul says:

      ia adalah plugin WP.. blogspot aku tak tahulah boleh ke tak.. kalo org pandai convert script ke ape.. tahla..

  14. rashid says:

    Terimas banyak bro…plugin ni name die pelik2, tak menggambarkan fungsi, so thanks again…

  15. Rara says:

    wahh top referrer ada link i :p hihi

  16. sitokei says:

    wah thanks 4 sharing

Leave a Reply

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk:
WordPress Themes
Page 1 of 11
Free WordPress Theme